Tuesday, August 25, 2009

R & R: Recharge & Re-set

Saya mengucap syukur bila mendengar suara 'Ammar . Sudah pasti bila suami & anak-anak dalam perjalanan hati saya sentiasa tidak tenang sehingga mendapat SMS atau panggilan dari mereka. Semuga permusafiran itu menambah baikkan amal dan persepsi hidupnya. Kini baru saya mengerti kenapa salah satu masa yang paling maqbul doa ialah ketika dalam perjalanan. Ketika ini kita sudah mengenepikan semua kebesaran , ketakburan dan kesombongan kita kepada Tuhan. Apa lagi bila pesawat bergegar teruk menempuh ribut atau kapal dilambung ombak yang kuat .Jantung pun sudah bagai hampir gugur kerana ketakutan. Sudah pasti kala ini hanya nama Allalh sahaja yang bermain di bibir. Bagi bukan Islam pula sudah pasti tanpa disedari keluar kata-kata "O my God!" dan seumpamanya. Allah sudah memaklumkan kepada kita dalam ayat-ayatNya.Bila manusia dilambung gelombang mereka akan mensucikan hati dan mengesakan Tuhan. Alangkah tidak malunya kita. Menyombong diri dengan melanggar perintah Allah dan tidak mengikut kataNya ketika kita dipuncak kekuasaan, kejayaan dan kegemilangan.Tapi..sebagai manusia yang lemah kita tidak malu-malu mencari Tuhan bila sudah lemah, sakit dan ditimpa musibah. Allah yang bersifat pengasih dan penyayang tidak pernah meninggalkan kita walau sedetik pun. Wahai anak adam! Datanglah dengan dosa seluas lautan jika kamu memohon ampun tetap akan Aku ampunkannya. Subhanallah....begitu sekaliseruan Allah tanda kasihNya kepada kita tetapi kita yang selalu lalai dan leka .

Kita mengejar dunia bagaikan akan hidup selama-lamanya sedangkan dunia diibaratkan sebagai titisan air di hujung jari sahaja. Begitu sekali Allah menilaikan dunia ini. Marilah berbalik kepada fitrah kita. Manusia hanya akan sejahtera jika hidup dengan berpegang teguh pada syariat .Dia yang mencipta kita dan sudah menyediakan manualnya kenapa kita masih lagi ingin mengerakkan hidup kita dengan memilih manual yang lain. Bayangkan jika kita membeli peralatan letrik atau mesin sudah diberi user manual untuk kita. Malah kita disarankan supaya membaca sebelum operate this machine. Itu hanyalah contoh yang kecil. Sudah pasti jika kita tidak mengikut arahan manual itu dan berlaku kerosakan pihak pengilang tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kita. Marilah recharge jiwa kita dengan manual Allah bermula Ramadhan ini sementara usia masih bersisa & resetlah hidup kita agar sentiasa align dengan manual tersebut.

N11 Bukan H1N1


Hari ini para pengundi perlu turun lagi ke medan untuk membuat satu lagi keputusan. Sahabat-sahabat saya yang bertugas sebagai MAFREL=pemantau pilihan raya diucapkan selamat bertugas, semuga Allah juga yang menganjari antum semua. Kehadiran Mafrel dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas telah berjaya membantu mengurangkan salahlaku pilihanraya. Keganasan, pemyalahgunaan jentera kerajaan, sogokan, pengundi hantu dan pengawasan melampau dari pihak Polis adalah antara bidang tugas yang diperhatikan oleh Mafrel. Mereka telah mendapat pas kebenaran dari SPR untuk memantau di tempat mengundi. Setiap kali datangnya pilihanraya sudah pasti isu pengundi hantu tidak pernah selesai.
Ada sesetengah pihak telah menyatakan wujudnya pengundi hantu sehingga
menjangkau angka ribuan. Seharusnya kenyataan ini disokong oleh bukti
jelas dan pengesahan dari kajian tapak. Definasi MAFREL mengenai pengundi
hantu ialah :- Pemilih yang setelah dijalankan kajian, didapati:
a) Identitinya tidak dikenali oleh penghuni di alamat yang sah; atau
b) Berdaftar sebagai pemilih di alamat yang palsu; dan
c) Mengundi pada hari mengundi

Sempena bulan Ramdhan yang mulia ini marilah kita berlaku adil dan amanah. Tugas kita tidak selesai setelah memangkah kertas undi tetapi apa yang kita lakukan ada dua malaikat yang melihat dan mencatat. Beramanahlah dalam melaksanakan tugas. Tindak laku kita di dunia kan disoal Allah kelak. Sudah pasti tidak akan ada yang dapat menolong. Masing-masing akan berlepas tangan dan hanya mengira untung nasib sendiri. Memilihlah bersandarkan kehendak dan maslahat agama. Pilihlah calon yang akan membantu menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Allah telah mengamanahkan bumi ini kepada manusia tetapi manusia juga yang melakukan kerosakan ke atas bumi ini. Selamat bertugas dan selamat mengundi.

Monday, August 24, 2009

Hayatilah Bait-Baitnya

Ayuhai Insan

Hari ini sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Bila bulan puasa yang menjadi cabaran bagi kebanyakan ibu-ibu ialah menyediakan hidangan dinihari untuk ahli kelurga bersahur. Saya mengucap tahniah kepada mereka yang dapat bersahur dengan seteguk air dingin ,sekeping roti atau sekadar beberapa butir kurma. Bagi mereka yang berpuasa tanpa bersahur minta maaflah saya tidak sealiran dengan saudara.. Inilah kelebihan berpuasa ada barakah di waktu bersahur itu. Bangunlah walaupun sekadar meneguk seteguk air. Apa salahnya jika kita meninggalkan sekejap bantal yang empuk, menolak selimut yang tebal semata-mata untuk memberi kebaikan pada
diri kita sendiri.

Alangkah malunya kita membiar para malaikat yang datang berjuta kilometer turun ke bumi membawa rahmat dari Allah tetapi kita bukannya mengalu-alukan kedatangannnya tetapi tidak peduli pun. Maka mereka akan pergi ke rumah-rumah yang lain pula. Mencari rumah yang bercahaya . Cahayanya bukan dari kelipan lampu pagar atau pelita minyak tanah yang dinyalakan di laman tetapi cahaya itu datang dari suara yang sedang mengaji, berzikir dan menghidupkan malam dengan ibadah.

Janganlah jadikan rumah kita sebagai lubang-lubang kubur.Sunyi , gelap, sepi dan menakutkan. Usahlah berharap untuk menunggu Ramadhan akan datang..Ramadhan tahun depan atau Ramadhan bila kita sudah berusia 60 atau 70 tahun. Belum pasti Allah menyimpan usia kita sehingga angka itu. Pandanglah keliling , lihatlah pasti ada diantara kita, kawan, kerabat, jiran, ulama atau sesiapa saja yang kita kenali yang tahun lepas bersama kita tetapi Ramdhan kali ini dia atau mereka sudah pergi meninggalkan kita. Sentiasalah menganggap inilah Ramdhan terakhir kita. Maka lakukan yang terbaik dan yang lebih baik dari yang sudah-sudah. Insyallah...jika kita berazam bersungguh-sungguh Dia kan melorongkan apa saja jalan kebaikan dan peluang berbuat baik untuk kita. Dia sentiasa menanti di sepertiga malam di langit dunia untuk menunaikan permintaan kita tetapi malangnya kita lebih sayangkan bantal, tilam dan selimut. Yang pasti selimut, bantal dan tilam akan musnah hanya yang kekal dan akan memberi balasan yang setimpal kepada kita di hari Pembalasan hanyalah Allah Azzawajalla. Marilah bersegera sementara masih punya waktu.

Sunday, August 23, 2009

Kala Hujan Turun


Subhanallah...lebatnya hujan sejak dua hari ini. Fasa pertama Ramadhan penuh dengan rahmah dari Allah. Janganlah banyak merungut kerana kita akan meletakkan diri kita sendiri dalam keadaan yang sentiasa tidak kena. Bersyukur dan bersabar. Setiap kejadian Allah ada hikmahnya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Bulan yang dijanjikan pahala berganda. Dalam susah dan dalam payah kita tidak layak sama sekali menyalahkan Allah. Jika di dunia kita sengsara insyallah di akhirat kita akan digantikan dengan nikmat yang lebih baik.Syaratnya hanya satu sentiasa bersabar dan terus bersabar.

Tanbihul Qafillin: Peringatan Untuk Yang Lupa


Saya tidak pasti siapa AnakIslam yang meninggakan nota di shout box saya Saya sangat tersentuh dengan luahan rasanya. Sebagai saudara seagama saya sangat bersimpati dengannya. Mungkin dia merasa hidup saya penuh dengan kegembiraan dan tiada kedukaan. Mana ada hidup begitu? Hidup pasti ada suka dan ada dukanya. Namun sebagai orang Islam kita ada dua senjata yang sangat berharga. Bersyukur dan bersabar dalam apa pun keadaan. Allah yang menciptakan kita pasti Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Syukur dan sabar adalah dua sifat yang mudah disebut tapi payah dilaksanakan kecuali mereka yang telah membuka hatinya seluas-luasnya untuk tunduk dan patuh kepadaNya. Hidup ini juga adalah penjara bagi orang beriman. Kita tidak bebas melaku apa yang kita ingini kerana kita memahami permintaan Allah agar mematuhiNya dan menjauhi apa yang dibenciNya. Jika ditimpa musibah dan hidup dirasa tidak membahagiakan banyak-banyaklah mengingati Allah. Berdoa dan baca Al Quran. Firman Allah "Orang yang banyak mengingati Allah jiwanya akan merasa tenang dan Allah akan berikan rezeki dari punca yang tidak diduga" Yakinlah janji Allah Dia selalu berlaku benar kepada kita cuma kita yang selalu menjauhkan diri dariNya. Sehasta kita berlari kepadaNya sedepa Dia mendatangi kita. Bersabar dan belajarlah bersyukur. Banyak nikmat Allah yang kita kecapi tapi kita lupa untuk bersyukur kepadaNya. Dalam madrasah Ramadhan ini rebutlah peluang menerima rahmah, keampunan dan dijauhi api neraka. Inilah janji dan tawaranNya kepada kita. Rugilah jika kita membiar bulan ini berlalu tanpa melakukan apa-apa pun kebaikan yang extra-extra dan mega-mega.

Friday, August 21, 2009

Anugerah


Award dari AnakLaut. Jangan marah saya tumpangkan puisi ni. Sedap sangat....

Puisi Buat Sahabat Anaklaut
Bagai bintang dan segala kebebasan di angkasa
Bagai cerita tentang rasa syurga
Kita bersama
Aneka warna hiasi alur algoritma kehidupan
Terik dan sejuk adalah biasa
Kalianlah sahabat-sahabatku, penyejuk bagi jiwa
Senantiasa mendengar saat ku mengeluh,
padahal kalianpun sedang berada dalam peluh
Senantiasa membelai saat kukecewa,
padahal kalianpun tengah ada dalam gelisah
Kalianlah sahabat-sahabatku, hadiah indah dari syurga

Penuntun saat terbuta
Payung saat hujan dan terik
Penerang saat berjalan dalam lorong gelap
Penunjuk saat tersesat
Penegur saat terlena
Pendengar setia saat bercerita tentang segala
Pengangkat saat terjelepuk

Kalianlah sahabat-sahabatku,
keajaiban yang sempurna
Menjadi mata air
Menjadi buku diary
Menjadi motivator
Menjadi boneka
Menjadi guru
Menjadi saudara
Menjadi mata-mataKu…

Kalianlah sahabat-sahabatku, keindahan dalam hidup
Warna-warna agung sang pelukis yang dicoretkan dalam lembar hidupku
Komposisi lagu gubahan sang penyanyi yang mengisi semua relung di ragaku
Untaian kata terangkai sang penyair yang menyejukkan rasa panas hatiku

Terimakasih sahabatku,
Terimakasih atas segala
Terimlah award ini sebagai tanda mata..!

Time For Celebrations

Hari terakhir persekolahan, SMKA Al Irsyad mengambil peluang mengadakan Hari Anugerah, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Ihya Ramadhan. Biasalah mesti lagu Sudirman yang akan bergema setiap kali datang bulan Ogos. Jalur gemilang juga kelihatan di mana-mana. Cukupkah sekadar melaung'Merdeka' setahun sekali sedangkan jiwa kita belum lagi dimerdekakan sepenuhnya. Kita masih lagi belajar mencari erti kemerdekaan.



Saya turut hadir sebagai sokongan kepada Harith, Meskipun deman sejak 3 hari lepas namun semangat untuk naik pentas membuatkan dia sanggup bersabar menunggu gilirannya. Abunya yang berhasrat ingin turut hadir terpaksa ke klinik kerana ulcer mulut. Saya suka ke Hari Anugerah. Saya suka melihat anak-anak watan berjaya dalam berbagai bidang.Muga kecemerlangan ini terus membawa mereka hingga ke akhirat nanti. Saya ingin merakam pantun yang dibacakan Puan Pengetua tetapi kurang pasti bait-baitnya . Maka diabaikanlah niat itu.


Kad, kek dan ulang tahun memang sinonim. Kad yang diterima dan kek yang dibeli mengisi ruang bahagia hari ini. Walaupun dirai dengan suasana agak suram kerana ahli-ahli Bertam 25 ini kurang sihat. Ia tetap meriah di hati saya. Tambahan pula seronok akan bertemu Ramdhan yang telah setahun dinanti. Anak-anak pula telah kembali ke rumah .Seorang demi seorang. Insyaallah..meja makan kami akan meriah dengan suara mereka di dinihari esuk. Marhaban Ya Ramdhan.



Ini kek ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 52. Angka 1 melambangkan 1 Malaysia yang makin kerap diperdengarkan. Saya yang sukakan yang indah-indah tidak malu-malu mengambil image kek sempena sambutan di Irsyad pagi tadi. Bagaimanakah 1 Malaysia itu akan direalisasikan dalam kehidupan bermasyarakat ? Saya yang hanya membaca di dada akhbar sedang belajar memahami apa yang tersurat dan tersirat disebalik slogan itu. Jika ada sahabat-sahabat yang ngerti tolonglah jelasi. Biar saya orang biasa-biasa ini dapat jelasi ke oma-oma di desa. Apa-apa pun ini adalah time for celebration.

Marhaban Ya Ramadhan


" Ya Allah jadikanlah Ramadhan ini untuk kami bercucuk tanam untuk ladang akhirat kami. Jika kami menyemai benih tetapi tidak menyiramnya dengan amalan kebaikan sudah pasti kami akan menyesal di musim menuai nanti. Ya Allah permudahkanlah jalan-jalan untuk kami melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan jauhilah jalan yang melorong kepada kefasikan, Ameen"

Aku & Dia


Alhamdulillah...tanpa disedari rupanya lebih separuh usia saya telah dihabiskan dengan seorang insan bernama suami. Ikan di laut asam di darat. Memang saya tidak pernah bermimpi atau berharap untuk menjadi isteri pada lelaki ini. Membesar di zaman orang tua melarang keras anak muda berpacaran membuatkan kita tidak memikir soal itu sehingga tiba masanya. Bila tiba-tiba di lamar saya bagai tidak tahu apa harus dilakukan. Sehingga emak mengusul saya bersolat istikharah. Dengan restu keluarga kami akhirnya dijabkabulkan pada 21hb Ogos,1980= 10 Syawal. Bila dilahirkan anak Adam telah tertulis hayat, maut,rezeki,jodoh dan suratan nasibnya.Kami berkahwin pada usia muda. Banyak cabaran yang dilalui untuk sampai ke tahap ini. Apa yang penting dalam melayari rumahtangga ialah mesti ada tolak ansar, banyak bersabar, komunikasi 2 hala dan berlapang dada. Paling-paling penting pergantungan pada Tuhan dan pegangan agama yang kukuh. Bila kita sudah faham tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai suami mahupun isteri insyaallah akan mudahlah segala urusan. Usia bukan ukuran yang penting ialah kematangan berfikir dan bertindak. Suami juga perlu menentukan halatuju keluarga. Isteri adakala bertindak mengikut emosi maka tugas suami pula membetulkan keadaan dengan akalnya yang panjang.Saya banyak merujuk kepada kitab Ihya Ulumuddin _Imam Al Ghazali pada bab Nikah. Berulangkali saya baca untuk memahaminya benar-benar agar tindakan yang bakal saya ambil ketika itu tidak silap. Saya masih muda dan dia pun masih muda. Bila kita berkahwin untuk menyempurnakan agama maka Allah mudahkan banyak urusan. Ramai anak-anak kami.Semuanya lahir berselang 2 tahun. 3 perempuan dan 4 lelaki. Jika dulu berdua maka sekarang kembali berdua. anak-anak sudah bertebaran di sana-sini mencari kehidupan masing-masing. Segala kegemaran sejak muda masih terus dilakukan bersama kecuali berbasikal atau melawat PC Fair. Bila usia berarak senja kasihsayang kita makin kukuh dan utuh rupanay. Gamaknya kerana kita sedar sekejap sahaja lagi Allah akan memanggil dia atau kita pulang bertemuNya. Sementara masih ada waktu hargailah masa -masa bersamanya dan banyaklah berdoa untuk diri kita dan dirinya agar Allah akan satukan kita kembali di akhirat kelak bersama orang-orang yang dikasihinya.. Amin..amin..Ya rabbal alamin.

Monday, August 17, 2009

Gambar = Kehidupan






Pictures speak a thousand words. Kegemaran mengambil gambar telah lama bertapak dalam keluarga saya. Suami yang mula berjinak-jinak ketika mula menjejakkan kaki ke UK pada lewat tahun 70an. Keperluan mengirim gambar ke kampong memaksa dia membeli sebuah kamera kecil. Keinginan merakam panorama ketika 4 musim berganti juga satu keinginan yang sukar ditepis. Saya juga mula suka mengambil gambar ketika di tingkatan satu. Teruja mendengar aktiviti Club Photograpy membuat saya ingin memiliki kamera sendiri. Walaupun tidak mampu tetapi saya menyimpan sedikit demi sedikit duit Biasiswa Kecil Persekutaun yang bernilai $25 sebulan untuk membeli kamera idaman saya. Kerap juga saya menyinggahi kedai-kedai gambar di Jalan Langgar semasa pulang dari sekolah.Semata-mata ingin memotivasikan diri supaya lebih giat mengumpul wang. Akhirnya hujung 1972 saya berjaya membeli kamera Olympus dengan harga $69.00. Belajar mengambil gambar dengan penuh hati-hati kerana image yang dirakam perlu di cuci dan dicetak. Alhamdulillah hobi ini akhirnya dikongsi bersama pasangan hidup. Dari lensa kamera yang murah akhirnya beralih kepada yang lebih canggih. Bila melihat kembali gambar-gambar lama membawa saya balik ke zaman silam. Melihat wajah-wajah mereka yang telah lama pergi, melihat zaman anak-anak membesar dan merakam semua detik-detik yang amat bermakna buat mereka. Kini himpunan rakaman hanya tersimpan di dalam hard disk.Terlalu banyak dan tidak upaya dicetak semua kecuali beberapa keping yang cukup istimewa. Hobi ini kini telah diwarisi oleh anak-anak. Mereka akan berexperiment dengan segala macam feature yang ada. Bagi saya cukuplah Cannon Power Shot yang sentiasa delighting me always.. Bila melihat gambar-gambar itu saya selalu teringat pesan arwah tok ketika saya masih kecil .Katanya " Nak buat kelaku tu..buat yang eluk-eluk saja..kalau buat yang jahat tak malu ka kalau malaikat tayang dan tunjuk balik gambar kita masa di dunia.Nak tipu sapa lagi bukti dah ada depan mata".Oh..bila nak buat apa-apa kenakalan saya selalu terdengar-dengar pesannya.Dan suara itu bagaikan menjadi pengintip dan penghalang kita. Bila melihat Zaffran semakin cerdik saya selalu ingin bersamanya. Mendidik dan mengasuh dengan acuan kita tetapi apa kan daya. Jarak itu yang memisahkan. Kita hanya mampu berdoa semuga Zaffran diasuh dengan kasihsayang oleh pengasuhnya. Bukan sekadar memasti makan pakainya cukup tetapi mengisi rohaninya juga dengan kewujudan Allah. Bila sedar wujudnya Allah dan pastinya hari pembalasan insyaallah akan kuranglah gejala sosial dan jadilah hidup ini perjalanan yang indah.

Thursday, August 13, 2009

Tangan Yang Di Atas



Semalam menerima sekeping poskad dari 'Ammar. Sekeping nota tanda ingatan pada yang menyayanginya. Saya tertarik dengan sebaris katanya" kepada adik-adik, belajar rajin-rajin kalau nak berjalan melihat dunia".. Ya! memang benar kita yang dilahirkan dari kalangan orang biasa-biasa sudah pasti tidak mampu untuk terbang ke sana-sini berjalan melihat budaya orang dengan biaya sendiri. Pendapatan yang ada cukup untuk mengongkosi keperluan harian, pendidikan anak-anak ,simpanan akhirat dan tabung kecemasan. Saya percaya dengan iltizam diri dan doa yang tidak putus-putus dari ibubapa akhirnya ramai kita-kita ini berjaya menyambung pengajian ke luar negara. Masa cuti biasanya diisi dengan bekerja atau berjalan-jalan melihat dunia. Dari kecil saya memang menanamkan ke jiwa anak-anak, jika ingin melihat negeri orang belajarlah rajin-rajin.Saya percaya jika mampu kita sebagai ibubapa ingin saja beri semua yang terbaik, yang terindah dan
segala yang ter...ter kepada anak-anak.



Tetapi ayuhai anak-anak yang disayangi hidup ini bukan bed of roses...kita bukan lagi hidup dengan perpatah kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Hidup perlu dirancang, kewangan perlu diatur. Semasa muda rancanglah kewangan agar masa tua kita tidak kesempitan. Ketika merancang kewangan jangan sekali-kali lupa untuk mengguntuk sebahagian pendapatan itu untuk saham akhirat kita. Apalah gunanya harta berjuta di kertas jika tidak dapat membantu kita sedikit pun di akhirat nanti. Biarlah sedikit yang berterusan itu lebih baik dari jumlah yang banyak tapi berkala. Kita tidak patut menunggu datang Ramadhan sahaja untuk bersedekah. Asnaf yang perlu dibantu itu tetap perlu meneruskan hidup di luar Ramadhan. Sedikit yang kita sedekahkan itu akan berbuah menjadi 10 dan berpecah menjadi 100 dan seterusnya. Inilah perniagaan yang tidak akan pernah rugi-rugi.

Tuesday, August 11, 2009

Doa Inti Kehidupan



Setelah merancang beberapa lama akhirnya kami berpeluang bertamu ke rumah adik di BBB. Garmin yang bertugas menunjuk arah menjalankan tugas sungguh baik sekali. Sudah agak lama tidak bertemu adik. Saya menumpang bahagia melihat kegembiraan yang terukir di wajah mereka suami isteri. Status baru sebagai mertua dan warga Petronas sudah pasti meningkatkan lagi darjah kegembiraan itu. Bila melihat kebahagian ahli keluarga saya apa yang terlayang di fikiran saya ialah alangkah seronoknya jika arwah mak dan bapak masih ada. Sudah pasti mereka orang yang paling gembira di atas pencapaian anak-anak. Namun itu hanyalah ingatan sesaat. Saya percaya kita semua yakin bahawa kejayaan kita hari ini bukan sekadar hasil usaha kita semata tetapi adalah disebabkan doa dan munajat ibu bapa kita juga. Saya masih ingat ketika adik saya ini ditawarkan ke Canada berpuluh tahun yang lalu emaklah yang bersungguh-sungguh meminta dia menerima tawaran tersebut. Dia juga yang bersolat istikharah untuk mencari petunjuk Ilahi. Malah dia juga yang akan solat hajat bila kami akan menghadapi temuduga dsbnya. Oh..besar sungguh jasa emak. Dari kecil hingga dewasa sampailah ke usia senja begini kita sentiasa mengharapkan doa yang tak putus-putus dari ibubapa.


Redha ibubapa bererti redha Allah. Patutlah sesetengah orang merasa hidupnya sudah tidak okay sejak ibu bapanya meninggal dunia. Rupanya selama ini hidupnya okay-okay sahaja kerana doa yang tidak putus-putus dari kedua ibubapanya. Mampukah kita meluangkan sedetik masa kita yang sungguh sibuk itu setiap usai solat untuk berdoa sebaris dua untuk ibu bapa kita yang masih hidup apatah lagi yang sudah pergi?
Di ambang Ramadhan ini banyak pusat pengajian agama membuka peluang untuk membacakan al qur'an sebagai hadiah kepada arwah kerabat yang telah meninggal. Jika tidak mampu membaca sendiri dan menyedekahkan pahalanya bolehlah digunakan khidmat ini. Di zaman yang serba sibuk ini banyak perkara yang kita kena 'sub' kan. Anggaplah khidmat ini sebagai membantu kita dan cubalah sedaya mungkin cubalah mencari masa untuk menghadiahkan sendiri pahala untuk ibubapa kita. Tak inginkah kita memegang tittle anak yang soleh yang doanya akan membantu ibu bapa kita di alam sana?

Take it?


Hari ini orang dua beradik yang bercuti kerana tempat belajar di tutup sementara telah kembali ke kelas. Keadaan kembali sepi. Saya membilang hari datangnya Ramadhan. Sejak beberapa tahun ini saya merasa sangat gembira menanti tibanya Ramadhan. Sekarang baru saya memahami perasaan orang-orang tua saya. Ketika kecil bulan Ramadhan dinanti kerana dapat ke masjid pada waktu malam dan ada pula moreh. Baju raya dan kasut raya usah di kata. Hatta rambut pun di potong hampir menyambut raya.Kini bulan raya tidak diperhatikan sangat kerana saya merasakan raya hanyalah untuk anak-anak kecil yang belum mengerti manisnya Ramadhan. Saya tidak gembira melihat di dada akhbar bekalan tepung dan gula terputus sejak akhir-akhir ini.Bila keadaan begini sudah pasti masing-masing membeli lebih untuk kegunaan di bulan puasa dan raya. Apakah solusi Islam dalam situasi begini? Kenapa gula kurang? Pokok tebu tak dapat dipotong atau pokok gandum musnah dek banjir?? Apa yang saya fahami walau mahal macam mana pun komoditi tersebut tetap akan ada pembelinya. Sebagai pengguna adakah saya mempunyai alternatif lain? Saya memikirkan peniaga kecil dan usahawan kuih raya yang hanya berjualan setahun sekali itu. Beban itu pasti akan dilepaskan kepada pengguna juga akhirnya. Take it or leave it!! Itu saja pilihan yang ada gamaknya.

Saturday, August 8, 2009

Baiti



Tempat jatuh lagi dikenang .Saya selalu merindukan rumah di mana saya dibesarkan. Ketika menginjak usia 20 tahun baru saya keluar dari rumah itu untuk selama-lamanya. Dulu ketika arwah wan masih ada saya dan keluarga sering juga bermalam di sana. Kini hanyalah kenangan semata. Bila berkunjung ke rumah emak saudara suami sempat juga melayang mata ke sana. Siapalah pernah menduga jodoh saya hanya dengan anak saudara jiran. Jika saya berkahwin dengan orang jauh mungkin lagi sukar saya kembali ke rumah itu. Sayangnya rumah itu telah diubahsuai sehingga saya sendiri merasakan semua kenangan telah hilang bersama perubahannya. Kini rumah itu hanya diziarahi datangnya hari raya . Tangga di luar rumah adalah tempat paling menarik untuk sesi fotografi.

Friday, August 7, 2009

Motivasi Diri



Bagaimana memotivasikan diri? Sudah pasti dengan memaksanya melakukan satu tugasan yang nampak mudah tapi sukar jika tidak bersungguh hati. Ya...hari-hari yang basah semua nampak suram dan kelam. Jika diikutkan hati mahu sahaja memerap di dalam rumah, Jika boleh di bawah selimut sambil bersantai membaca buku kegemaran. Ah..! kalau zaman remaja pun tak biasa buat begitu apatah lagi di usia senja begini.Sambil merancang di dalam kepala saya mencapai bekas tepung dan mengadunkan. Alhamdulillah....berjaya memaksa diri memasak 3 menu untuk dibawa bertamu ke rumah mertua. Saya yang sudah kehilangan kedua orang tua menumpah sepenuh kasih kepada kedua mertua.Berbakti sementara mereka ada dan saya upaya. Anak-anak yang akan mula berangkat pulang turut menerima tempias rajinnya saya hari ini. Kasihan suami bila dia menyakat"Hm...cakap lekas bang cik nak makan apa..boleh abu tumpang sekali". Aduh..! kejamnya saya kerana malas ke dapur selama ini . Apa salahnya kalau sekali-sekali memanaskan oven memasak menu kesukaan mereka. Saya menunggu cream puff mengaring di oven sambil memasukan baju ke dalam beg.

Tazkirah& Munajat


Perjalanan hidup memang berwarna-warni. Adakala diseri warna pelangi dan sekali -sekala muncul pula warna suram dan kusam. Inilah yang menjadikan hidup ini sangat indah bagi mereka yang menghargainya. Hari-hari yang basah menjadikan hati saya turut basah. Mata akan berkaca bila membaca berita sahabat-sahabat sedang berjuang. Menegak kebenaran, menghapus kezaliman atau melawan penyakit. Sudah hampir dua minggu saya memikirkan cara rawatan yang terbaik untuk Cik Nad. Berat mata memandang sudah pasti berat lagi bahu memikul. Saya juga turut mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada sahabat-sahabat saya dalam JIM yang sedang berjuang melawan kesakitan. Dr Hafidzi dan Ustazah Marhamah adalah merupakan antara aset besar JIM. Jika diberi peluang sudah pasti semua ingin terus sihat. Banyaknya agenda umat yang belum dibereskan.

Ya Allah, kami bertawasul dengan amal-amal kebaikkan kami yang tak seberapa ini untuk Kau perkenankanlah doa kami agar sahabat kami ini dikurniakan kesembuhan yang berkekalan. Moga denganya agamaMu lebih terbela dan beliau menjadi pendorong kepada kami supaya lebih teruja dan komited dengan kerja-kerja Islam yang terlalu banyak.

Saya juga memohon doa agar Allah memberi ketabahan dan kesabaran untuk ahli keluarga mereka menempoh saat yang getir ini. Sokongan keluarga dan semangat yang tinggi akan membantu dalam penyembuhan.

Rasulullah SAW bersabda" Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali beserta dengan ubatnya" -Hadits riwayat Al Bukhari

Ibu Susu


Saya menumpang bahagia bila kakak di calonkan sebagai ibu contoh untuk kempen penyusuan ibu HUSM.saya sendiri kurang pasti apakah nama anugerah tersebut. Saya dan ramai ibu-ibu yang sanggup melalui malam-malam yang sepi bertahun-tahun kerana menyusukan anak-anak amat memahami apa yang dilaluinya. Tugas yang nampak mudah tapi sukar dilakukan.Pengorbanan yang bukan sedikit tak kan mampu dipikul kecuali hati-hati yang cekal dan inginkan yang terbaik untuk seorang manusia bernama anak. Tiga tugas yang dipikul sekaligus menjadikan ramai wanita mencari jalan mudah.Gantikan sahaja dengan susu formula. Namun saya pasti setiap anak yang menerima susu ibu pasti akan menghargai tugas mulia yang nampak mudah itu satu hari nanti. Teruskanlah penyusuan....hanya jauhari juga yang mengenal manikam. Anggap sahajalah ketidak kepuasan hati sesetengah orang itu bagai desir angin lalu . Tahniah di atas anugerah itu. Muga lepas ini boleh pula mencipta nama di mana-mana majalah parenting berbekalkan anugerah yang nampak kecil tapi significant itu.Ummi & abu sangat bersyukur.

Aku & Garmin



Perjalanan ke Selatan kali ini bersama teman baru, Garmin, the navigator. Oh! Rupanya ada teman baru ini ada kala mengembirakan dan ada ketika pula menyulitkan. Sepanjang perjalanan kami asyik 'bergaduh'. Man versus machine. Bertemu jalan-jalan baru dia dah pening rupanya. Asyik dok 'recalculating" aje. Tahu bagaimana idea nak ajak Garmin join family saya? Sebab tak nak bergaduh sebab asyik salah jalan bila masuk KL. Nama ja saya orang KL tapi bila setahun berkali-kali jalan baru di buka navigator pun mau letak jawatan. Benar juga kata SIL "Garmin tu kan man yang buat napa nak bergaduh dengan dia. Biarlah dia ikut kita." Aaah.... small matter ja tapi sebenarnya dia ajak masuk KL tapi kami tak nak sebab tahu dah mesti terperangkap dengan massive traffik jam bila PDRM tutup laluan ke KL. Jadi sebagai orang KL kena juga tunjuk skill. Yang anti klimaxnya sepanjang jalan smooth aja tapi bila dah masuk Guthrie pula boleh jammed...apahal? Oo.... PDRM buat road block lagi...."Dah nak keluar KL cik, buat apa nak tahan lagi.?..dah petang pun orang Demo pun dah ramai kena tahan."Kata-kata itu hanya terlekat di minda. Kasihan, mereka hanya menerima arahan.Saya sangat bersimpati. Dua beradik di belakang sudah lama hanyut. Kali ini Garmin terus membisu kerana dia tahu khidmatnya tidak diperlukan lagi. Agaknya dia faham kot kami sudah jumpa jalan pulang!

Meriahnya Warna Hidup







Bukankah merenung yang hijau dan yang indah-indah itu memberi terapi pada minda? Berpeluang mencuri-curi masa ke Floria di Putrajaya memberi puing-puing bahagia memenuhi ruang hati. Anugerah Allah yang selalu dikesampingkan dalam kita mengejar majunya dunia. Cantiknya panorama hari itu cuma terdetik di hati tegakah kita mencemarinya dengan cebisan sampah di sana sini? Bilakah kita boleh mendidik diri kita ? Pagi yang sepatutnya di isi dengan Hari Akademik di KMB terpaksa ditukar. Kolej ditutup dan pelajar diarahkan pulang kerana wabak H1N1.Berita itu tiba ketika kami sudah di R&R Tapah. Saya terkesima. Sudah semakin seriuskah? Minggu ini Harith juga perlu diambil dari asrama. Sekolahnya juga tutup seminggu. Hari-hari yang basah membuatkan kami betul-betul quarantined di rumah. Bang cik terperok di bilik menyiap tugasan IB yang tak pernah habis. Datang hari Nisfu Syaaban peluang untuk berbuka puasa beramai-ramai sementara menanti Ramadhan tiba, insyallah. Malam di mana Allah akan turun di langit dunia dan Dia akan memberi rahmat kepada yang meminta rahmat, memberi rezeki pada yang meminta rezeki dan memberi keampunan kepada yang meminta keampuanan.Wajarkah dilepas peluang ini sedangkan belum pasti kita dapat bertemunya di tahun -tahun mendatang? Alhamdulillah , 'Ammar & team Utharanya sudah di Cairo, semuga jaulah ini membuka mata dan minda untuk menghargai segala nikmat yang dikecapi selama ini.Muga impian melalui malam-malam di bulan Ramdahan akan diperkenankan Allah SWT. Apalah yang diharapkan dari hati seorang ibu tua.Sekadar kebahagian dan segala yang enak-enak sahaja untuk semua yang hampir di hatinya.

Thursday, August 6, 2009

Magical Acts of Kindness in Niexus-NST



Be Sincere

My parents were away in Kedah at the time when my grandpa was in ICU. I was supposed to stay in hostel but that weekend all the hostellites were allowed to go home. I waited for the bus for nearly an hour with my hostel mate, Afiq. Only after I boarded the bus did I realise that I’d lost my wallet. I was scared. When the bus conductor, the familiar Pak Chat (Afiq's father) came, he just walked past. Somehow he seemed to know my predicament. At last, when I reached my destination, I told Pak Chat before I alighted, "Tomorrow I will pay back the fare." He said, "It's okay! Afiq tells me that you always help him in his studies. So I already paid for your fare. Anyway it is only RM1." I nodded and thanked him. I sat for quite sometimes at the bus stop and pondered what mum used to tell me about how if we help people and never ask them to repay anything for our help then, sometimes, other people will help you out.
Posted By: Harith Muhammad