Saturday, April 11, 2009

Langkah Baru Bermula


Agak lama juga tidak memperkatakan tentang cucu kami yang seorang ini. Begitu cepat masa berlalu,  di saat ini tahun lalu kami masih menanti kehadirannya dengan penuh harapan dan debaran.Tahun ini, 2009 dia sudah mula belajar berdiri,meneroka dan melangkah. Berakhirlah sudah zaman tidur nyenyak ibu dan abahnya. Benarlah kata Nabi SAW "Anak kecil ibarat tuan kepada ibunya, jika dia tidak tidur maka kamu juga tidak dapat tidur kerana melayan dan merawatnya". Ketika inilah masa untuk mencorak peribadi,tuturkata, keimanan dan segalanya. Melentur beluh biarlah dari rebung. Itulah perpatah yang dipakai zaman berzaman. Muga ibu dan abahnya tidak henti-henti menimba ilmu keibubapaan agar anak tidak salah didik dan salah asuh. Banyaklah berdoa kerana kita hanya merancang Allah jua yang menyempurnakannya.

1 comment:

syamil said...

zaffran penuh bergaya