Alhamdulillah, tercapai hajat juga nak pergi Pesta Buku tahun ini. Sebab dah tahu mana nak tuju sudah pasti saya akan terus mencari novelis kesukaan. Ada buku yang telah dibeli dan ada yang baru ingin dibeli. Jadi sesi meminta tandatangan sudah menjadi antara agenda dalam kepala.Di atas ialah Puan Norzailina dengan buku masaknya dan Puan Anis Ayuni dengan novel-novelnya. Mereka berdua adalah diantara penulis yang yang jadi kegemaran saya dan anak-anak perempuan saya..Penulis Eyman Haikal dan Serunai Faqir pun ada,sayangnya buku mereka sudah habis saya baca, kalau bawa mungkin dapat tandatangani. Buku Dekat di hati sangat diminati oleh anak lelaki saya, mungkin kerana watak utama pun remaja lelaki . Bila selalu beli buku penulis wanita saya rajin juga mencuba membaca buku ditulis oleh lelaki. Macam Kemana Hatimu, tidak mengeciwakan jika kita mencari tema kekeluargaan.
Ini pula sudah pasti Ramli Awang Murshid sedang menandatangani buku Mikailnya. Buku itu sudah habis dibaca dan tidak pula lupa dibawa bagi mendapat tandatangan untuk anak-anak lelaki dan saya yang meminati tulisan beliau. Adik-adik dari RAMFC siap promo suruh jadi ahli fan kelab mereka. Teruja tengok di hadapannya buku-buku beliau , kalau tak silap 15 buah kot. Kira secara rambang aja. Teringat saat mula kenal buku beliau ketika menjadi pengunjung tetap Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Anak pesan "Jika nak cari novel yang best , cari yang ramai orang pinjam" Terjumpalah Timbirou kot...(betul ke eja tu?) .Buku itu punyalah ramai orang pinjam sampai kulitpun dah beberapa kali di gamkan kembali. Bila sudah membaca barulah tahu kenapa ramai peminat. Kemudian baca pula Pei Pan pun best juga. Bila pindah ke Bertam susah dah nak pergi ke library jadi mulalah membeli Satu Janji sampailah ke Mikail . Abu Muhammad pun sudah mengenalinya kerana ketika Rahsia Perindu dia yang tolong dapatkan tandatangan. Malangnya buku Rahsia Perindu sampai hari ini belum habis dibaca kerana saya merasakan buku itu agak berat untuk difahami dan saya suka membaca bila benar-benar bersedia untuk berfikir dan menyambung satu peristiwa ke satu peristiwa. Maaflah Sdr Penulis!
Puan Anis Ayuni koleksi bukunya bermula dengan membaca buku Suara Hati. Saya jenis yang susah membeli buku jika tidak berapa kenal penulis, kecuali kalau baca sinomsis atau direkomenkan. Jadi bila dah mula mengenal beliau sudah pasti buku-buku tulisan beliau sentiasa dicari . Saya seperti peminat yang lain sentiasa menanti buku-buku terbaru beliau. Baca dulu baru tahu! Apa yang bestnya.
Ini pula Penulis Noor Suraya. Bermula dengan Tanah Adriyana yang saya pinjam di Perpustakaan juga. Kini saya adalah pelanggan tetap beliau. Saya juga mempromo buku surat Unggu Untuk Nuha untuk sesiapa yang belum membaca..Ketika membaca buku itu saya dalam keadaan sedih entah kenapa. Tetapi bila membaca hati saya jadi ceria dan dapat melupakan masalah ketika itu. Begitulah besarnya kesan tulisan seseorang hingga mampu menyentuh jiwa. Teringat betapa kak Lang siap menangis berkali-kali membaca Nyanyian Tanjung sepi. Saya belum membaca kerana buku sudah tiada dalam pasaran. Nak pinjam kat library pun tak ada.
3 comments:
jelesnya dpt p pesta buku...
Jelesnya dpt jumpa penulis2. Teh dah beli mikhail tp tak abis baca lg. rasanya buku2 dia la ni mcm sepesen ja... hehe
teh..jom p pesta buku jumaat ni..oppss...lupa..teh dah keja..hihihi..
Post a Comment