Thursday, April 16, 2009

Rumah Kayu Tiang Seribu

Entah kenapa tiba-tiba teringatkan rumah lama di AS. Sudah hampir 6 tahun rumah itu disewakan.  Kami mula berpindah ke rumah tersebut pada hujung tahun 1995. Ketika itu Harith baru berusia  50 hari. Dan kini dia sudah berusia 14 tahun. Lokasi rumah berdekatan dengan sekolah rendah& menengah, masjid, kedai, plaza tol AS(utara),hospital,stadium,muzium dsbnya  menjadikan kedudukannya sangat strategik. Namun manusia merancang dan Allah menentukan, tanpa diduga kami terpaksa berpindah ke P.Pinang .Pada mulanya berbagai rancangan  diatur agar kami tidak perlu berpindah. Namun segalanya telah tertulis maka dalam bulan Ramadhan 2003 kami mula berpindah dari rumah itu. Sehingga kini penyewa yang sama yang masih menetap di situ. Sesekali bila pulang ke AS adalah juga melintasi rumah itu, sekadar melihat melepas rindu. Pokok yang ditanam satu masa dahulu,sudah besar .Ada yang sudah boleh dimakan. Walaupun rumah lama tetapi anak-anak cukup sayangkan rumah itu. Bila AM menyuarakan hasrat ingin menjual  rumah tersebut , sudah pasti dia akan kalah kerana keputusannya pasti 1 -8. Hanya  masa yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada rumah di Lorong Uda 3 itu.

3 comments:

Lady Qay said...

sedih ja tgok umah lama yang pnuh kenangan tuh...bila tgok ja msti hati bergayut kesayuan melihat kesudahan kisah rmh tuh....kalo la bleh bw rmh tmn uda tu ke bertam ketam msti best gaks...huhuh

My Heart Draws A Dream said...

betoi tu kak..kalo la bleh gergaji ja umah tu bw p bertam mesti best..taman uda byk kenangan terindah..kat situ la kita membesar mengenal dunia(kakak tak sgt sbb dok asrama)..lang kan dok umah lama skit..lagi la terasa sedihnya..hihihi..jgn la abu jual..value dia mseti tinggi nt..

syamil said...

haha....jgn JUAL