Kala hujan turun segalanya menjadi basah, namun itu bukan alasan untuk tidak membawa kaki melangkah ke arah rumah Allah di seberang jalan. Suara dari menara bagai memanggil-manggil kita melepaskan gebar dan selimut tebal. Anak-anak yang baru bercuti dari rutin sekolah dan asrama tidak harus dikesampingkan. Mereka perlu diajak, dipujuk hatta dipaksa sama-sama memakmurkan rumah Allah. Jika tidak dibudayakan dari sekarang belum pasti mereka akan suka-suka dan sendiri-sendiri sedar untuk melakukannya. Sebagai ibubapa yang akan disoal di hadapan Allah janganlah dijadikan alasan kesihan ,kecik lagi, nanti depa tau la... sebagai alasan untuk tidak mngajak mereka bersolat jamaah dan mendengar ceramah sepanjang mereka bersama kita. Sekadar makluman untuk anak-anak kenapa umi dan abu asyik dok heret pi masjid! Hai kalau tengok bola sanggup tak lena malam, nak bangun subuh janganlah sampai nak kena buka volume full blast pulak. Aduhai..!
Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Saturday, May 30, 2009
Kala Hujan Turun
Kala hujan turun segalanya menjadi basah, namun itu bukan alasan untuk tidak membawa kaki melangkah ke arah rumah Allah di seberang jalan. Suara dari menara bagai memanggil-manggil kita melepaskan gebar dan selimut tebal. Anak-anak yang baru bercuti dari rutin sekolah dan asrama tidak harus dikesampingkan. Mereka perlu diajak, dipujuk hatta dipaksa sama-sama memakmurkan rumah Allah. Jika tidak dibudayakan dari sekarang belum pasti mereka akan suka-suka dan sendiri-sendiri sedar untuk melakukannya. Sebagai ibubapa yang akan disoal di hadapan Allah janganlah dijadikan alasan kesihan ,kecik lagi, nanti depa tau la... sebagai alasan untuk tidak mngajak mereka bersolat jamaah dan mendengar ceramah sepanjang mereka bersama kita. Sekadar makluman untuk anak-anak kenapa umi dan abu asyik dok heret pi masjid! Hai kalau tengok bola sanggup tak lena malam, nak bangun subuh janganlah sampai nak kena buka volume full blast pulak. Aduhai..!
Thursday, May 28, 2009
Mari Bertamu
Mari bertamu ke laman kelolaan JIM pusat, bagi yang belum mengetahui kewujudannya sila berkunjung ke Malaysia Harmoni. Selain berita dan aktiviti yang dilaporkan sila rajin membaca kolum pak utih bagi yang yang ingin memahami dunia rumahtangga. Jauh belayar sudah pasti banyak terumbu karang yang ditemui dan iceberg yang ditemui. Sesekali perlu di recharge dengan suntikan dan panduan para kaunselor . Muga dapat dimanfaatkan terutama untuk anak-anak yang jauh di mata dan seringkali bertemu berbagai ujian . Merujuklah kepada yang lebih arif.
Bila Loceng Terakhir Berbunyi....
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sekolah di beberapa buah negeri. Saya dan suami sudah bersedia menyambut kepulangan anak-anak dari jauh dan dekat. Barang-barang dapur dan stok dinginbeku sudah siap semuanya, sekadar menanti untuk di tukar menjadi hidangan untuk santapan sekeluarga.
Ingin juga saya petik satu hadis di mana Baginda Ar rasul bersabda:" dunia adalah perkara yang diperlukan manusia, sebaik-baik perkara ialah isteri yang solehah" riwayat Muslim . Ada pula bidalan Melayu yang menyebut"tali yang lembut dapat mengikat batu yang keras" maksudnya sifat suami yakni lelaki (batu) yang keras, kasar, gagah,perkasa dsbnya dapat dilentur dengan sifat lemah-lembut dan pujuk rayu seorang wanita bergelar isteri (tali)
Jadi bagi yang masih tercari-cari siapakah yang bakal menemani hidupnya silalah merujuk kepada panduan Islam . Agar bahtera rumahtangga bakal dilayari tidak karam sebelum tiba ke pulau impian. Jangan dipandang paras dan rupa kerana ia akan luntur bila tiba masanya,
jangan juga dipandang kepada hartanya kerana ia akan susut bila digunakan,
jadi carilah yang taat pada agama kerana dia akan memeliharamu dari api neraka. Mulalah pencarian bagi yang masih mencari dan telitilah bagi yang sudah ketemu apakah ciri-ciri yang dituntut Islam ada pada tuan punya diri.
Wednesday, May 27, 2009
Masih Bisa baca jawi, hai anak-anakku?
راس برشكور ، راس بهاڬيا دان سڬالا يڠ اينده-اينده برلاكو دالم ڤرجالنن يڠ اينده اين. ستله ملونسكن توڬس ڤد مرتوا، ڤد انق-انق دان ڤد سوامي مك كيني ساي بركوروڠ د رومه كران سديكيت تيدق صيحت. كات دوكتور ءترلالو ڤنت، ترلالو ستريسس دان ترلالو باڽق فيكيرء اوه! باڽق ساڠت ترلالوڽ سداڠكن ساي مراساكن ساي ملالوءي هاري-هاري ماچم بياسا سهاج. چوما بياساله دالم اوسيا سنجا تيدور سوده ماكين كورڠ. بيلا ترجاڬ د دينيهاري ميمڠ ڤايه اونتوق مللڤكن مات كمبالي. تمبه ڤولا سجق سميڠڬو دوا ني تمن تيدور جوڬ سوكر مللڤكن مات والاوڤون بادنڽ سوده ساڠت ڤنت. ساي تق ممڤو مريڠنكن ببننڽ كران ترلالو برسڠكوت دڠن حال كرجڽ. چوما ديام-ديام ساي بردعا اڬر الله ممبري ڤلواڠ اونتوق كامي تروس برلاما-لاما د موك بومي اين. ماسيه باڽق ڤرسياڤن ديري دالم ڤرجالنن منوجو اخيرة يڠ بلوم ترتوناي، ماسيه ايڠين مليهت انق-انق مڠهابيسكن ڤڠاجين دان مليهت ساعت-ساعت بهاڬيا مريك، ماسيه ايڠين ايت دان ماسيه ايڠين اين سداڠكن ساعت يڠ دجنجيكن الله تيدق كيت تاهو بيلا تيباڽ. سودهكه برسديا؟ تڤوك دادا تاڽله ديري سنديري.
Friday, May 22, 2009
Kesakitan itu Satu Ujian
Lama sudah diberi Allah rasa gembira, rasa sihat , rasa bersyukur , rasa bahagia dan segala yang indah-indah berlaku dalam perjalanan yang indah ini. Setelah melunaskan tugas pada mertua, pada anak-anak dan pada suami maka kini saya berkurung di rumah kerana sedikit tidak sihat. Kata doktor 'terlalu penat, terlalu stress dan terlalu banyak fikir' Oh! banyak sangat terlalunya sedangkan saya merasakan saya melalui hari-hari macam biasa sahaja. Cuma biasalah dalam usia senja tidur sudah makin kurang. Bila terjaga di dinihari memang payah untuk melelapkan mata kembali. Tambah pula sejak seminggu dua ni teman tidur juga sukar melelapkan mata walaupun badannya sudah sangat penat. Saya tak mampu meringankan bebanannya kerana terlalu bersangkut dengan hal kerjanya. Cuma diam-diam saya berdoa agar Allah memberi peluang untuk kami terus berlama-lama di muka bumi ini. Masih banyak persiapan diri dalam perjalanan menuju akhirat yang belum tertunai, masih ingin melihat anak-anak menghabiskan pengajian dan melihat saat-saat bahagia mareka, masih ingin itu dan masih ingin ini sedangkan saat yang dijanjikan Allah tidak kita tahu bila tibanya. Sudahkah bersedia? Tepuk dada tanyalah diri sendiri.
Tuesday, May 19, 2009
Belajar Untuk Hidup
Saya sanggup meredah malam berkeretapi ke KL semata-mata untuk menemani kak lang .
Kak Lang yang baru menamatkan pengajian kini sedang memulakan tugas di Baiduri Entp. di Sek 4 BBBangi. Umi dan abu mengucapkan selamat belajar untuk memulakan hidup. Ilmu di dada sekadar menjadi panduan dan membantu menjalankan tugas. Ilmu yang sebenarnya ialah pemerhatian, rajin bertanya dan sanggup menerima teguran. Bukalah minda kerana jika kita menutup minda maka jadilah kita seperti katak di dalam gelas. Mata luas lepas tetapi minda tidak terbuka untuk berubah. Pi mai pi mai tang tu lah jugak!.
Kak Lang yang baru menamatkan pengajian kini sedang memulakan tugas di Baiduri Entp. di Sek 4 BBBangi. Umi dan abu mengucapkan selamat belajar untuk memulakan hidup. Ilmu di dada sekadar menjadi panduan dan membantu menjalankan tugas. Ilmu yang sebenarnya ialah pemerhatian, rajin bertanya dan sanggup menerima teguran. Bukalah minda kerana jika kita menutup minda maka jadilah kita seperti katak di dalam gelas. Mata luas lepas tetapi minda tidak terbuka untuk berubah. Pi mai pi mai tang tu lah jugak!.
Go Green!
Setelah beberapa hari meninggalkan rumah kerana ke utara, balik ke Bertam sebentar sebelum berkeretapi ke selatan pula. Sekarang saya sudah kembali ke rumah semula.
Entri kali ini ditujukan kepada Abu yang begitu kasihkan pokok-pokoknya. Dia yang rajin menanam, membaja dan menabur racun dan ubat siput babi. Saya pula sekadar rajin menyiram dan memetik untuk dimasak dan dimakan.
Bila membuka pintu dapur mata saya tertancap ke arah pokok- pokok cili . Warna merah di sana sini. Jika dulu setiap kali menyiram saya menunggu-nunggu bilakah cili ini boleh dipetik. Penantian itu kan satu penyiksaan. !Petang ini bila mengutip kain dari ampaian insyaallah saya bolehlah memetik hasil dari 'kebun pak Awang'. Seronok rupanya bila berbudi pada tanah ni, jadi bila perlukan pandan untuk memasak air sirap taklah sampai kena ke pasar mencarinya. Petik aja kat belakang rumah, kalau lebih pelawa-pelawalah pada jiran-jiran. Tapi...bila dah orang pelawa jangan lah pulak asyik ambik sampai pucuk pun tak sempat tumbuh. Pandai-pandailah 'adjust'. Nak banyak kena pi cari kat pasar malam atau pasar tani la pulak.
Menyahut seruan kerajaan pertanian itu satu perniagaan. Aktiviti waktu petang dan hujung minggu .Tanah yang sekangkang kera jika dimanfaatkan memang berbaloi tapi manusia biasalah mana pernah puas..masa laman bukan main luas tak lah beria-ria nak menanam tetapi bila dah laman sekangkang kera gini bukan main lagi mengumpul tin dan botol minyak untuk ditanam pokok-pokok.
Pokok kari, pegaga, kucai, pudina, cili padi, cili hidup, kunyit, pokok sambung nyawa, selasih , cekur dan pokok misai kucing adalah antara koleksi yang sedia ada. Akan datang mungkin pokok ketumbar dan pokok kesum. Ini untuk hantu kari capati dan hantu laksa yang akan pulang bercuti tak lama lagi!
Bila membuka pintu dapur mata saya tertancap ke arah pokok- pokok cili . Warna merah di sana sini. Jika dulu setiap kali menyiram saya menunggu-nunggu bilakah cili ini boleh dipetik. Penantian itu kan satu penyiksaan. !Petang ini bila mengutip kain dari ampaian insyaallah saya bolehlah memetik hasil dari 'kebun pak Awang'. Seronok rupanya bila berbudi pada tanah ni, jadi bila perlukan pandan untuk memasak air sirap taklah sampai kena ke pasar mencarinya. Petik aja kat belakang rumah, kalau lebih pelawa-pelawalah pada jiran-jiran. Tapi...bila dah orang pelawa jangan lah pulak asyik ambik sampai pucuk pun tak sempat tumbuh. Pandai-pandailah 'adjust'. Nak banyak kena pi cari kat pasar malam atau pasar tani la pulak.
Wednesday, May 13, 2009
Tuesday, May 12, 2009
T Shirt Labuh
Ramai yang bertanya di mana saya mendapatkan t shirt labuh ini. bagi yang berminat mendapatkan t-shirt labuh muslimah tetapi tak ada masa nak cari kat kedai sila ke sini, saja tolong promo blog pasangan muda (anak/menantu kawan) yang gigih berusaha sambil menyumbang untuk dakwah. Saya tak ada saham pun saja nak membantu. Hubungi terus dengan tuanpunya blognya. Harga memang murah, material pun baik dan banyak pilihan warna serta design. Diimport terus dari Indonesia.
Tatapan Perantau 3
"Orang makan saya pun nak makan, bila dah makan baru tahu rupanya makanan ni ada macam-macam rasa!"
Tatapan Perantau 2
"Tengoklah kelaku saya bila bangun tidur...semuanya tak kena.Nak bagi kena kena pi cari ibulah dulu"
Monday, May 11, 2009
Secebis Doa
Alhamdulillah, itulah sebaik ucapan kepada Tuhan yang menjadikanmu, kehadiranmu amat bermakna bagi kami. Telatahmu tak pernah jemu diperhati dan sudah pasti kami semua mendoakan segala yang baik-baik bagimu.
Sunday, May 10, 2009
Besarnya Hati Ummi, anakku
a very Happy Mother`s Day to our special Ummi. although this video can't pay all sacrifices that you`ve made, but we hope it can make your day happier. how we love and care for you. Thanks Ummi!
Sekalung Penghargaan
"Terima kasih ini dirakamkan khusus untuk suami tercinta, En Muhammad Abd. Razak tanpa suami tak mungkin saya mengecapi pahit manis menjadi ibu. Juga terima kasih kepada Ruqayyah, Tasneem, Kauthar,'Ammar, Syamil, Zaid dan Harith. Kehadiran kamu semua dalam hidup ini melengkapi ruang bahagia yang memenuhi hati sejak bergelar isteri. Hadiah, kad, bunga juga ucapan kalian sangat bermakna buat ummi. Masih jauh lagi perjalanan yang akan ditempuhi dan tugas ummi belum berakhir selagi nafas belum berhenti. Ya Allah satukanlah hati-hati kami dalam iman dan taqwa dan jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mendirikan solat dan menegakkan agamaMU .Ammen"
Mengisi Ruang Hari
Awal pagi sudah menghadiri usrah gabungan, "keluarga & dakwah, pengalaman melahir generasi robbani". Memang tersentuh hati mendengar tazkirah dari Ustazah Arfah. wanita yang masih gigih berdakwah dan sesekali merefleksi diri. Di manakah kita? "Wahai wanita lahirkanlah singa-singa dakwah dan jangan kamu lahirkan ayam-ayam daging yang akan dimamah jahiliyyah."
Bila tiba di rumah bersiap untuk mencari tempat makan yang agak luarbiasa. Ketemu Lau Ti Fang Cafe. Memandangkan perut dah lapar kami pesankan menu yang cepat dan sedap. Hm...alhamdulillah sedap dan abu memang memuji. Jadi bila balik Bertam jangan lupa kita set date beramai-ramai bagi sokongan pada saudara baru kita ini. Menu macam-macam..tapi ada yang belum siap. Maklumlah mereka beroperasi hingga larut malam. Insyaallah, boleh datang lagi.Kat Bandar Pusat Bertam sahaja bukan jauh pun.
*terima kasih abu kerana membelanja. Hari ini saya cuti masak!
Bunga Kasih Buat Wanita Hidup Ku
Bila mimpiku hilang ditelan gelombang
Kau larik angan indah
Memanggil bintang turun
Agar aku tak berduka lagi
Bonda
Hayat mu pada urat-urat wajah tua
Tersimpan seribu cerita suka dan duka
Masih senyum dalam tangismu
Hati mampan menangkis derita
Bonda
Tangis malam mencarik mimpimu
Dinihari begitu kudus diribaanmu
Aku tahu siapa
Yang melayan nakalku
Yang menyuap santapku
Yang mendakap lenaku
Yang menyuluh jalanku
Aku wanita kini
Yang terleka menari tari kemelut materialistik
Pada ruang hutan batu yang serba keliru
Namun mengenangmu
Aku terasa dipandu
Sematkan bunga kasih ku
Untukmu Bonda, wanita hidup ku
*terima kasih buat anak-anak yang jauh di mata namun senantiasa dekat di hati.
Saturday, May 9, 2009
Tengok Kelaku Saya
Itulah agaknya yang ingin Zaffran katakan pada kami semua. Bermula dengan bangun tidur jika tidak perlu menyusu dia kan bangun dan memulakan expedisi explorasinya. Rumah ibuabahnya yang comel itu sekejab sahaja diterokainya. Bulan mei ini insyaallah dia akan berusia 10 bulan. Dalam usia 9 bulan+ dia sudah boleh berjalan. Apalagi rumah perlu dipagari di sana sini bagi mengelak penyelongkaran dan kemalangan. Sebagai pendidik pra sekolah saya suka anak-anak dibiarkan bebas bergerak. mereka belajar dengan merasa dengan semua pancaindera yang ada. Perkataan "jangan" itu dan jangan ini bisa mematikan minat mereka untuk meneroka. Gantikanlah dengan perkataan yang seerti dengannya. Jika di waktu kecil mereka terlalu dihalang, tunggulah bila remaja semua benda mereka akan lakukan. Atas dasar ingin mencuba dan belum pasti apa yang dicuba itu baik untuk diri, masyarakat dan agama. Ketika kecil inilah coraklah mereka dengan sebaiknya agar mereka membesar dengan corak yang menarik dan terpuji. Tangan yang menghayun buaian boleh juga mengoncang dunia. Selamat Hari Ibu.
Seleksi Sajian Untuk Hari Ibu
Char Keow Teow - Penang Mari
(untuk 1 orang makan )
1 Senduk Kecil minyak
(untuk 1 orang makan )
1 Senduk Kecil minyak
2 ulas Bawang Putih (hiriskan halus2)
1 Biji Telur
4 Ekor Udang
1 Biji Telur
4 Ekor Udang
1 Sudu Sos Char Kew Teow
1 Genggam Keow Teow
1 Genggam Taugeh
1 Senduk Kicap Char Keow Teow
Sedikit Kucai
Cara:
1)Panaskan Minyak, tumis bawang putih.
2)Masukkan sos pastu kacau selama 10saat +udang+keow teow
3)Masukkan Taugeh + Kucai, kacau sikit dan terus tutup api.
4)Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak, takder kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)
Jangkamasa masak : 40saat (tgk besar mana korang pasang api)
1 Senduk Kicap Char Keow Teow
Sedikit Kucai
Cara:
1)Panaskan Minyak, tumis bawang putih.
2)Masukkan sos pastu kacau selama 10saat +udang+keow teow
3)Masukkan Taugeh + Kucai, kacau sikit dan terus tutup api.
4)Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak, takder kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)
Jangkamasa masak : 40saat (tgk besar mana korang pasang api)
*Panduan untuk para anak,/abu/abah & ayah yang berminat untuk memasak sempena Hari Ibu
Makanan Tradisi Masih Di hati
Ibu pasti dikaitkan dengan makanan. Biasanya makanan kegemaran ibu akan diwarisi anak-anak. Semasa di AS saya sempat berjalan-jalan sendirian. Menyusuri kedai-kedai lama di Jalan Langgar dimana saya akan melintasinya setiap kali pergi dan pulang dari sekolah. Ada yang masih beroperasi, ada yang telah diubahsuai dan ada yang telah bertukar tuan punya. Ketika leka berjalan sambil mengambil gambar saya bertemu dengan seorang mamak penjual putu
mayong. Rupanya dia terpaksa menggunakan motorsikal kerana kedai dimana keluarganya tumpang berniaga sejak puluhan tahun lalu telah dijual kepada orang lain.
Juadah sarapan pagi yang biasa kita lihat, beli dan menikmatinya. Putu Mayam, yg berasal dari kaum India ini memang tak perlu diperkenalkan lagi. So, bagi sesiapa yg nak cuba, jom lihat resipinya.
PUTU MAYAM (courtesy dari blog Rozzan's)
Bahan-Bahan
360 gm tepung beras
700 ml air panas (mendidih) }
1½ sudu teh garam } ….. disatukan
Cara :
Bungkus tepung beras di dalam sehelai kain nipis dan kukus selama kira-kira 20 minit. Sejukkan sebentar lalu bubuh air panas tadi dan gaul/uli sehingga rata.
Jerang air dalam kukusan sehingga mendidih. Gunakan alat penekan tepung muruku, pilih acuan yg lubangnya halus. Masukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalamnya.
Telungkupkan saringan yg diperbuat dari buluh. Picitkan keluar tepung tadi secara berpusing-pusing seperti membuat roti jala dgn saiz sebesar piring cawan teh.
Kukus selama 5 minit. Keluarkan dari kukusan dan perlahan-lahan ‘kopek’ putu mayam dari saringan buluh tadi dan alihkan pada sebuah dulang/pinggan besar.
Ulang proses ini sehingga kesemua adunan selesai digunakan. Hidangkan bersama kelapa parut putih & gula tanjung, “sothi” atau lauk kari yg lain.
PUTU MAYAM (courtesy dari blog Rozzan's)
Bahan-Bahan
360 gm tepung beras
700 ml air panas (mendidih) }
1½ sudu teh garam } ….. disatukan
Cara :
Bungkus tepung beras di dalam sehelai kain nipis dan kukus selama kira-kira 20 minit. Sejukkan sebentar lalu bubuh air panas tadi dan gaul/uli sehingga rata.
Jerang air dalam kukusan sehingga mendidih. Gunakan alat penekan tepung muruku, pilih acuan yg lubangnya halus. Masukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalamnya.
Telungkupkan saringan yg diperbuat dari buluh. Picitkan keluar tepung tadi secara berpusing-pusing seperti membuat roti jala dgn saiz sebesar piring cawan teh.
Kukus selama 5 minit. Keluarkan dari kukusan dan perlahan-lahan ‘kopek’ putu mayam dari saringan buluh tadi dan alihkan pada sebuah dulang/pinggan besar.
Ulang proses ini sehingga kesemua adunan selesai digunakan. Hidangkan bersama kelapa parut putih & gula tanjung, “sothi” atau lauk kari yg lain.
Maka dia kini menumpang berniaga di hadapan sebuah kedai lain. Dia tidak mencari lokasi lain kerana pelanggan tetapnya akan mencarinya bila pulang ke AS. Era putu mayong and putu piring serta putu buluh bermula sejak tahun 60an lagi. Arwah wan akan membawa kami (saya dan sepupu) makan angin dengan kereta Austinnya pada waktu malam .Bila pulang kami kan singgah membeli putu piring yang ada kismis dan gula merah di dalamnya. Era itu berlanjutan bila saya berpindah semula ke AS pada lewat 90an. Hingga kini anak-anak akan mencari putu mayong tersebut bila pulang ke AS.
Nasi Ulam Cikgu
Kalau dah nama pun cikgu, pergi Kelantan mesti nak cari cikgu juga. Biasalah kan...dalam banyak-banyak tempat nasi ulam cikgu juga yang jadi pilihan. Menunya biasa sahaja tetapi dek kerana sedap, murah dan cantik tempat tu memang dah masuk dalam acara setiap kali ke KB. Menantu sampai komen"ummi tak puas-puas dengan ulam cikgu" Hai..mana boleh puas macam orang Kelantan tak pernah puas dengan budunya. Menu pilihan hari itu ayam goreng, ulam-ulam cicah tempoyak dan budu, singgang ikan patin, keli percik dan goreng dan sayur lemak kobis. Air sirap bandung satu jug memang minuman wajib. Makan tujuh orang tak sampai pun RM50. Memang berbaloi!
Friday, May 8, 2009
KB & KB Mall
Kunjungan ke KB memang tak sah kalau tidak ke KB Mall. Saya tidak begitu gemar ke sana kerana saya merasakan banyak lagi tempat di KB yang boleh diselusuri. Namun apakan daya anak-anak suka sangat pergi ke sana. Ikut ajalah. Saya merasakan di mana-mana bandar di Malaysia ada berbagai Mall yang hampir serupa konsepnya. Bagi yang muda-muda mungkin ini tempat mudah dikunjungi kerana konsep 1 stop centrenya. Bagi kami yang makin menjadi tetamu senja ini mungkin tempat yang berlatarbelakangkan alam semesta lebih dekat di hati.
Di KB Mall juga tempat suami saya sering bertembung dengan bekas studentnya. Kalau ada nampak orang dok usyar, dan dok perati besar kemungkinan nanti dia akan datang dan tanya"Ni Cik Mat ?" Hm...suami saya pun makin beranjak senja, jika dulu student pun muda trang-tang-tang sekarang yang approached dia pun kebanyakan dah ada anak atau paling tidak pun sedang merancang untuk berkahwin. Apa -apa pun syabas pada bekas students yang masih mengenali dan paling baik sanggup bertanya kabar. Kenapa besar sangat ke? Pada saya orang-orang senja ni, anak muda kita sudah makin sukar mendekati apatah lagi menegur orang tua-tua. Sedangkan jika didekati banyak pelajaran hidup yang dapat dipelajari dari generasi ini. Bagai sering saya suka ingatkan ular menyusur akar tidak kan hilang bisanya!
Mak Bunga
Semasa di TG saya megambil peluang berkunjung ke Pasar Minggu Alor Rambai. Awal pagi sudah bertolak bersama mak Bunga, jiran dan kawan mak. Entri ini didedikasikan kepada Mak Bunga. Wanita gigih ini dalah wanita yang dikenali oleh kebanyakan cucu mak dan abah. Manakan tidak ketika kecil -kecil dulu rumah mak Bunga adalah tempat anak-anak membeli ice cream malaysia. Sampai kini dia masih berjualan, jika dulu 20 sen sekarang ni pun masih 20 sen. Meskipun tinggal bersendirian dia sentiasa ceria dan ini membuat kami semua sangat menyukainya. Sekarang ketika mak tak upaya ke mana-mana mak Bunga akan sekali-sekala datang menceriakan hari-hari mak.
Pelajaran Hidup Buat Cucu-cucu
Membaca Al qur'an sudah menjadi amalan harian Wan dan Mak tok sejak dulu lagi. Mari saksikan bagaimana mak tok membantu membetulkan bacaan al qur'an wan. Saya belajar banyak perkaradan teringat akan 5 perkara. Masa sihat ingat masa sakit, masa muda ingat masa tua. Ya! Amalan masa muda wan banyak membantu beliau di masa dia sakit dan semasa usia berarak insya'.Bayangkanlah jika kita tidak pernah memahirkan diri kita dengan al qur'an adakah kita boleh membacanya dengan lancar ketika mata makin kabur, lidah makin kelu dan pendengaran makin bercelaru? Saya kagum dengan abah, walaupun banyak hal keduniaan yang dilupainya tetapi bab solat, bab bacaan doa, zikir dsbnya. Kita hanya perlu memulakan dan abah akan menyambung hingga sudah. Alhamdulillah! mak dan abah memang patut dinobatkan sebagai pasangan misali, mak sabar benar menghadapi cabaran meladeni abah yang banyak lupa dari ingatnya. Benarlah kata arwah emak"Tika muda kita banyak rasa mawaddah( berkasihsayang) dan bila dah tua banyak pula rasa rahmah(kesihannya).Hopefully abu masih ingat masa arwah emak berpesan di kubur tok Yah di Akar Peluru, Muga dapat dijadikan iktibar buat kita semua dalam meniti bilah-bilah hari.
Wednesday, May 6, 2009
Selamat Datang Ke Dunia Nyata!
Saya sedang mencari idea memasuk entry hari ini . Tiba-tiba dapat SMS "Lang interview hari Jumaat pk 9".Saya membalas " Call abu tanya tips " Dalam kegawatan hari ini semua orang berebutkan jawatan yang dipohon. Kelulusan mungkin lebihkurang tetapi apa yang ingin dicari penemuduga ialah bakal pekerja yang boleh berkongsi visi dan misi organisasi tersebut.Saban tahun IPTA/S melahirkan beratusribu graduan dalam berbagai disiplin. Namun yang layak diserap dalam sektor awam hanyalah beribu atau berbelas ribu sahaja. Sektor awam masih jadi pilihan utama kerana mungkin mentaliti orang Melayu yang inginkan kehidupan yang lebih terjamin. Meskipun Islam menyebut 9/10 rezeki terletak di bidang perniagaan. Graduan muda hari ini perlu banyak menyiapkan diri dengan skills yang tidak terdapat dalam buku teks.Setinggi manapun ilmu kita amalkanlah resmi padi,makin tunduk makin berisi. Tunduk tak bererti kita lemah, ular menyusur bisa tidak akan hilang bisanya.
Tuesday, May 5, 2009
Bersama Putaran Roda
Baru bulan Mei, tapi tahun ni betul-betul Tahun Melawat Malaysia. Bulan Februari kami patut ke Cameron Highland. Namun dibatalkan kerana bertukar Tahun Merawat Pesakit pada tarikh itu.Alhamdulillah, bulan Mac kami berpeluang membawa anak-anak yang bercuti ke CH.Balik hari sahaja. Tak banyak tempat dapat pergi kerana kesuntukan masa tapi sebab dah biasa pergi kita boleh aja rancang mana yang patut dilawati. Lepas solat Jumaat kami ke stesen Mardi, singgah KH Farm makan ice cream,ke Kea farm beli sayur dan balik. Bulan April dapat pula ke Bukit Cahaya Seri Alam dan yang terakhir sempena cuti 1 may berkunjung ke Kelatan pula. Sampaikan Harith kata kawannya komen"Hang tak reti dok sengap ka?"....alhamdulillah..berjalan sambil berziarah muga yang diziarahi dapat suntikan semangat untuk terus belajar dan yang bekerja terus bersemangat. Cuma masih terkilan belum upaya memandu ke TPI melawat ngah. Cuti kena panjang kalau nak pergi JB. At least 4 hari kot!Entah bila hanya Allah jua yang mengetahuinya.Janganlah kecik hati, ngah. Bukan tak ingat, tak dan sahaja!
Terus-terusan di Utara.
Awal pagi memandu sendirian ke utara. Cuaca panas diselangi hujan di satu dua tempat. Tiba di rumah emak sedang terbongkok-bongkok di bawah beranda. Rupanya bersusahpayah mengikat tali buaian. Apalagi nak halang anak cucu dari menghayun buaian hingga menghentam dinding dan cermin sambil tangan memukul buah rambutan yang baru berputik. Minggu lepas sebelum balik saya sudah mengheret buaian dan mengikatnya agar tidak terlalu laju dihayun. Rupanya budak-budak tu lagi kreatif, tau aje macamana nak ungkaikan ikatan tu. Abah macam biasa, bila ditanya dia hanya menjawab "kalau nak demam biak pi lah kat dia".Emak hari ini pula sakit urat pula sebab makan ubat yang mahal tu semalam.Bibik oh..bibik bila nak mai ni? Kesian mak tok menanti macam menunggu buah tak gugur...yang pasti buah mempelam harum manis di tepi dapur yang gugur tak berenti-renti. Ayam yang lalu lalang pun buat-buat tak tau ..dah tak larat nak makan kot!
Subscribe to:
Posts (Atom)