Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sekolah di beberapa buah negeri. Saya dan suami sudah bersedia menyambut kepulangan anak-anak dari jauh dan dekat. Barang-barang dapur dan stok dinginbeku sudah siap semuanya, sekadar menanti untuk di tukar menjadi hidangan untuk santapan sekeluarga.
Ingin juga saya petik satu hadis di mana Baginda Ar rasul bersabda:" dunia adalah perkara yang diperlukan manusia, sebaik-baik perkara ialah isteri yang solehah" riwayat Muslim . Ada pula bidalan Melayu yang menyebut"tali yang lembut dapat mengikat batu yang keras" maksudnya sifat suami yakni lelaki (batu) yang keras, kasar, gagah,perkasa dsbnya dapat dilentur dengan sifat lemah-lembut dan pujuk rayu seorang wanita bergelar isteri (tali)
Jadi bagi yang masih tercari-cari siapakah yang bakal menemani hidupnya silalah merujuk kepada panduan Islam . Agar bahtera rumahtangga bakal dilayari tidak karam sebelum tiba ke pulau impian. Jangan dipandang paras dan rupa kerana ia akan luntur bila tiba masanya,
jangan juga dipandang kepada hartanya kerana ia akan susut bila digunakan,
jadi carilah yang taat pada agama kerana dia akan memeliharamu dari api neraka. Mulalah pencarian bagi yang masih mencari dan telitilah bagi yang sudah ketemu apakah ciri-ciri yang dituntut Islam ada pada tuan punya diri.
No comments:
Post a Comment