Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Wednesday, September 30, 2009
Sini Sana
Alhamdulillah, saya sudah menyiapkan penulisan yang agak lama terbengkalai. Bukan kerana tak sempat tetapi kerana ingin menumpahkan tumpuan pada bulan Ramadhan yang bertamu sekali setahun. Tarikh akhir pun hari ini...jadi memang kena pulun sakan membaiki di sana sini. Mujurlah kesempatan tinggal sendirian membuatkan saya tidak perlu memikir apa-apa.
Terima kasih juga pada suami yang selalu menjadi teman setia. Dia yang selalu menjadi penyelamat ketika saya sudah bosan dengan Word Office 2007. Sambil menolong mulutnya letih menegur saya yang tidak mahu belajar seluk-belok Words tu.
Ni bukan kes..malas. Kes nak bermanja apa salahnya. Lagipun saya dah tolong masakkan sahur untuk dia berpuasa 6 .Apa salahnya dia membantu saya di kala memerlukan. Lagi pun merajuk pada yang sayang, meminta sudah pasti pada yang kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dah bis??cnratsss..nak jd pnebaca n pengomen pertama leh??
Post a Comment