Thursday, October 22, 2009

Berkongsi Rasa



.Hati ibu pasti gembira bila anak sudi  berkongsi kisah dan peristiwa. Segala yang sedih-sedih turut dirasai kesedihannya, begitu juga yang manis-manis. Petang tadi dua panggilan yang membuatkan mood saya berbeda.

Panggilan pertama  datangnya dari bang cu nun jauh di sempadan negeri . Sebagai ibu sudah pasti saya memberi sepenuh perhatian kepada setiap butir percakapannya.. Semampu mungkin saya akan menurunkan nasihat agar dia  belajar dari pelajaran hidup yang sedang dilaluinya  sekarang. Jarak tempat dan masa adakala merenggangkan kami namun sedaya mungkin kami suami isteri cuba untuk mengunjunginya bila ke Utara. Saya percaya kita selaku ibu bapa tentu inginkan anak-anak kita melakukan yang baik-baik sahaja tetapi sekali sekala pasti ada juga mereka melakukan kesilapan dan kesalahan. Kita tidak patut cepat melenting dan begitu cepat menuding tangan. Mereka masih muda, mereka masih perlukan petunjuk dan panduan dalam bertindak. Jika kita terlalu keras menghukum takut mereka makin jauh dan mencari orang lain pula untuk dirujuk.Bersyukurlah jika anak-anak sanggup mengaku kesilapan mereka dan memohon ihsan kita untuk memahami jiwa mereka. Bawalah berbincang dan menegur dengan baik. Meskipun umur sudah mencecah belasan tahun tetapi jiwa mereka masih anak kecil yang perlu dibelai dan dimanja.Belajarlah mengerti dan memahami. Bumi mana tidak ditimpa hujan!




Panggilan kedua datang dari anak yang hanya jauh sekadar 6km. Suara cerianya sudah pasti menggambarkan perasaan hati yang sedang menggebu gembira. Saya bagaikan ternampak-nampak matanya yang segera berkaca bila mendapat sesuatu yang diidamkannya. Sudah pasti saya tumpang gembira dan bantuan saya yang tidak seberapa itu  terasa terbalas. Insyaallah, awal bulan depan Harith dan team sekolahnya akan ke Sony Nature Camp. Meskipun tarikh itu jatuh ketika musim peperiksaan akhir tahun saya pasti pihak sekolah sudah pasti akan membuat rombakan dan kelonggaran untuk mereka. Peluang yang datang tidak selalu ini tidak patut ditolak kecualilah kalau Puan Pengetua kata" No". Semuga team Irsyad dapat bersama dengan mereka yang ingin hidup bersama alam  atau Living With Nature".Sesi fotografi sudah pasti sesuatu yang wajib disamping belajar menjaga keseimbangan alam sekitar agar dapat terus diwariskan kepada generasi akan datang. Tahniah Irsyad!!

2 comments:

Catwoman said...

Salam tuan rumah....

Sy dtg singgah utk membaca...
:)


http://zymasaad.blogspot.com/

Umi Kalthum Ngah said...

Dear UmiYati,

Terima kasih kerana singgah dan meninggalkan jejak di blog saya...

Teruskan menulis, ya Ukht!

Blog ini cantik dan menawan, Alhamdulillah...

Dr.UmiKalthumNgah