Hujan turun lebat sekali.. Beg-beg sudah tersedia di muka pintu sekadar menunggu diangkat ke kereta. Begini rupanya hujan di Pantai Timur. Bukan tak biasa tetapi bila sudah dua dekad lebih meninggalkan Pantai Timur saya jadi lupa musim tengkujuh di sana. Anak saya sudah bergegas meninggalkan rumah kerana bila hujan turun pergerakan menjadi lembab sudah pasti punch kadnya akan merah pulak. Itulah yang ingin dihindari.Takut pula suara bos memetir. Akhirnya kami melangkah jua meredah deraian hujan sambil mengelek Zariff Rayyan. Abang longnya sudah dibawa ibunya menuju ke rumah opah dan adiknya yang murah dengan senyuman ini sudah lali-lali dalam dokongan. Dengan bantuan Mr Garmin kami sampai juga ke Taska E na , di belakang SK Kubang Kerian 3. Suami saya memandu dengan tenang. Biasalah bila biasa memandu di Penang tentu akan rasa rimas terpaksa mengekor kereta yang dipandu penuh santai sambil melepas asap rokok di muka tingkap.
Ketika merentasi Banjaran Titiwangsa kabus menghadkan pandangan. Kenderaan belum banyak jadi sesekali sahaja kami bertemu lori-lori yang sarat muatan.Penat sungguh melihat lori-lori ini mendaki puncak tertinggi di Semenanjung. Di Titi Wangsa kami tidak singgah. Kabus tebal masih menutup pandangan. Cuaca sejuk dan iringan hujan terus menemani kami sehinggalah kami keluar dari negeri Kelantan. Hampir tiba di sempadan Perak titik hujan makin kurang menimpa cermin kereta. Akhirnya wiper kereta dapat direhatkan sepenuhnya. Alhamdulillah.
Hari sudah rembang. Perut pula sudah minta diisi. Kami singgah di sebuah gerai di Keda Kelebang, Baling. Malangnya nasi masih ada cuma lauknya sahaja yang habis. Saya memilih laksa dan suami serta anak memilih bihun sup..??...eeerrrr...kuahnya macam dibubuh perencah maggi sahaja. Dek kerana lapar terpaksalah disudu juga sehingga habis isinya. Gerai yang selalu dikunjungi tutup.Mungkin kerana musim kenduri. Suami segera memegang stering hati sudah sampai ke rumah. Walaupun kami ada sejam lebih lagi di jalanan.
Hampir jam 3petang kami selamat tiba di rumah. Dalam kelelahan kami bersyukur dapat mencari ruang menziarahi cucu yang diserang campak besar. Tak senang hati asyik berhubungan di kakao talk sahaja. Turut dibawa daun melur, daun mertajam, daun delima serta daun asin-asin yang perlu digiling dengan bedak sejuk dan dioles pada badan selepas semua keruping campak gugur. Kata emak ini untuk menghilangkan parut dan menghilang miang di badan. Mudah-mudahan anak saya sempat membedak abang longnya kerana bila diuji sedikit kesakitan dia bagaikan tak cukup tangan untuk melayan rengekan anak-anak. Tidur tak usah kata nak duduk makan pun tak sempat. Begitulah harga yang perlu dibayar seorang ibu. Mereka yang memiliki anak kecil sahaja mampu menilai betapa berharganya sepuluh minit tidur yang betul-betul lena. Ketika kecil merekalah tuan dan ibu hambanya. Mudah-mudahan janganlah dia terus-terusan menjadi tuan di hari siibu sudah tidak mampu menjadi hamba lagi.
Zariff okay lagi Sebaik melepasi Pekan Rantau Panjang kami dapat sedikit ruang untuk memecut laju. Hari masih pagi dan basah pula. Tidak ramai orang yang ingin keluar rumah kecuali yang ada urusan atau terpaksa keluar demi mencari sesuap dua nasi buat makan anak isteri. Seperti biasa kami akan singgah di Petronas Jeli. Kami suka stesen ini. Stesen mini market. Jika tak sempat membeli keropok dapatkan sahaja di sini. Cukup sekadar buah tangan untuk jiran di tepi rumah. Tanda kita baru pulang dari Kelantan. Tapi saya tak membeli apa-apa kali ini. Sudah tak ada sesiapa untuk dihulurkan. |
Abang long tak mampu bercakap/makan kerana mulutnya penuh ulcer |
Hari sudah rembang. Perut pula sudah minta diisi. Kami singgah di sebuah gerai di Keda Kelebang, Baling. Malangnya nasi masih ada cuma lauknya sahaja yang habis. Saya memilih laksa dan suami serta anak memilih bihun sup..??...eeerrrr...kuahnya macam dibubuh perencah maggi sahaja. Dek kerana lapar terpaksalah disudu juga sehingga habis isinya. Gerai yang selalu dikunjungi tutup.Mungkin kerana musim kenduri. Suami segera memegang stering hati sudah sampai ke rumah. Walaupun kami ada sejam lebih lagi di jalanan.
Hampir jam 3petang kami selamat tiba di rumah. Dalam kelelahan kami bersyukur dapat mencari ruang menziarahi cucu yang diserang campak besar. Tak senang hati asyik berhubungan di kakao talk sahaja. Turut dibawa daun melur, daun mertajam, daun delima serta daun asin-asin yang perlu digiling dengan bedak sejuk dan dioles pada badan selepas semua keruping campak gugur. Kata emak ini untuk menghilangkan parut dan menghilang miang di badan. Mudah-mudahan anak saya sempat membedak abang longnya kerana bila diuji sedikit kesakitan dia bagaikan tak cukup tangan untuk melayan rengekan anak-anak. Tidur tak usah kata nak duduk makan pun tak sempat. Begitulah harga yang perlu dibayar seorang ibu. Mereka yang memiliki anak kecil sahaja mampu menilai betapa berharganya sepuluh minit tidur yang betul-betul lena. Ketika kecil merekalah tuan dan ibu hambanya. Mudah-mudahan janganlah dia terus-terusan menjadi tuan di hari siibu sudah tidak mampu menjadi hamba lagi.
No comments:
Post a Comment