Pada tarikh ini 6 mac 1982 kala bunga butercup malu-malu menyapa sang mentari saya melahirkan anak sulong saya. Jauh di negara orang. Hanya bertemankan suami yang setia di sisi sehingga si puteri menangis nyaring di dinihari.
Tugas baru pun bermula. Maklumlah tiada pengalaman dan jauh pula dari ibubapa serta orang tua-tua yang mampu menitip sepatah dua nasihat untuk ibubapa muda seperti kami. Rujukan saya hanyalah buku-buku dan majalah-majalah keibubapaan yang banyak di sana. Juga panduan dari senior yang sedang mengambil Phd . Ketika itu rutin suami menjadi semakin padat. Bila sudah sampai ke fasa akhir pengajian pasti ada kuliah yang perlu dihadiri, projek tahun akhir yang perlu diselesaikan sebagai pra syarat untuk layak dianugerah sekeping ijazah . Namun dia tetap mampu meluangkan masa untuk pulang memasak dan menjenguk saya dan bayi yang didalam hari.
Saya terus membaca untuk mencari ilmu membesarkan anak-anak. Bukan mudah dikala rujukan buku pendidikan anak-anak dalam Islam masih amat kurang di pasaran. Jika pulang menziarahi mak dan bapa di Kuala Lumpur kami pasti ke kedai buku mencari bahan bacaan untuk diri dan anak-anak.
Rupanya pendedahan awal terhadap bahan cetak menjadikan anak-anak saya menjadi begitu taksub pada buku. Ketika mengubahsuai rumah baru-baru ini saya bagaikan tersedar rupanya harta yang saya kumpul berpuloh tahun hanyalah buku dan buku. Jika dijual kepada van akhbar terpakai ia hanya mampu meraih 25sen sekilo tetapi saya bersyukur ilmu yang saya dapat dari pembacaan mampu mencorakkan hidup saya dan keluarga hari ini. Ia lebih mahal melangkaui nilai kebendaan yang mampu dijana.
Anak sulong saya berada di tahun enam bila Allah menjemput kami menjadi tetamuNya. Dia saya pesankan menjaga adik-adik seramai lima orang. Yang paling kecil ketika itu baru berusia 6 bulan. Jika mahu ditangguhkan belum tentu ada hayat umur dan peluang. Dengan penuh reda saya belajar melepaskan susu.Dan dengan izinNya kami dapat menyempurnakan rukun Islam kelima tanpa sebarang masalah besar.
Tahun demi tahun anak saya ini melangkah.Dari sekolah menengah hingga ke matrikulasi.Bukan mudah membiayai pembelanjaran mereka dengan satu pendapatan. Namun semua itu kami lalui dengan penuh yakin bahawa setiap anak telah Allah tentukan rezeki mereka. Dan berbagai peristiwa besar yang dilalui dalam proses menempah kejayaan.Adakala anak saya menangis kerana beratnya ujian yang dilalui.Sebagai ibubapa kami menasihati dan selebihnya bermunajat meminta bantuan Allah.
Bila dikenangkan kembali macam tak percaya kami mampu lalui semua itu. Bermacam kisah pahit manis membina keluarga. Dan perjalanan yang panjang itu terus mendewasa dan mematangkan kami berdua .Hari demi hari dengan bantuan doa ibuabapa/mertua dan dengan izin Allah jua.
Tugas baru pun bermula. Maklumlah tiada pengalaman dan jauh pula dari ibubapa serta orang tua-tua yang mampu menitip sepatah dua nasihat untuk ibubapa muda seperti kami. Rujukan saya hanyalah buku-buku dan majalah-majalah keibubapaan yang banyak di sana. Juga panduan dari senior yang sedang mengambil Phd . Ketika itu rutin suami menjadi semakin padat. Bila sudah sampai ke fasa akhir pengajian pasti ada kuliah yang perlu dihadiri, projek tahun akhir yang perlu diselesaikan sebagai pra syarat untuk layak dianugerah sekeping ijazah . Namun dia tetap mampu meluangkan masa untuk pulang memasak dan menjenguk saya dan bayi yang didalam hari.
Ketika bayi kami berusia 4 bulan kami kembali ke tanahair. Suami terus melapor diri untuk kursus perguruan lepasan ijazah.
Setahun kami tinggal di Taman Abidin, Perak Road,Penang. Rumah flat dua bilik dengan kadar sewa 220rm. Ketika itu suami sudah mampu memiliki sebuah motorsikal terpakai untuk berulang-alik ke maktab. Kami banyak bergerak menggunakan bas.Hampir setahun kami juga berulang-alik ke kampong dengan bas Mara atau UTC dari Butterworth.
Kami tidak mampu melupakan jasa baik seorang bapa saudara suami yang meminjamkan keretanya untuk memudahkan kami bergerak. Ketika ini baru kami berpeluang membawa anak mandi-mandi di Tanjung Bunga dan Batu Feringgi. Dengan kadar elaun 650rm kami berjaya menempuh hidup selama setahun di sana.Sehingga kini Penang tetap dekat di hati.Di sinilah kami mula membina keluarga dan merasai pahit manisnya hidup berkeluarga.
tempat jatuh lagi dikenang |
Ketika anak ini genap usia setahun saya kembali hamil. Ketika itu berbagai perasaan yang menghantui. Keperitan sakit bersalin masih segar dalam ingatan. Ada kalanya rasa sukarnya membuka mata di pagi hari bila semalamam si puteri tidak tidur kerana demam .Anak semakin lasak dan sudah pandai menunjukkan berbagai perangai Dia juga semakin menuntut perhatian Suami pula makin sibuk kerana sudah hampir menamatkan kursus. Jika bolehlah..ingin sangat saya menangguh kehamilan ini.Tetapi siapalah kita untuk menolak takdir dan rezeki yang telah ditulis.
Kami akhirnya berpindah ke Kuantan bila suami ditugaskan ke sana. Di sana juga saya melahirkan anak ke dua juga seorang puteri. Rumah lebih selesa dari yang pertama tetapi saya bukan jenis yang suka merungut. Sabar dan reda serta berpuas hati dengan apa yang mampu suami sediakan. Rumah kami lapang dan kosong kecuali beberapa perabut yang asas . Saya suka kerana anak-anak dapat bergerak bebas dan jika mereka berperangai baik pasti akan diberi ganjaran.Bermandi-manda di pantai Batu Hitam dekat Beserah. atau pusing-pusing ke stesen satelit bumi ditepi rumah kami.Mungkin kerana terlalu kerap dibawa ke pantai maka sehingga kini anak -anak saya bagaikan ikan pulang ke lubuk bila terjumpa pantai atau airterjun.
setiap tahun kami pasti akan ke Penang untuk bercuti.Dis 2003 |
Rupanya pendedahan awal terhadap bahan cetak menjadikan anak-anak saya menjadi begitu taksub pada buku. Ketika mengubahsuai rumah baru-baru ini saya bagaikan tersedar rupanya harta yang saya kumpul berpuloh tahun hanyalah buku dan buku. Jika dijual kepada van akhbar terpakai ia hanya mampu meraih 25sen sekilo tetapi saya bersyukur ilmu yang saya dapat dari pembacaan mampu mencorakkan hidup saya dan keluarga hari ini. Ia lebih mahal melangkaui nilai kebendaan yang mampu dijana.
menyantuni wan dan mak tok sebelum pulang ke UKM |
Anak sulong saya berada di tahun enam bila Allah menjemput kami menjadi tetamuNya. Dia saya pesankan menjaga adik-adik seramai lima orang. Yang paling kecil ketika itu baru berusia 6 bulan. Jika mahu ditangguhkan belum tentu ada hayat umur dan peluang. Dengan penuh reda saya belajar melepaskan susu.Dan dengan izinNya kami dapat menyempurnakan rukun Islam kelima tanpa sebarang masalah besar.
Tahun demi tahun anak saya ini melangkah.Dari sekolah menengah hingga ke matrikulasi.Bukan mudah membiayai pembelanjaran mereka dengan satu pendapatan. Namun semua itu kami lalui dengan penuh yakin bahawa setiap anak telah Allah tentukan rezeki mereka. Dan berbagai peristiwa besar yang dilalui dalam proses menempah kejayaan.Adakala anak saya menangis kerana beratnya ujian yang dilalui.Sebagai ibubapa kami menasihati dan selebihnya bermunajat meminta bantuan Allah.
saat pilu melepaskan anak untuk memulakan hidup baru |
Sebagai anak sulong tentulah anak saya ini berada pada satu posisi yang agak sukar. Dia menjadi tulang belakang saya untuk menengokkan adik-adik.Memasak makan sekadar yang mampu dan membantu melihat kerja sekolah bila saya ada usrah atau ke luar daerah kerana mesyuarat atau kursus.
Dia juga menjadi garis pengukur untuk adik-adik menurut dari belakang. Dalam segala kepayahan satu demi satu kejayaan mampu dilakarkan. Kami sebagai ibubapa tidak memaksa mereka dalam membuat sesuatu keputusan.Tetapi kami mengikut dari jauh dan memberi panduan dan pandangan langkah mana paling baik untuk diambil. Namun menyerahkan sepenuh untuk mereka membuat keputusan akhir.
cucu sulong penyejuk hati kami |
Bertugasnya di hospital sudah pasti terbuka luas peluang untuk membuat banyak kebaikan. Kempen penyusuan ibu amat dekat di hatinya. Saya gembira melihat dia menyampai ceramah berkongsi ilmu dengan masyarakat.Setiap kita berusahalah menjadi seekor burung kecil yang cuba memadam api yang mahu membakar Nabi Ibrahim.Jika setiap kita berusaha melakukan kebaikan nescaya Islam tidaklah senazak ini. Hidayah itu milik Allah dan kita hanya dituntut terus melakukan kebaikan demi kebaikan .Usah pandang remeh amalan baik yang kecil-kecil .Begitu juga tentang dosa. Dosa -dosa kecil itu diibaratkan bagai ranting kayu kecil yang ditimbunkan. Dan mampu menjadi rumpun api yang marak menyala jika tidak segera dipadamkan.
bukan mudah menjadi anak sulong..but you made it! |
Bila melihat coretan adik-adiknya di Fb dan blog saya percaya mereka ada satu hubungan yang indah dan manis dengan kakak sulong ini. Kini bila masing-masing sudah dewasa,sudah mempunyai keluarga sendiri kakak sulong ini juga menjadi tempat merujuk jika mereka inginkan sesuatu pendapat.
Tiada apa yang saya dan suami dambakan pada saat ini. Satu keluarga yang harmoni.Kekal berkasihsayang dan terus menyiap diri dan keluarga menjadi insan yang diredai Allah . Ringan tangan untuk berkongsi apa jua nikmat yang Allah titipkan serta berkongsi ilmu serta kemahiran demi untuk memartabatkan Islam.
hai orang beriman!jauhilah dirimu dan keluargamu dari api neraka |
Keluarga saya bukanlah yang terbaik dan terhebat.Jika menoleh keliling saya akan melihat banyak lagi yang tak mampu saya dan suami lakukan tetapi kami yakin sebagai orang beriman kita tidak akan berhenti di sini. Perjalanan masih panjang sudah pasti kita ingin hari ini lebih baik dari semalam dan selagi mana kita sentiasa menghisab diri insyaallah kita tidak kan lari dan tersasar dari landasan yang telah Islam gariskan.
saat manis menerima ahli keluarga baru Ogos 2013 |
To kakak with lot's of love on this special day.
A daughter
A daughter is a daughter
With all past present and future
A daughter has all virtues-
Pretty amiable and intelligent
Adorned with all good traits
A daughter lacks nothing
As she has with her unfailing love
Devoid of merits, free from pride
Unconcerned and free from doubts
A daughter is a daughter
With the qualities of father and mother
Daughter is the best process-server.
With all past present and future
A daughter has all virtues-
Pretty amiable and intelligent
Adorned with all good traits
A daughter lacks nothing
As she has with her unfailing love
Devoid of merits, free from pride
Unconcerned and free from doubts
A daughter is a daughter
With the qualities of father and mother
Daughter is the best process-server.
gajanan mishra
No comments:
Post a Comment