
(alangkah indahnya kalau saya berdiri di depan pagar itu)
Awal pagi teruja membuka NST. Alahai...tak ada rezeki nampaknya. Cuba lagi! Itu kata-kata untuk 'console' hati. Artikel dah dipilih cuma perlukan gambar penulis "alone". Itu yang tak dapat diberi. Bukan tak ingin diberi , memang tak ada gambar bersendirian. Jadi saya belajar satu lagi perkara. Ambil gambar orang tapi jangan lupa gambar diri sendiri. Kita teruja merakam gambar orang lain, lanskap dan apa sahaja yang menarik minat tetapi jurufoto sering lupa meminta orang lain merakam gamabrnya di detik itu, di tempat itu. Jadi....untuk 'Ammar terutamanya jangan sesekali lupa merakamkan bahawa satu ketika dulu abang pernah berada di situ dan di detik itu. Cuma kena berhati-hati siapa yang hendak disuruh. Silap hari bulan orang tu cabut dengan kamera kita barulah putih mata namanya..