5.00 am Bersiap menghantar Ammar pulang.
6.00 Bertolak keluar dari TBI.
6.25 Dah ada kat atas Jambatan.
Singgah makan roti nyiok.....oh sedapnya lama tak makan.
7.00 Check in luggage. 26kg saje.
Solat subuh.
7.30 Masuk Balai berlepas.
7.45 Memandu ke Jambatan.
10.30 Tiba di Seberang Perai. Aduh....3 jam merangkak atas jambatan ada krane terbalik.
11.34 CX 692 dah selamat tiba di HongKong.dapat SMS dari Lady Qay.
13.40 Cikgu Mak Lang called risau kot Ammar missed flight sebab dengar berita kat TV ada krane terbalik di Jambatan. Terima kasih kerana tumpang risau.
14.05 CX 418 dijangka bertolak ke Seoul.
Aku masih mengemas bilik Encik Pensyarah.Dan Encik Pensyarah pula sedang bersyarah di BKM2.16.Kelas pagi tadi kena cancel Encik Pensyarah terperangkap dalam massive traffic jam. Malam ni kena tengok berita apa yang teruk sangat tu.....
17.30 Kami dalam perjalanan pulang ke rumah dan dapat SMS Ammar baru je landing...alhamdulillah. Masih sempat rasa last snow.
Sedutan berita:
*GEORGETOWN: Jambatan Pulau Pinang menghala Seberang Prai mengalami kesesakan teruk berikutan kren terbalik di Kilometer 3.6 jambatan itu, awal pagi ini.
Kren yang terbabit dalam kerja pelebaran jambatan itu terbalik kira-kira jam 3 pagi dan menghalang satu lorong di atas jambatan yang mempunyai dua lorong itu.
Berikutan kejadian itu, hanya satu lorong laluan menuju Seberang Prai dibuka yang menyebabkan kesesakan teruk di semua laluan masuk jambatan dari arah Lebuhraya Jelutong, Gelugor dan Bayan Lepas.
Ketika ini, kerja mengalihkan kren berkenaan sedang dilakukan dan Penang Bridge Sdn Bhd dijangka membuka laluan kontra bagi mengurangkan kesesakan.
No comments:
Post a Comment