Bila datang bulan Februari, sana-sini sibuk menjaja lagu dan movie bertema cinta. Kedai-kedai bukan main lagi menjual bunga mawar merah menyala. Yang berduit tentu sudah mengangan-angan hadiah terbaik ,termahal untuk sijantung hati. Yang kurang berduit pun tentu tidak kurang juga persiapan. Maklumlah bukan setiap hari ada sambutan Hari Kekasih. Saya teringat satu artikel saya yang pernah tersiar pada tahun 2003 dalam Berita Harian .Usah terperangkap jerat cinta Valentine. Masa dulu-dulu tak pernah dengar pun Valentine. Cuma bila pertama kali ke UK barulah saya belajar apa kah benda Valentine tu.Tentulah tertanya-tanya bila merata kedai menjual belon merah berbentuk hati. Nak jugak tahu,kan. Tapi hari ini anak-anak kecil pun dah pandai menyebut Valentine. Kalau dah hari-hari dia lihat dan dengar tentulah itu yang terasak dalam minda mereka.
Sempena sambutan yang dah mula dirai pasangan kekasih di Malaysia saya diberi kesempatan oleh Allah untuk terlibat dalam satu kempen yang akan dilancarkan secara resmi pada 14 februari nanti. Kempen Menutup Aurat Antarabangsa. Bermula sabtu ini kami telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk bertemu dan memberi kesedaran kepada remaja/wanita muslim yang belum bertudung. Sumbangan tudung telah diterima. Berkotak-kotak. Begitu juga kain rentang semua telah dicetak dan direntang di berpuluh lokasi seluruh negeri Pulau Pinang dan Kedah.
Insyaallah, satu sidang akhbar akan diadakan pada petang 14 Februari itu .Dan sebuah stesyen TV sudah bersetuju untuk hadir.Usaha kerdil ini adalah gabungan beberapa NGO yang prihatin dengan gejala sosial yang berlaku sempena tarikh ini. Apa yang saya harapkan ialah doa dan penerusan usaha di lokaliti masing-masing. Kempen ini sudah berjalan selama 4 tahun dan dipelopori Pak Herdi dari teacher working grup , Indonesia. Pernah dijalankan di London, Macau, Hongkong dan Malaysia turut sama secara aktif tahun ini.
Untuk membantu meneruskan usaha ini tidak payah. Sikit gabungan tenaga, masa dan rasa prihatin. Kita tentu tidak mahu rasa cinta sesama manusia itu sampai mendatang murka Allah. Sedangkan allah telah menyediakan cara untuk manusia menyalur rasa cinta itu dengan cara yang diredaiNya. Tahun lepas sekelompok manusia sanggup melancar No Pants Day. Tiada apa yang didambakan sekadar rasa suka yang sekejap dan sementara. Dan kitalah yang bertanggungjawab melindungi anak-anak muslim .Usah terjebak jerat cinta Valentine.

No comments:
Post a Comment