Tuesday, July 7, 2009

Mengurus Hati & Hidup

Hari ini saya kembali bersendiri. Hari ini hari pertama kuliah. Saya merangka di dalam kepala .Apa yang patut dilakukan .Setelah berhari-hari meninggalkan rumah banyak yang perlu dibereskan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Kelantan suami saya telah memuat turun ceramah agama dari Mymaktabaty. Besarnya pahala pemilik site itu. Banyaknya ilmu baru dan lama yang kami dapat. Kalau di rumah jarang kita dapat dengar duduk membaca atau mendengar kuliah agama terus-terusan selama 4 jam. (9.30 pagi hingga 3ptg). Ada-ada sahaja yang perlu dan ingin dilakukan. Sekarang sudah pertengahan Rejab bermakna tidak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba. Persiapan mental perlu dilakukan dari sekarang. Agar bila kita
masuk ke madrasah Ramadhan kita sudah benar-benar bersedia.

Kebetulan hujung minggu lepas beberapa pasang pengantin mendirikan rumahtangga. Ini membuat saya terfikir , untuk satu majlis perkahwinan sahaja kita membelanjakan banyak harta, masa dan tenaga. Untuk persiapan akhirat tak kan kita patut buat ala kadar atau halaibalai kata orang Kedah. Untuk majlis perkahwinan kita sentiasa hendakkan yang terbaik. Kita memujuk hati dengan berkata "sekali seumur hidup". Untuk akhirat adakah kita sering pula mengingatkan diri kita ini hidup di sana tiada pengakhirannya. Selama-lama.



Kita hidup di dunia dan kemudian kita dimatikan. Selepas kita mati kita akan dikebumikan. Sejarak 7 langkah kaki orang yang menghantar kita ke kubur pulang datanglah 2 malaikat menyoal kita. Dari saat itu bermulalah alam akhirat kita. Sebagai seorang surirumah saya punya banyak masa. Kadang bila terlalu banyak masa lapang kita menjadi sangat santai. Alangkah baiknya jika saya duduk merangka jadual hidup saya. Berapa jam untuk kerja rumah, mencari ilmu, melaku kerja amal, rehat & riadhah juga ibadah khusus. Jika saya menghitung dan mengira mungkin hanya beberapa jam sahaja yang benar-benar berkualiti. Masa adalah kehidupan. Jika saya terlepas solat dhuha hari ini bererti saya tidak akan bertemu dengannya lagi sampai bila-bila. Sukar rupanya ingin mengatur hidup menjadi sistematik. Kadangkala suka bertangguh dan sifat malas merantai kuat kaki kita. Pesan Ar Rasul SAW amalkan Mathurat setiap pagi dan petang agar terhakis sifat ini. Jangan kerana sifat ini membuat kita bangkit di akhirat dengan penyesalan yang sungguh panjang. Sedikit petikan dari Management Qalbu:

Prinsip Qalbu


3 M
- mulai dari diri sendiri
- mulai dari yang paling kecil
- mulai dari saat ini

*the more we sacrifice the more cleaner our heart

5 S
- Salam
- Senyum
- Sapa
- Sopan
- Santun

Jadi apa tunggu lagi ayuh mulakan dari saat ini!


No comments: