|
Tempat untuk solat sunat hariraya sudah berpindah ke ruaang bawah. |
Alhamdulillah, kami masih mampu merayakan hari raya haji pada tahun ini dengan sempurna. Walaupun rasa sepi dan sunyi bergayut di tangkai hati tetapi semua tuntutan di hari raya dapat dilaksanakan. Kedatangan bibik baru dari Jawa juga telah membantu meringankan banyak perkara. Pada mulanya hanya kami sekeluarga sahaja yang dijangka beraya dengan mak/abah.Tetapi di saat akhir Cikgu Mis telah membuat keputusan untuk bersama beraya di TTG.
Awal pagi dia sudah bangun memasak nasi lemak untuk sarapan. Maklumlah kali ini tidak ada siapa yang sanggup membalut ketupat palas. Maklumlah masing-masing belum hilang letih mengemas rumah selepas banjir. Biasanya kami akan solat raya di ruang atas tetapi kerana barang-barang masih berkaparan di atas rumah kami memutuskan untuk solat di bawah sahaja.Jammaahnya pun hanya anak beranak sahaja.
|
Saban tahun Allah beri kemampuan dan peluang untuk berkurban |
Selepas solat baru kami menjamah nasi lemak dan karipap. Sebaik selesai bergegas pula ke Masjid Rafeah untuk ibadah kurban. Kali ini mak hanya mengambil pulang 1 bahagian sahaja. Yang lain diserah kepada pihak masjid untuk diagihkan. Maklumlah tahun ini tenaga pun kurang. Yang tinggal hanyalah anak-anak kecil yang hanya tahu memenuhkan sinki dengan gelas dan pinggan sahaja. Dua orang ahli keluarga akan mengambil SPM. Mereka berdua sudah pasti dikuarantinkan dan dikecualikan dari kerja-kerja rumah.
|
Mujur ada menantu yang rajin membantu jika tidak teruklah pak mertua, pak lang dan mak lang. |
Hampir jam 12 t/hari suami pulang membawa daging. Saya tidak menolong menghiris daging tetapi sekadar mengambil tulang dan daging untuk dimasak sahaja. Kali ini cikgu Mis menjadi kepala mengganti tugas mak. Ruang kerja juga sudah berpindah ke muka pintu utama. Tempat lama basah dan masih bertakung air.Bau baja yang rosak juga masih menyengat hidung. Saya dan Kauthar segera membasuh dan menaikkan periuk ke api. Maklumlah hari sudah makin lewat perut masing-masing sudah berkoroncong.Kalau hari raya Aidil Fitri ada juga biskut, kerepek dsbnya.
|
Lepas menakik daging kena pula menjengok dapur, takut hangus |
Anak-anak saudara pula sibuk meminta daging untuk dibakar. Saya pula terlupa membawa pulang segala perencah dan sos untuk dicicah. Jadi daging diperapa denagn gula merah dan air asam jawa sahaja.Sebaik siap mereka meratah daging begitu sahaja. Orang-orang tua pun sudah tidak pedulikan mereka. Banyak kerja lain yang belum dibereskan..
|
Sabn tahun di sinilah spot memasak sup daging n tulang |
Sebaik sup sudah siap diperisa dan dirasa cukup garamnya saya segera menyuruh mereka menghidang. Adat hidup di kampong anak-anak saudara pupu yang berjiran dengan mak tolong mencelur bihun dan memasak kuah cabai. Saya segera ke bilik mandi .Tuntutan pada Allah belum ditunaikan . Usai solat saya turut makan sambil berbual. Tajuk perbincangan sudah pasti berkisar tentang soal banjir, borang bantuan yang hendak diisi, isu banjir yang dipolitikkan dll. Membiar mereka terus berbual saya segera ke dapur. Banyak kerja kemas mengemas perlu dibuat sebelum saya bersiap pulang.
|
Sup yang sungguh enak.Bukan sebab pandai masak tetapi sebab daging/tulang sangat segar. |
Hanya kami berdua. Saya dan cikgu Mis . Yanti pula sudah lesap. Pengsan kata anak-anak saudara. Cikgu Mis membasuh pinggan mangkok dan saya asyik menghulur ke dalam sinki. Bila siap terasa lega dan lapang. Barulah saya mengutip barang-barang pribadi untuk bersiap pulang. Di Penang cuti raya hanya sehari. Jadi kami tidak mahu lewat di jalanan.Biasanya petang-petang hujan akan turun dan kenderaan juga banyak di jalan. Tiba-tiba satu SMS pula masuk . "Kami on the way!"
|
Tak bermakna rezeki yang banyak jika tidak berkongsi dengan tetamu |
Saya segera memaklumkan "Besan on the way" Segera kami mengemas bekas-bekas makanan yang masih berserakan di ruang tamu. Sambil menambah apa yang kurang saya menunggu kedatangan mereka. Besan saya membawa semua anak-anaknya. Tahun lepas mereka semua datang dan dijamu bihun sup. Tahun ini juga dijamu menu yang sama. Cuma rasa bihun sup tahun ini lebih enak kerana kami tidak terlalu sibuk dan kalut .Otak juga difokuskan tidak seperti tahun lepas. Macam-macam perkara di dalam fikiran maklumlah orang nak datang meminang anak kita. Seronok kami melihat makanan yang dijamu dimakan dengan penuh selera. Simple but delicious.
|
Akhirnya tinggal dua orang sahaja anak di rumah. Tearsa sangat lengang dan sunyi nya. |
Cadangan untuk pulang sebelum maghrib tertunda hingga ke waktu insyak. Saya cuba menahan mata agar tidak terlelap tetapi bila badan sudah letih memang minta maaf banyak-banyak pada pemandu di sebelah. Tertidur juga beberapa puluh minit..Anak-anak dua orang di belakang memang sudah lama hanyut. Akhirnya kami tiba dengan selamat di rumah hampir jam 10 malam. Mata yang makin malap terbuka luas bila anak yang akan mengambil SPM bertanya " Mana beg buku bang cu?". Aduh..!!!! masalah ni. Nak balik rumah mak tok pun lambat lagi. Ulangkaji dan latihan untuk final touch kena juga dibuat. Mahu tak mahu terpaksalah SOS pada puan Kauthar. Esok kita pi tunggu bas Trans di Bagan. Hari pun dah lewat...pi tidur ajalah...Awat buat macam tu???? Anak oh anak.
No comments:
Post a Comment