Sudah hampir 2 minggu keluarga kami menyambut 'orang baru'. Dan baru minggu ini saya pulang ke rumah. Kini saya sepenuh masa mengurus ibu dan cucu-cucu. Oh! Masa beranjak sudah pasti lensa kehidupan kita juga berubah. Jika dulu saya hanya melihat arwah mak dan mak mengurus ibu-ibu dalam pantang dan cucu-cucu yang ramai kini tiba pula giliran saya. Pada hari pertama tiba bayangkan sambil menyiang ikan yang berjam-jam terbengkalai di dalam sinki saya boleh terlelap. Manakan tidaknya, perjalanan jauh dan memakan masa berjam-jam itu memang amat meletihkan. Tiba di rumah sudah tentu bukan sempat untuk duduk-duduk lagi. Terus memegang periuk menanak nasi untuk orang dalam pantang dan untuk bekalan suami ke tempat kerja. Mujur teknologi masa kini membantu saya meminta pertolongan jiran terhampir mencari sejenis -dua ikan dan sayur untuk dimasak.
Ketika ibunya makan saya memandikan MZRSenior sambil memerhati MZR Junior yang sedang tidur. Beg-beg dialih ke bilik dan ke tingkat atas. Saya menyediakan tempat untuk ibu & anak berbaring di siang hari. Mudah saya menghantar tungku, menukar lampin dsbnya. MZR Sr yang puas tidur di dalam kereta asyik explore isi bakul mainanya. Saya cuba juga meletakkan kepala sambil lena-lena ayam. Maklumlah budak kecil yang sedang belajar tentu ada-ada sahaja yang dilakukan .Takut-takut ada yang merbahaya pulak.
Saya naik ke atas untuk solat dan dia pun ikut naik. Dia tahu bila masuk ke bilik saya ada satu benda yang dicarinya. Walaupun dia masih pelat-pelat bercakap saya tahu bila dia asyik menjengok ke sana sini sambil berkata "mana ya...mana ya.."Mencari lampu suloh kegemarannaya. Dan kami berdua sudah siang-siang menyorok lampu itu darinya.Dah lama juga rumah kami tak jadi child prone area.
Dulu saya merancang bila anak saya balik berpantang bolehlah ayah cu yang sedang menunggu keputusan SPM menjaga dan mengawasi MZR Sr. Tapi Allah juga sebaik-baik perencana. Jadi nampak gayanya saya kena gunakan kembali segala skil semasa menjadi guru pra sekolah dulu. Bukan senang melayan kerenah budak dua tahun yang selalu disebut terrible two. Mood nya pula cepat berubah. Sekejap nak main kereta lepas tu terus bangun nak tengok Youtube dengan segala trucks and sewaktu dengannya.Hai...sorang lagi ke nak jadi engineer ni ? Mujurlah saya sudah biasa melayan 7 anak dan beratus-ratus anak seusia dengannya . jadi mudahlah sikit tugas .
Cucu baru alhamdulillah.Memang tak banyak sangat kerenah. Tapi nama pun budak kecik berjaga malam tu memang sudah lumrah. Patutlah saya pernah membaca sebuah tulisan yang berbunyi. Anak kecil itu ibarat raja dan ibunya seperti hamba. Dia yang menentukan waktu bangun dan tidur ibunya di malam hari. Siibu akan bangun di tengah malam untuk menyusu dan menukar lampin walaupun matanya kelat kerana mengantuk dan paginya akan bangun sebelum anaknya bangun untk menyiap keperluan untuk esok hari.
Putaran hidup yang meminta demikian. Selagi daya dan upaya sudah pasti saya dengan rela hati akan melakukan tanggugjawab tersebut. Menu harian juga sudah jauh berubah. Waktu makan kami sudah tidak seperti dulu. Suami saya juga tidak banyak soal.Apa yang saya jamu itulah yang dimakan walaupun sekadar satu lauk dan satu sayur. Cuma saya sendiri sudah hilang selera untuk makan. Terlalu letih atau kerana lauk yang tidak kena dengan selera. Tapi pada siapa lagi yang nak diharapkan. Sendiri mau makan sudah pasti sendiri kena masak. Tapi bila sudah badan sudah letih main makan ajalah apa yang ada di depan mata walaupun sekadar masak pindang dan sayur air. Menunggu chef Insaniah pulang memasak dia pun asyik merap mengidam itu dan ini. Jadi nampak gayanya saya masih belum boleh mengantung apron dan mengelap tangan kering-kering. Entah mimpi apa kelmarin ketika saya keluar mencari barang rumah saya merayu pada suami "Boleh tak saya nak beli Mc D burger satu?" Sambil menghulur duit dia berkata "Makan makanan tak sihat. Pergilah..."Saya dengan sukacita menghala ke kaunter meninggalkan dia melayan MZR Sr. Saya makan dengan penuh selera tanpa sedikit pun mempelawa mereka. Sebagai balasan sebaik tiba di rumah saya segera mencapai periuk dan pisau. Bila makanan siap dimasak saya segera menghidang dan menyuruh suami dan anak saya makan. "Tak makan sama?" suami menyoal. "Dak kot..masih kenyang..."balas saya. "Hm..makan makanan tak sihat "omelnya lagi sambil menyudu sup bawal putih ke nasinya. Saya segera mengemas sinki sebelum duduk menemannya makan. Belum pun sempat meneguk air kurma di depan si MZR Jr sudah berbunyi. "Nampaknya wan kena belajarlah makan tanpa teman " Saya berkata . "Hm..."suami membalas pendek sambil melihat saya bangun . "Tak minum?" soalnya. "Hm...tak dan...dah"balas saya .
Ketika ibunya makan saya memandikan MZRSenior sambil memerhati MZR Junior yang sedang tidur. Beg-beg dialih ke bilik dan ke tingkat atas. Saya menyediakan tempat untuk ibu & anak berbaring di siang hari. Mudah saya menghantar tungku, menukar lampin dsbnya. MZR Sr yang puas tidur di dalam kereta asyik explore isi bakul mainanya. Saya cuba juga meletakkan kepala sambil lena-lena ayam. Maklumlah budak kecil yang sedang belajar tentu ada-ada sahaja yang dilakukan .Takut-takut ada yang merbahaya pulak.
Saya naik ke atas untuk solat dan dia pun ikut naik. Dia tahu bila masuk ke bilik saya ada satu benda yang dicarinya. Walaupun dia masih pelat-pelat bercakap saya tahu bila dia asyik menjengok ke sana sini sambil berkata "mana ya...mana ya.."Mencari lampu suloh kegemarannaya. Dan kami berdua sudah siang-siang menyorok lampu itu darinya.Dah lama juga rumah kami tak jadi child prone area.
Dulu saya merancang bila anak saya balik berpantang bolehlah ayah cu yang sedang menunggu keputusan SPM menjaga dan mengawasi MZR Sr. Tapi Allah juga sebaik-baik perencana. Jadi nampak gayanya saya kena gunakan kembali segala skil semasa menjadi guru pra sekolah dulu. Bukan senang melayan kerenah budak dua tahun yang selalu disebut terrible two. Mood nya pula cepat berubah. Sekejap nak main kereta lepas tu terus bangun nak tengok Youtube dengan segala trucks and sewaktu dengannya.
Cucu baru alhamdulillah.Memang tak banyak sangat kerenah. Tapi nama pun budak kecik berjaga malam tu memang sudah lumrah. Patutlah saya pernah membaca sebuah tulisan yang berbunyi. Anak kecil itu ibarat raja dan ibunya seperti hamba. Dia yang menentukan waktu bangun dan tidur ibunya di malam hari. Siibu akan bangun di tengah malam untuk menyusu dan menukar lampin walaupun matanya kelat kerana mengantuk dan paginya akan bangun sebelum anaknya bangun untk menyiap keperluan untuk esok hari.
Muhammad Zariff Rayyan sudah hampir dua minggu bersama kami. |
2 comments:
:) InshaAllah, be strong, umi... esp melayan si mzr senior tuh hehe...
(dgr crita makan burger mcD, rasa sdap la pulak,haha :P
sweetnyer tido peluk adik kanns.. ehehe
Post a Comment