Sudah dua hari saya di KB. Perjalanan pagi itu lancar sahaja. Penumpang pun tidak ramai dan kenderaan juga tak banyak di jalanraya. Bas pun sampai awal dan saya terus ke rumah besan. Anak , mennatu dan cucu-cucu ada di situ Sejak pulang dari hospital mereka berkampong di rumah opah. Selepas solat dan makan kami berkemas-kemas untuk balik ke PT.
Rutin harian menjaga orang bersalin memang padat.Mujur juga ada buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu dapat juga jadi rujukan . Maklumlah bukan mudah menjaga orang dalam pantang. Jika tidak dibukukan banyak petua dan tatacMengikut pendapat pakar perubatan Barat semasa melahirkan siibua kana mendapat luka atau kecederaan ringan, antaranya terkoyak otot di lantai punggong.Banyak jahitan perlu dilakukan. Siibu juga terdedah kepad komplikasi serius ketika melahirkan.seperti pendarahan, tersangkut uri, bayi sonsang, sakit bersalin berpanjangan dsbnya.
Melahirkan juga adalah tugas suci yang diamanahkan Allah kepada wanita. Ia tugas untuk memperbanyak dan memperkembangkan bangsa manusia. Untuk tugas ini Allah sediakan ganjaran, pahala dan keampunan bagi para ibu . Sebagai manusia Islam kita dituntut banyak berdoa agar dipermudahkan segala urusan.
Buku yang ada di tangan saya ini sangat berguna . Walaupun harganya agak tinggi RM145 tapi anggaplah ini sebagai pelaburan yang akan digunakan untuk kesejahteraan rumah tangga. Kata orang jika ingin melihat generasi akan datang lihatlah wanita hari ini. Jika si ibu sentiasa sihat insyaallah urusan rumah tangga dan kehidupan seharian akan menjadi ceria tapi jika si ibu sakit atau sedikit tidak sihat sudah pasti segala urusan harian akan terjejas.
Kesihatan adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Saya terkilan bila ada wanita yang mengabaikan penjagaan diri ketika berpantang. Ketika tubuh masih muda memang kita rasa sihat dan cergas tetapi penyakit di hari tua adalah berpunca dari timbunan toksik bertahun-tahun lamanya. Juga sebuah buku yang baik untuk dibaca dan dimiliki ialah buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. Buku ini ditulis oleh seorang doktor perubatan. Harganya RM19.90 Juga tidak rugi untuk dimiliki kerana buku ini sedang diulang cetak kerana cetakan pertamanya telah habis dalam masa dua minggu sahaja. Membaca akan membuka minda kita.
1 comment:
tiba2 rasa semangat nk brisk walking :)
Post a Comment