Dari Sik kami terus ke AS. Singgah makan tengahari dan melihat persiapan orang masuk rumah di Taman Uda. Selesai solat asar kami ke Mergong mencari tok saudara. Nampak gayanya hajat ingin meminta tok njang mengurut anak saya selepas bersalin tak kesampaian. Dia baru menjalani pembedahan mata menukar kanta. Jadi kena mula mencari tukang urut lain pula.
Malam tadi kami tidur di rumah mak-abah. Agak lama juga tidak tidur di situ kerana mengurus rumah Taman Uda. Pagi ini ketika bersarapan menantu saya menelifon. Yang ditunggu sudah selamat zahir ke dunia. Hm... bertambahlah lagi seorang lagi anak lelaki dalam keluarga kami.
Alhamdulillah...syukur kepada Allah yang memudahkan ibunya melahirkan kali ini. Mula sakit pada jam 3 pagi dan pagi selepas menghantar Zaffran ke nursery baru mereka ke HUSM. Proses kelahiran yang panjang biasanya jadi igauan ngeri bakal-bakal ibu. Ketika saya melihat SMS jam sudah menunjuk 7.15 pagi. Saya segera menelifon.Anak saya dalam perjalanan ke bilik bersalin. Sudah pasti jantung saya berdegup kencang. Ya Allah...mudahkanlah...mudahkanlah....itulah yang saya bisikkan saya berdoa seikhlas hati berulang-kali.
bayi lahir 7.59 pagi 9/1/11 |
Allah saja tahu perasaan kami bila pertama kali menatap wajah cucu sulung hampir 3 tahun lalu |
1 comment:
sebab itu IM selalu hormati yang bergelar ibu...
Post a Comment