Friday, August 7, 2009

Aku & Garmin



Perjalanan ke Selatan kali ini bersama teman baru, Garmin, the navigator. Oh! Rupanya ada teman baru ini ada kala mengembirakan dan ada ketika pula menyulitkan. Sepanjang perjalanan kami asyik 'bergaduh'. Man versus machine. Bertemu jalan-jalan baru dia dah pening rupanya. Asyik dok 'recalculating" aje. Tahu bagaimana idea nak ajak Garmin join family saya? Sebab tak nak bergaduh sebab asyik salah jalan bila masuk KL. Nama ja saya orang KL tapi bila setahun berkali-kali jalan baru di buka navigator pun mau letak jawatan. Benar juga kata SIL "Garmin tu kan man yang buat napa nak bergaduh dengan dia. Biarlah dia ikut kita." Aaah.... small matter ja tapi sebenarnya dia ajak masuk KL tapi kami tak nak sebab tahu dah mesti terperangkap dengan massive traffik jam bila PDRM tutup laluan ke KL. Jadi sebagai orang KL kena juga tunjuk skill. Yang anti klimaxnya sepanjang jalan smooth aja tapi bila dah masuk Guthrie pula boleh jammed...apahal? Oo.... PDRM buat road block lagi...."Dah nak keluar KL cik, buat apa nak tahan lagi.?..dah petang pun orang Demo pun dah ramai kena tahan."Kata-kata itu hanya terlekat di minda. Kasihan, mereka hanya menerima arahan.Saya sangat bersimpati. Dua beradik di belakang sudah lama hanyut. Kali ini Garmin terus membisu kerana dia tahu khidmatnya tidak diperlukan lagi. Agaknya dia faham kot kami sudah jumpa jalan pulang!

No comments: