Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Friday, August 7, 2009
Motivasi Diri
Bagaimana memotivasikan diri? Sudah pasti dengan memaksanya melakukan satu tugasan yang nampak mudah tapi sukar jika tidak bersungguh hati. Ya...hari-hari yang basah semua nampak suram dan kelam. Jika diikutkan hati mahu sahaja memerap di dalam rumah, Jika boleh di bawah selimut sambil bersantai membaca buku kegemaran. Ah..! kalau zaman remaja pun tak biasa buat begitu apatah lagi di usia senja begini.Sambil merancang di dalam kepala saya mencapai bekas tepung dan mengadunkan. Alhamdulillah....berjaya memaksa diri memasak 3 menu untuk dibawa bertamu ke rumah mertua. Saya yang sudah kehilangan kedua orang tua menumpah sepenuh kasih kepada kedua mertua.Berbakti sementara mereka ada dan saya upaya. Anak-anak yang akan mula berangkat pulang turut menerima tempias rajinnya saya hari ini. Kasihan suami bila dia menyakat"Hm...cakap lekas bang cik nak makan apa..boleh abu tumpang sekali". Aduh..! kejamnya saya kerana malas ke dapur selama ini . Apa salahnya kalau sekali-sekali memanaskan oven memasak menu kesukaan mereka. Saya menunggu cream puff mengaring di oven sambil memasukan baju ke dalam beg.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment