Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Friday, August 7, 2009
Ibu Susu
Saya menumpang bahagia bila kakak di calonkan sebagai ibu contoh untuk kempen penyusuan ibu HUSM.saya sendiri kurang pasti apakah nama anugerah tersebut. Saya dan ramai ibu-ibu yang sanggup melalui malam-malam yang sepi bertahun-tahun kerana menyusukan anak-anak amat memahami apa yang dilaluinya. Tugas yang nampak mudah tapi sukar dilakukan.Pengorbanan yang bukan sedikit tak kan mampu dipikul kecuali hati-hati yang cekal dan inginkan yang terbaik untuk seorang manusia bernama anak. Tiga tugas yang dipikul sekaligus menjadikan ramai wanita mencari jalan mudah.Gantikan sahaja dengan susu formula. Namun saya pasti setiap anak yang menerima susu ibu pasti akan menghargai tugas mulia yang nampak mudah itu satu hari nanti. Teruskanlah penyusuan....hanya jauhari juga yang mengenal manikam. Anggap sahajalah ketidak kepuasan hati sesetengah orang itu bagai desir angin lalu . Tahniah di atas anugerah itu. Muga lepas ini boleh pula mencipta nama di mana-mana majalah parenting berbekalkan anugerah yang nampak kecil tapi significant itu.Ummi & abu sangat bersyukur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment