Friday, August 21, 2009

Time For Celebrations

Hari terakhir persekolahan, SMKA Al Irsyad mengambil peluang mengadakan Hari Anugerah, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Ihya Ramadhan. Biasalah mesti lagu Sudirman yang akan bergema setiap kali datang bulan Ogos. Jalur gemilang juga kelihatan di mana-mana. Cukupkah sekadar melaung'Merdeka' setahun sekali sedangkan jiwa kita belum lagi dimerdekakan sepenuhnya. Kita masih lagi belajar mencari erti kemerdekaan.



Saya turut hadir sebagai sokongan kepada Harith, Meskipun deman sejak 3 hari lepas namun semangat untuk naik pentas membuatkan dia sanggup bersabar menunggu gilirannya. Abunya yang berhasrat ingin turut hadir terpaksa ke klinik kerana ulcer mulut. Saya suka ke Hari Anugerah. Saya suka melihat anak-anak watan berjaya dalam berbagai bidang.Muga kecemerlangan ini terus membawa mereka hingga ke akhirat nanti. Saya ingin merakam pantun yang dibacakan Puan Pengetua tetapi kurang pasti bait-baitnya . Maka diabaikanlah niat itu.


Kad, kek dan ulang tahun memang sinonim. Kad yang diterima dan kek yang dibeli mengisi ruang bahagia hari ini. Walaupun dirai dengan suasana agak suram kerana ahli-ahli Bertam 25 ini kurang sihat. Ia tetap meriah di hati saya. Tambahan pula seronok akan bertemu Ramdhan yang telah setahun dinanti. Anak-anak pula telah kembali ke rumah .Seorang demi seorang. Insyaallah..meja makan kami akan meriah dengan suara mereka di dinihari esuk. Marhaban Ya Ramdhan.



Ini kek ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 52. Angka 1 melambangkan 1 Malaysia yang makin kerap diperdengarkan. Saya yang sukakan yang indah-indah tidak malu-malu mengambil image kek sempena sambutan di Irsyad pagi tadi. Bagaimanakah 1 Malaysia itu akan direalisasikan dalam kehidupan bermasyarakat ? Saya yang hanya membaca di dada akhbar sedang belajar memahami apa yang tersurat dan tersirat disebalik slogan itu. Jika ada sahabat-sahabat yang ngerti tolonglah jelasi. Biar saya orang biasa-biasa ini dapat jelasi ke oma-oma di desa. Apa-apa pun ini adalah time for celebration.

No comments: