Monday, August 17, 2009

Gambar = Kehidupan






Pictures speak a thousand words. Kegemaran mengambil gambar telah lama bertapak dalam keluarga saya. Suami yang mula berjinak-jinak ketika mula menjejakkan kaki ke UK pada lewat tahun 70an. Keperluan mengirim gambar ke kampong memaksa dia membeli sebuah kamera kecil. Keinginan merakam panorama ketika 4 musim berganti juga satu keinginan yang sukar ditepis. Saya juga mula suka mengambil gambar ketika di tingkatan satu. Teruja mendengar aktiviti Club Photograpy membuat saya ingin memiliki kamera sendiri. Walaupun tidak mampu tetapi saya menyimpan sedikit demi sedikit duit Biasiswa Kecil Persekutaun yang bernilai $25 sebulan untuk membeli kamera idaman saya. Kerap juga saya menyinggahi kedai-kedai gambar di Jalan Langgar semasa pulang dari sekolah.Semata-mata ingin memotivasikan diri supaya lebih giat mengumpul wang. Akhirnya hujung 1972 saya berjaya membeli kamera Olympus dengan harga $69.00. Belajar mengambil gambar dengan penuh hati-hati kerana image yang dirakam perlu di cuci dan dicetak. Alhamdulillah hobi ini akhirnya dikongsi bersama pasangan hidup. Dari lensa kamera yang murah akhirnya beralih kepada yang lebih canggih. Bila melihat kembali gambar-gambar lama membawa saya balik ke zaman silam. Melihat wajah-wajah mereka yang telah lama pergi, melihat zaman anak-anak membesar dan merakam semua detik-detik yang amat bermakna buat mereka. Kini himpunan rakaman hanya tersimpan di dalam hard disk.Terlalu banyak dan tidak upaya dicetak semua kecuali beberapa keping yang cukup istimewa. Hobi ini kini telah diwarisi oleh anak-anak. Mereka akan berexperiment dengan segala macam feature yang ada. Bagi saya cukuplah Cannon Power Shot yang sentiasa delighting me always.. Bila melihat gambar-gambar itu saya selalu teringat pesan arwah tok ketika saya masih kecil .Katanya " Nak buat kelaku tu..buat yang eluk-eluk saja..kalau buat yang jahat tak malu ka kalau malaikat tayang dan tunjuk balik gambar kita masa di dunia.Nak tipu sapa lagi bukti dah ada depan mata".Oh..bila nak buat apa-apa kenakalan saya selalu terdengar-dengar pesannya.Dan suara itu bagaikan menjadi pengintip dan penghalang kita. Bila melihat Zaffran semakin cerdik saya selalu ingin bersamanya. Mendidik dan mengasuh dengan acuan kita tetapi apa kan daya. Jarak itu yang memisahkan. Kita hanya mampu berdoa semuga Zaffran diasuh dengan kasihsayang oleh pengasuhnya. Bukan sekadar memasti makan pakainya cukup tetapi mengisi rohaninya juga dengan kewujudan Allah. Bila sedar wujudnya Allah dan pastinya hari pembalasan insyaallah akan kuranglah gejala sosial dan jadilah hidup ini perjalanan yang indah.

No comments: