Tuesday, August 11, 2009

Take it?


Hari ini orang dua beradik yang bercuti kerana tempat belajar di tutup sementara telah kembali ke kelas. Keadaan kembali sepi. Saya membilang hari datangnya Ramadhan. Sejak beberapa tahun ini saya merasa sangat gembira menanti tibanya Ramadhan. Sekarang baru saya memahami perasaan orang-orang tua saya. Ketika kecil bulan Ramadhan dinanti kerana dapat ke masjid pada waktu malam dan ada pula moreh. Baju raya dan kasut raya usah di kata. Hatta rambut pun di potong hampir menyambut raya.Kini bulan raya tidak diperhatikan sangat kerana saya merasakan raya hanyalah untuk anak-anak kecil yang belum mengerti manisnya Ramadhan. Saya tidak gembira melihat di dada akhbar bekalan tepung dan gula terputus sejak akhir-akhir ini.Bila keadaan begini sudah pasti masing-masing membeli lebih untuk kegunaan di bulan puasa dan raya. Apakah solusi Islam dalam situasi begini? Kenapa gula kurang? Pokok tebu tak dapat dipotong atau pokok gandum musnah dek banjir?? Apa yang saya fahami walau mahal macam mana pun komoditi tersebut tetap akan ada pembelinya. Sebagai pengguna adakah saya mempunyai alternatif lain? Saya memikirkan peniaga kecil dan usahawan kuih raya yang hanya berjualan setahun sekali itu. Beban itu pasti akan dilepaskan kepada pengguna juga akhirnya. Take it or leave it!! Itu saja pilihan yang ada gamaknya.

2 comments:

Ibu Alin said...

ahad hari tu dah beli gula 3 kg. kat rumah teh selalunya nak habis sekilo pun bercinta...

Tapi beli awal utk menjamu tetamu di hari raya walaupun kami tak balik beraya... huhuhu

My Heart Draws A Dream said...

alaa teh..pujuk la pak teh blk raya kat kedah..tak syok r tak leh nak bergambo ngan baju raya tahun ni..hihi