Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Wednesday, June 3, 2009
Bila Chef Tiada, Dapur Pasti Sepi
Menu apa hari ini? Ya memang kena fikir dan rancang.Maklumlah bila anak-anak memenuhi rumah kadang macam tak cukup hari nak mengatur permintaan mereka. Untuk makan pagi insyallah apam kukus dan karipap kot, makan tengahari rasanya kena suruh import dari kedai Pak Lah aja. Saya kan nak ke Teluk Nipah..lagipun bang cik hari-hari dok ambik data kat pejabat pos. Balik saja mesti singgah An Nur. Nampak gayanya boleh suruh dia makan tengahari kat situ aja. Petang ini, kalau dapat makan mee udang Pulau Sayak mesti best. Tapi sempat ke nak pergi ? Teringin nak turut sama aktiviti mencari kerang tapi takut lewat balik pulak. Apa-apa pun jom ikut saya ke Teluk Nipah. Apa ada di sana? Pi dulu baru tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wahhh skin yang cantikkkk...rindu nak blik umahhhhhh
Hmm yg ni nampak tenang sikit, tak la bercolor2 sangat. Nak baca pun mudah dan tak payah fokus2....maklum la mata tua.....
hijau warna rasmi kedah..tgk blog umi tingat padi wan di titi gajah
Post a Comment