Friday, June 12, 2009

Penghujung Cuti


Esuk bermula kembali saat menghantar seorang demi seorang anak pulang ke asrama masing-masing. Tengahari ke SP dan malam ke Butterworth pula. Ahad petang ke Pokok Sena pula. Rutin sedemikian akan berterusan sehingga 2015, insyaallah. Mungkin selepas itu abu pun dah pencen dan anak-anak pun dah tak payah diambil dan dihantar lagi. Bila difikirkan kembali untung juga bila kita berkahwin awal. Sebelum pencen anak-anak dah ada yang bekerja dan hampir tamat belajar. Berkahwin awal kena banyak sabar. Kita belum stabil ekonomi, stabil emosi dan banyak yang kena diambil tahu sebelum memikul tugas ibu dan bapa. Kalau yang rajin menimba ilmu dari buku mungkin tak ada masalah. tapi kalau yang malas membaca , malas bertanya. Bila ada masalah semua nak cuba handle sendiri ..tu yang jadi masalah. Jadi bagi anak muda yang berura-ura untuk berkahwin banyak-banyak berfikir dan banyak -banyak membuat persiapan mental, rohani dan emosi. Banyak berdoa kepada Allah agar rumahtangga bakal dibina akan mampu sampai ke penghujungnya.Selamat pengantin Baru kepada bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga besuk 13/6/09.

No comments: