Dua peristiwa dalam satu hari. Dua yang berbeza keadaannya. Begitulah hidup. Pasti ada yang berpasangan dan berlawanan sifatnya. Dalam duka ada sukanya. Ya kami masih bersedih di atas kembalinya Ammar Zul ke rahmatullah . Dan kala mentari di ufuk barat dapat pula berita gembira. Alhamdulillah, kini ketiga-tiga puteri kami sudah tamat belajar, tahniah di atas segala usaha dan pengorbanan. Sebagai ibubapa tentu kita ingin yang baik-baik dan yang manis-manis sahaja. namun perjalanan hidup tidak selalunya indah. Banyak ranjau duri disepanjang perjalanan itu dan hanya mereka yang tabah dan cekal sahaja mampu sampai ke matlamat akhir. Kak Lang dunia sebenar sudah bermula. Saat untuk mencorak jalan mana yang mahu di pilih. Kini terletak di tangan sendiri. Pertimbangkanlah dengan fikiran terbuka, akal yang matang dan lang tahu kan walau apu pun ummi dan abu sentiasa ada untuk memberi pandangan dan sokongan. Ucapkanlah selamat tinggal pada dunia pelajar buat seketika, insyaallah mungkin setahun -dua lagi kak lang akan kembali menyambung pencarian ilmu yang lebih tinggi di situ lagi. Apa-apa pun tahniah buat semua yang memberi sumbangan untuk kejayaan kak lang @ Kauthar Muhammad.
1 comment:
terima kasih abummi..kak lang amat gembira hari ini..walaupun tak dpt result yg gempak tp dah tersgt gembira berjaya abihkan dunia ijazah ni..segala perit dan jerih selama ni dah terbayar dgn result yg meningkat dr sem lps..amin..
Post a Comment