Monday, June 1, 2009

Kemeriahan Cuti


Bila musim cuti biasanya menu makan pagi agak lain kerana selain suami saya ada beberapa orang lagi tetamu di meja makan. Jadi menunya kena dibanyakkan dari biasa. Semalam cuba buat tepung talam, nak kata puas hati tak jugak, tapi cuma yang bagusnya ahli rumah ni semua depa tibai. Jadi buatlah apa pun insyaallah akan habis dan memang tak sempat nak hulur-hulur pada jiran. Dalam kepala dok merangka nak buat apom lenggang. Idea lama-lama muncul kembali. Selepas itu tolong bangcu membuat blog. Malam ini bang cu akan ke KL mewakili KRJ Penang untuk LEADERS selama 3 hari. Insyallah hari Rabu hingga Jumaat pula ada Kem Aulad JIM di Teluk Nipah, Kedah. Mungkin saya tidak dapat pergi sepenuhnya kerana kak lang & kak ngah akan pulang ke Bertam. PHN sudah pasti akan jadi kereta mereka ketika itu. Saya? Cari KX lah jawabnya!

1 comment:

My Heart Draws A Dream said...

kx kena setia kat bertam..tak leh lasak2..dia dah lama berkhidmat..bg relax plak..hihihi