Di sini bersemadinya sebuah jasad.
Ramainya yang datang bersolat untuknya. Jauh & dekat
Dalam biasan cahaya fajar dari kejauhan kelihatan banyak kereta di luar masjid. Fenomena ini biasa berlaku bila ada penceramah yang tersohor atau majlis keraian di masjid. Kali ini suasana berbeza, saya masuk ke ruang solat wanita , terpaksa bersolat di saff belakang kerana sudah penuh. Alunan suara Ustaz Ammar Rushdi makin menambah sayu jiwa-jiwa yang berimamkannya. Sebaik doa lepas solat diaminkan terus disolatkan jenazah Muhammad Ammar Zulkifli. Usai solat ayahnya, meminta hadirin memaafkan kesalahan anaknya dan jika ada hutang silalah berjumpa dengannya. Jenazah dilapur tiba di KLIA dgn Egypt Air jam 10mlm dan di rumah jam 5 pagi dengan dibawa oleh van JAWI WP. Saya tidak dapat hadir ketika jenazah tiba di rumahnya, tetapi menurut kawan-kawan wajahnya dapatlah dilihat oleh ahli keluarga buat kali terakhir.
Saya sengaja pulang melalui tanah perkuburan Taman Bertam Indah, kereta diparkir di kiri kanan jalan. Ketika pengkebumian dijalankan hujan sedang turun renyai-renyai setelah hampir 2 minggu tidak pernah turun. Semuga hujan membasahi pusara dan seterusnya turut memohon keampuanan untuk rohnya.
Yang pergi tetap pergi yang tinggal yang perlu banyak bersabar dan sentiasa menghitung diri. Tiada yang kekal melainkan Allah. Sudah pasti setiap talkin yang dibaca sebagai peringatan untuk yang hidup. Jika baik di dunia insyaallah Allah akan bagi berbagai kemuliaan yang kita tidak mampu beli walaupun dengan seluruh harta dunia.
" Ya Allah!
Ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, muliakanlah tempat kembalinya, luaskanlah tempat tinggalnya dan bersihkan dia dengan air, salju dan embun.
Bersihkan dia dari segala segala kesalahan atau dosa,
sebagaimana bersihnya pakaian putih dari segala kotoran.
Gantilah untuknya rumah yang lebih bagus daripada rumahnya,
Keluarga yang lebih baik daripada keluarganya,
Masukkanlah dia ke syurga
Lindungi dia dari siksa kubur dan fitnahnya
serta lindungi dia dari siksa api neraka
Ya Allah!
Ampunilah kami orang-orang yang hidup,
yang mati, yang menyaksikan,yang ghaib
yang kecil, yang besar
yang laki-laki dan yang perempuan
Ya Allah yang menghidupkannya diantara kami,
maka masukkanlah dia atas golongan islam
dan yang mematikannya di antara kami
maka matikanlah dia dengan membawa iman.
Ya Allah!
Janganlah Engkau Menghalangi sampainya pahalanya kepada kami,
dan janganlah Engkau sesatkan kami sepeninggalannya.
Dengan rahmat-Mu wahai Dzat yang Maha Pengasih.
Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh alam.Amin
* jangan lupa menonton berita TV3, NTV7 untuk liputan terkini.
4 comments:
masyaAllah....1000 orang mengiringi arwah yg berumur 21 tahun.
penduduk bumi memuliakan beliau, moga Allah lebih memuliakan arwah.
allahummaghfirlahu wan hamhu wa `afihim wa`fuan hu
kemuliaan ini bukan datang begitu sahaja, teruskan thabat di jalaNya.Jika kita menolong Allah, Dia pasti menolong kita,Itulah janjiNya.
gudbye is hurt m0re than anything, especially when i know u won't say hello again.. what can i say ama.. we have so many memories..so many things to lo0k back on.. i learned so much fr0m u, gained so much.. i loved the way u made me laugh, i hated when u made me cry.. but i hated most was when i must to say so l0ng n gudbye..did u know ama.. gudbye make me think u make me realize what i have, what i've l0st n what i've taken f0r granted.. please come into ma dream ama.. I need to see n talk with u.. eventhough just f0r a 0ne time.. u know that im n0t easy to cry but ur goodbye bring tears in ma eyes ama..’thnks’ a l0t.. I miss u ama.. wait f0r me yah.. I’ll follow u n we’ll meet in jannah paradise insyaALLAH.. I miss u so much ama..
we just said bout clbrte our besday tgthr rite.. do u frget it ?? i'll still clbrate our besday at ur grave..i promise u ama.. -ihsan
Assalamualaikum wbt
ISMA-Mesir melalui Biro Kebajikan & Dakwah melancarkan Tabung Kecemasan bagi meringankan beban pelajar perubatan yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Kepada mana-mana pihak yang ingin turut sama menyumbang, sumbangan boleh disampaikan melalui:
Akaun HSBC, (Mohamad Saif bin Jamaluddin - 311 133 524 025)
anggaran kerugian melebihi LE25 000Egyptian Pound (tidak termasuk kos rawatan yang ditanggung oleh JPA)
Post a Comment