Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Thursday, August 13, 2009
Tangan Yang Di Atas
Semalam menerima sekeping poskad dari 'Ammar. Sekeping nota tanda ingatan pada yang menyayanginya. Saya tertarik dengan sebaris katanya" kepada adik-adik, belajar rajin-rajin kalau nak berjalan melihat dunia".. Ya! memang benar kita yang dilahirkan dari kalangan orang biasa-biasa sudah pasti tidak mampu untuk terbang ke sana-sini berjalan melihat budaya orang dengan biaya sendiri. Pendapatan yang ada cukup untuk mengongkosi keperluan harian, pendidikan anak-anak ,simpanan akhirat dan tabung kecemasan. Saya percaya dengan iltizam diri dan doa yang tidak putus-putus dari ibubapa akhirnya ramai kita-kita ini berjaya menyambung pengajian ke luar negara. Masa cuti biasanya diisi dengan bekerja atau berjalan-jalan melihat dunia. Dari kecil saya memang menanamkan ke jiwa anak-anak, jika ingin melihat negeri orang belajarlah rajin-rajin.Saya percaya jika mampu kita sebagai ibubapa ingin saja beri semua yang terbaik, yang terindah dan
segala yang ter...ter kepada anak-anak.
Tetapi ayuhai anak-anak yang disayangi hidup ini bukan bed of roses...kita bukan lagi hidup dengan perpatah kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Hidup perlu dirancang, kewangan perlu diatur. Semasa muda rancanglah kewangan agar masa tua kita tidak kesempitan. Ketika merancang kewangan jangan sekali-kali lupa untuk mengguntuk sebahagian pendapatan itu untuk saham akhirat kita. Apalah gunanya harta berjuta di kertas jika tidak dapat membantu kita sedikit pun di akhirat nanti. Biarlah sedikit yang berterusan itu lebih baik dari jumlah yang banyak tapi berkala. Kita tidak patut menunggu datang Ramadhan sahaja untuk bersedekah. Asnaf yang perlu dibantu itu tetap perlu meneruskan hidup di luar Ramadhan. Sedikit yang kita sedekahkan itu akan berbuah menjadi 10 dan berpecah menjadi 100 dan seterusnya. Inilah perniagaan yang tidak akan pernah rugi-rugi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam..
ada award untuk awak.sila ke blog saya untuk ambil.:))
terimakasih banyak-banayk, hai Anak Laut. Ingin nak paste award tu tapi
awat x boleh pulak?
Post a Comment