Friday, June 19, 2009

Ayyuhal Walad


Pertama kali bertemu abah ialah ketika majlis sambut menantu di Titi Gajah Ogos 1980 . Abahlah orang yang pertama menegur saya setelah jiran dan sanak saudara yang menemani saya beransur meninggalkan majlis. Sebelum ini saya hanya mengenali namanya yang pasti berada sebaris dengan nama suami saya. Kata orang first impression itu penting. Saya yang gugup kerana pertama kali bertemu mertua segera bersalam bila dia menyebut "Ni abah".

Setelah memutuskan untuk membina rumahtangga dengan anak lelakinya, saya telah menyimpan azam di dada hati. Saya akan menerima suami saya dan keluarganya seadanya, latar belakang yang berbeza sudah pasti membuat saya perlu bekerja keras untuk menerima mereka apatah lagi untuk saya diterima keluarga ini. Alhamdulillah, cara abah dan emak berfikir dan melayan anak menantu mereka membuatkan saya mudah menyesuai diri saya ke dalam suasana baru ini. Diam tak diam sudah hampir 29 tahun rupanya saya bersama mereka. Mereka sudah sebati dengan diri saya, jika lama tidak bertemu hati saya menjadi sangat rindu.

Saya bersyukur diberi peluang membantu menjaga abah dan emak sewaktu abah ditimpa stroke
(sila rujuk entri jan 09). Saya dengan rela hati meninggalkan bidang pra sekolah semata-mata untuk berbakti kepada mereka. Peluang meladeni orang tua tidak selalu datang, banyak pelajaran hidup yang saya dapat sepanjang berada di sana. Kini abah dalam proses pemulihan, ingatannya sudah datang sedikit demi sedikit, yang paling saya suka bila dia akan bertanya"Muhammad tak balik?" bila melihat saya muncul di muka pintu. Atau bertanya"awatYati tak balik?" bila suami sahaja balik. Bila melihat ubat-ubatan abah saya jadi sangat sedih dan pilu kerana arwah bapa tidak berpeluang menerima rawatan sebaik abah. Sekiranya bapa berpeluang menerima treatment seperti abah mungkin keadaan bapa berbeza dari apa yang telah berlaku. Saya tidak menyesali takdir kerana saya percaya Allah telah menetapkan qada dan qadarnya.Saya ingin berpesan kepada diri dan kepada semua anak-anak di luar sana, sekiranya ibu bapa sakit berusahalah sedaya upaya memberi rawatan yang terbaik buat mereka. Sedaya mungkin cubalah diusahakan.



Alangkah malangnya nasib orang tua yang sakit ditolak ke sana ke sini kerana tiada siapa yang ingin menjaganya. Ditinggal sepi menjalani hidup dan menunggu kematian datang menjemput. Bayangkanlah ketika kita kecil ibu bapa kita tidak tidur malam kerana menjaga kita ketika kita demam atau selsema. Jika boleh seekor nyamuk pun tak ingin dibiar menggigit . Benarlah kata Nabi SAW"ketika bayi kitalah tuan kpd ibubapa kita" Manakan tidak , selagi kita tidak tidur jangan harap ibu pun dapat tidur, kadang nak makan pun tak sempat kerana menjaga dan menguruskan kita. Abah beruntung kerana dikelilingi mereka yang sangat mengasihinya. Masing-masing mengajak abah dan emak ke rumah masing-masing untuk dijaga tetapi abah tetap menjawab"Tak paa", Saya perhatikan sejak dari muda abah dan emak tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak-anak, cuma pesan abah yang masih diingati suami saya hingga ke hari ini."Suami ibarat si pemancing, kita yang ingin tarik ikan naik ke darat dan bukan ikan tarik kita ke dalam air". Pesan inilah juga yang dititipkan kepada anak-anak yang sudah remaja dan dalam proses mencari teman hidup. Mendalam sungguh maknanya...fikir-fikir dan renungkanlah wahai para suami dan semua anak lelaki. Dalam kontek hari ini peliharalah dirimu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Yang bahan bakarnya dari batu dan juga manusia. Ingatilah mereka dalam doa-doa yang diajar Ar Rasul SAW:


Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

3 comments:

muhdabdrazak said...

Hmm a very touching blog. Tq for being a wonderful wife, liked by many: kids,families and friends alike.
Abu

We Haus Enterprises said...

terima kasih kerana membantu memudahkan saya menjalankan tugas sedaya mungkin,saya cuma ingin dipandang suami dgn pandangan rahmah agar saya dapat masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu dengan izinNya.Ameen

My Heart Draws A Dream said...

sedih baca cite2 kehidupan ni..yg jauh mengalir air mata teringat keluarga di kampung..isk..isk