Thursday, June 18, 2009

Permata Hati 2


Memang sepatutnya setiap kematian itu memberi kesan kepada hati kita yang masih hidup. Ketika membuka beberapa muka surat buku lama, terjumpa satu hadis yang berbunyi begini"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala dari seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang sia-sia. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada perkara yang bukan merupakan tujuan ia dijadikan Allah maka layaklah ia akan merasa penyesalan yang amat panjang pada hari kiamat nanti". Beberapa hari lepas saya membantu mencari bahan untuk folio anak. Gaya hidup remaja. Ya..Allah...takutnya saya membayangkan jika anak-anak remaja yang terjebak dengan berbagai gejala tidak sihat dipanggil menemui Allah dalam keadaan itu. Ibu bapa yang normal sudah pasti tidak akan sanggup melihat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh satu masa dulu, mati ketika sedang mabuk, sedang menagih dadah atau sedang berzina.....Ya Allah....janji Allah telah datang kepada kita. Maksiat yang sedang merata telah menjadikan anak-anak kita bagaikan layang-layang putus tali. Mereka ingin terbang tinggi..gah membelah langit biru tetapi mereka lupa tiada satu tiang atau tali yang membantu mereka terus tegak. Tiba saatnya akan terhempas menyembah bumi. Siapakah yang yang bersalah? Atau siapa yang patut dipersalahkan.

1 comment:

Lady Qay said...

tq ummi atas post yang mbgunkan..