Tuesday, June 2, 2009

Teluk Nipah Teluk Kenangan





Esuk pagi saya sudah berhasrat menyertai Kem Aulad JIM di Teluk Nipah, dekat-dekat dengan Pulau Sayak,Kedah. Kali terakhir saya ke sana bersama anak-anak juga dalam Kem Aulad pada tahun 2004. Seminggu sebelum tsunami berlaku. Saya bersama kawan-kawan juga bertandang ke pasar bisik di Kuala Muda bagi membeli ikan untuk dimasak bagi peserta kem. Bayangkanlah jika kami turut berada di sana ketika berlakunya tsunami. Insyaallah...banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sana. Murah dan hanya perlukan kerajinan sahaja. Anda boleh bermalam di Juwita Chalet, pagi-pagi akan dikejutkan dengan enjin bot nelayan keluar mencari rezeki. Selepas bersarapan boleh turun mencari siput dan kerang di pantai kala air surut. Tengaharinya boleh mandi-manda di pantai. Malamnya pula boleh membakar ikan yang murah dan segar yang dibeli dari nelayan. Jika ingin trekking boleh berjalan-jalan ke bukit di belakang chalet. Wah...saya sudah teruja untuk ke sana besuk. Sayangnya tidak dapat bermalam di sana kerana anak-anak yang sudah bekerja akan pulang dari jauh dan saya sudah berjanji akan membantu jiran yang akan menyambut menantunya sabtu ini. Didoakan semuga Kem Aulad yang disertai 20 orang anak-anak ahli JIM SPU akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

2 comments:

`Ammar Muhd said...

kami igt lg Bangcik kantoi main poker..
anak Razak ke? xlah..cucu!

My Heart Draws A Dream said...

bila tingat abg kata camtu tingat masa kat hot spring ulu legong dulu..masa zaid perkenal dr dia kata,"sy zaid muhammad,anak kpd psgn en mad razak n puan norhayati.bukan anak razak..hahha..lawak la zaid ni"..