Wah! Bila dah tak ada anak nak ditengok barulah mula serius dengan pokok bunga di laman. Selama ni bukan tak peduli .Setakad siram ja...tak sempat nak belai-belai.Kalut memanjang. Rasa kasih pada pokok bunga dan binatang ni dah lama dipupuk. Waktu di sekolah rendah memang tugas saya menyiram pokok. Tok saya memang tak suka menyuruh sepupu saya menyiram kerana dia sekadar spray kat atas-atas saja. Nampak basah tapi air tak sampai pada akarnya.Akhirnya pokok-pokok kesayangannya layu atau mati.
Masa tu bukan ada nurseri pokok-pokok pun, kalau berkenan bila pergi rumah sapa-sapa ringan-ringan mulut minta benih atau kalau orang rapat sangat minta dia tolong semaikan. Lama-lama rumah tok penuh dengan bermacam jenis paku, pokok-pokok palm, okid dan pokok ati-ati. Mawar dan melor juga rajin berbunga. Bajanya sekadar air ikan yang diperam ataupun air basuhan beras. Sekarang ni macam-macam jenis baja yang ada di pasaran. Cuma rajin atau tidak sahaja.
Bila melihat bunga baru berkudup hati kita dah tak sabar menunggu bunganya berkembang. Hari-hari akan ulang tengok. Bila melihat bunga berkembang terasa meriahnya hari dan secara tak langsung memberi terapi pada mata dan minda. Jadi bagi yang masih berkira-kira antara rajin atau tidak, tak payah bertangguh lagi. Jika bukan kita yang sayang dan dekat dengan alam siapa lagi. Apa yang terjadi hari ini biasanya kesan dari rentetan perjalanan yang panjang. Sementara bumi masih hijau apa salah kita terus hijau-hijaukan dia .Demi untuk generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment