Wednesday, October 20, 2010


Inilah Hidup!


Ada orang bertanya kenapa perjalanan yang indah. Saya berfikir seketika. Dalam hidup ini kita tidak pernah berhenti berjalan. Jika bukan kita yang bergerak yang pasti jarum masa itu yang tetap akan bergerak. Sepanjang perjalanan ini ada kala semuanya  indah dipandang mata dan ada rasa bahagia di jiwa. Namun tidak semestinya yang indah di mata juga akan beri  rasa bahagia di jiwa. Dalam diri manusia ada seketul jasad yang jika baik ia maka baiklah seluruh jiwa itu. Iaitu hati.


 Suami saya suka mengingatkan saya pada satu ungkapan yang arwah mak pernah ucapkan berpuluh tahun yang lalu. "Menjadi permaisuri di pondok buruk lebih baik dari menjadi abdi di istana". Hem...mendalam kata-kata tu. Bila sudah ditempuhi perjalanan hidup yang panjang ini memang baru dapat difahami apa yang tersurat , dan apa yang tersirat dari kata-kata itu. Semuanya sudah pasti terletak di hati. Jika hati kita sentiasa positif dan sentiasa tenang bila menerima apa juga ujian dari Allah, insyaallah kita akan dapat merasakan bahawa hidup ini adalah indah. Ada berbagai warna yang setiap satunya mampu memberi pelajaran hidup kepada kita. Sementara punya kesempatan hargailah hidup ini. Kita yang menentukan hala tuju hidup kita. Bila berada di persimpangan sudah pasti kita perlu sering bertanya pada hati yang paling dalam. Jalan inikah yang patut di pilih atau jalan yang satu lagi? Kembalilah pada kehendak dan tuntutan agama. Jika kita sentiasa menjadikan pertimbangan agama dalam setiap tindakan kita , insyaallah kita akan selalu bertemu jalan lurus yang sentiasa kita ulang-ulang berkali-kali dalam suroh al Fatihah itu.

Saya tidak pasti kata-kata di bawah sumbernya dari siapa. Cuma kata-kata ini terlalu indah yang saya temui ketika membaca sebuah buku yang saya pernah pinjam dari Perpustakaan Bergerak beberapa  bulan yang lalu. Mudah-mudahan kata-kata ini akan membuat kita berhenti sejenak dan berfikir dan dapat meneruskan perjalanan yang indah ini dengan semangat yang baru.


"kadangkala..Alah hilangkan sekejap matahari kita, kemudian  Dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari di mana matahari kita  rupa-rupanya Dia nak hadiahkan kita pelangi yang indah dan menenangkan jiwa.

2 comments:

sal said...

salam ummi..
terpikat sungguh kata2 yang dituliskan.ada yang tersirat dan tersurat..

Misk said...

Betul2... saya juga suka kata2 ni saya dah pernah masukkan sebagai kata hikmat dalam buku perancangan sekolah 2-3 tahun lepas..tapi tak mingat petik kat mana..