Berpusing-pusing mencari arah juga menuntut kesabaran. Ringan sahaja mulut minta digunakan GPS kerana koordinatenya sudah diberi terlebih awal. Namun rasa percaya dan yakin pada jurumudi mengajar mulut ini tidak bersuara. Adakala kita perlu bersuara dan adakala kita hanya perlu tunduk dan patuh. Wanita banyak dihumban ke neraka kerana lidah-lidah mereka. Nauzubillah. Hanya doa dan doa agar Allah akan mudah dan mempermudahkaan.
"Wah! besarnya tempat ini. Tingginya tangga nak di daki" Itulah yang keluar dari mulut sahabat keliling. Alhamdulillah kami tiba juga ..Ke lurah sama di turuni, ke bukit sama di daki. Ramainya muka-muka lama yang ditemui. Masing-masing sudah berubah paras dan rupa. Melihat para sahabat yang masih tetap kekal tsabat dengan jalan ini menjadikan diri ini mengukur sederas mana langkah sendiri. Makin laju, makin perlahan atau makin mundur ke belakang.
Entah kali yang keberapa lagu ini diulang-ulang , namun setiap kali mengikuti bait-baitnya air mata pasti mengalir deras. Setiap kali hati saya pasti terbang jauh kepada empunya diri yang membawa saya ke medan ini berpuluh tahun yang lalu. Semuga Allah membenar saya berkongsi pahala dengannya sekiranya ada. Ketika itu juga saya menerima SMS darinya ."Rasa hati nak sama ke sana, tp saya tak sampai hati dengar nada rintihan mak tiap kali call. Salam saya pd sapa2 yang bertanya.". Saya membalas" Insyaallah, akan tiba saat untuk hadir bersama di masa hadapan, peluang berbakti pada mak abah hanya tinggal sedikit sahaja lagi.. Teruskan bakti."
Mutiara-mutiara kata perkongsian amal dari mereka yang terdahulu insyaallah akan dibawa pulang untuk menggerakkan amal dan gerak kerja di tempat sendiri. Terasa beratnya tugas yang digalas dan sejauh mana pula janji setia telah dipatuhi. Bila melihat keliling saya tersangat ingin melihat anak-anak saya bersama dalam satu wadah dan seterusnya menjadi pewaris. Saya akan terus berusaha dan berdoa agar anak-anak saya akan menjadi pembantu saya ketika tenaga kian luntur , mata kian kabur ,masa kian singkat namun insyaallah tetap thabat dengan wadah ini. Inilah pilihan saya. dan insyaallah Allah sentisa mendengar permintaan hambaNya.
Intipatinya dari perhimpunan ini:
* Kita mesti tahu apa keutamaan kita
* Kita sentiasa bersedia bila dipanggil..
* Bijak mengatur urusan agar dapat hadir dalam program tarbiyyah.
*. Orang yang beruntung bila berjual beli dengan Allah
* Orang yang beruntung yang membuat perjanjian dengan Allah.
* Orang yang beruntung orang yang menghitung diri sebelum dihitung Allah.
Marilah berdoa "Ya Allah.. Semoga Engkau akan menguatkan semangat kami dan terus memilih kami untuk sentiasa berada di atas jalan Mu..Ameen"
No comments:
Post a Comment