Hujung bulan Oktober makin menghampir. Oh..!!! Saya sangat rindukan rumah ini. Sudah hampir tujuh tahun rupanya kami meninggalkan rumah ini. Inilah rumah pertama kami sekeluarga. Memang tidak pernah terduga dan terbayang di fikiran yang kami akan menetap di situ. Itulah takdir namanya. Kini nilai tanah di situ naik berlipat kali ganda dari harga asalnya. Pemilik juga sudah silih berganti. Jika dulu pemastautin di situ rata-rata guru-guru tetapi kini berganti para doktor pula. Mungkin kerana kedudukannya dekat dengan hospital lama dan baru menjadikan kawasan itu pilihan mereka. Tanahnya yang luas memmungkinkan mereka membina banglo idaman mereka. Banyak kemudahan yang terdapat di situ. Paling penting saya sukakan suasana yang tenang di situ.
Bila melihat wajah anak-anak di atas baru terasa masa beranjak begitu pantas.Ketika itu ada yang masih berhingus tapi hari ini semunya sudah menjadi anak remaja belaka. Masa begitu cepat berlalu. Jika dulu kami membina keluarga dan membesarkan anak-anak di situ. Insyaallah lepas ini giliran Kauthar dan Zaharan membina keluarga mereka pula.. Adanya mereka di situ dapatlah kami tidur semalam dua sambil mengemas dan mengindah laman. Manalah tahu mungkin Allah menggerakkan hati kami untuk kembali ke sana.
No comments:
Post a Comment