Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Thursday, October 7, 2010
Skor A Dunia & Akhirat
Saya tak pastilah pulak adakah tidak ibu-ibu di luar sana sama seperti saya yang asyik mandi tak basah, tidur tak lena dan makan pun tak berapa kenyang sejak awal minggu ini. Meskipun sudah lama bersedia menghadapi detik ini namun rasa gementar, gelabah, takut dsbnya asyik bermain difikiran. Bila ditanya apa perasaan bila anak menduduki peperiksaan? Saya tidak tahu nak menjawab. Nak kata okay pun macam tak okay ja, nak kata tak okay pun macam okay ja. Yalah ..meskipun sudah selalu sangat anak-anak menduduki peperiksaan besar namun hati kita tetap berdebar-debar. Maklumlah anak-anak bukan semuanya sama. Ada yang nampak bersungguh-sungguh menyediakan diri, ada yang nampak relax memanjang, ada yang gelabah sakan, dan ada yang bagai tak ada perasaan. Kita sebagai ibu bapa tentu ingin anak-anak kita berjaya seperti orang lain. Maklumlah dunia hari ini persaingan terlalu sengit. Kita harapkan mereka berjaya di dunia membawa ke akhirat juga. Calon PMR tahun ini sahaja ada seramai 479,678 orang. Ramai tu...nanti yang merebutkan tempat di SBP dan MRSM pun beratus ribulah juga.
Budak-budak sekarang makin pintar dan bijak-bijak belaka. Alhamdulillah....mungkin kerana kesedaran diri, desakan keluarga atau apa berbagai faktor yang lain. Jika dulu nak dapat satu A pun alahai..bukan main susahnya. Satu kampong mungkin adalah seorang sahaja yang dapat A berderet-deret. Sekarang dah tak main A saja, ada pulak A+ la, A- la...Tak kisahlah berapa banyak A yang dapat diraih yang perlu turut berubah ialah sikap anak-anak bangsa kita. Jika di sekolah asyik disuap guru-guru dan bila masuk ke IPT pun diharap para pensyarah pula menyuap mereka. "Tak dak pasai " Itu kata suami saya.
Semalam saya baru berbincang dengannya tentang sikap anak bangsa kita. Ada seorang pelajarnya yang ponteng kuliah pada waktu pagi. Bila dia datang untuk tutorial pada waktu petang sudah pasti dia tak dapat buat soalan yang dah dibincang dalam kelas pagi tadi. Bukannya dia nak susah payah bertanya pensyarah apa yang dia dah ketinggalan tetapi dia ambil jalan paling mudah. Tahu apa dia buat? Apa lagi tidurlah. Jika dulu memang suami saya akan bising meleterkan mereka tetapi sekarang dia dah jadi malas nak menegur kerana mereka sudah besar-besar belaka dan sepatutnya sudah lama sedar kenapa dan mengapa mereka berada di situ.
Apa lagi tanggungjawab mereka? Tak ada duit? Duit PTPTN ada, mak ayah di kampong hulur lagi. Tak ada tempat tinggal? Kolej kediaman/ rumah sewa ada. Nak laptop mak ayah belikan, bukan setakad nak siapkan assigments nak tengok movie / nak main game pun boleh.Tapi ..... masih ada yang tak ada. Apa dia? Semangat nak belajar , nak bersaing dan nak berjaya. Semangat yang makin luntur dari jiwa anak-anak bangsa kita. Sudah pasti peribahasa lama yang saya belajar berpuluh tahun lalu, gengam bara api biar jadi arang sudah tidak boleh dipakai lagi. Anak-anak kita hari tak usahkan nak genggam, nak dekat dengan api yang panas pun dah tak sei...atau seperti kata cucu saya " oce la". Nak arang cari aja kat kedai buat apa nak susah payah pi gengam dia. Atau kalau teringin sangat nak makan ikan bakar beli aja tak payah susah-susah berdiang di depan bara-bara api.
Mudahnya hidup hari ini. Saya bimbang jika tidak pernah merasa susah anak-anak kita tak dapat menghargai erti kesusahan. Puasa yang dituntut Allah supaya manusia menghargai dan merasai kelaparan dan kesusahan orang lain juga tu sudah mula dicemari. Ramadan sudah disinonimkan dengan bazar ramadan dan Syawal pula dengan rumah terbukanya. Kata hadis lembutkanlah hatimu dengan berlapar dan hati akan menjadi keras jika terlalu banyak makan. Betul tak kalau bulan Ramadan hati kita lembut kerana berlapar dan sepanjang Syawal pula kembali menjadi keras kerana terlalu banyak makan. Kita terlalu sangat berlebih-lebih dalam perkara yang tak sepatutnya. Esok Syawal akan sampai ke penghujungnya. Sudah habiskah kita berpuasa enam atau masih ada berbaki lagi? Atau boleh tak kita pujukkan hati kita dengan berniat jika ada rezeki akan kita kerjakan pula di tahun hadapan? Tepok dada tanyalah iman kita kerana hanya kita sahaja yang tahu sejauh mana Ramadan berjaya mendidik jiwa -jiwa kita. Selamat bersiap untuk ke tanah suci bagi bakal-bakal haji yang akan bertolak seminggu dua lagi. Semuga Allah mempermudahkan segala urusan. Oh! Rindunya Baitullah.
i.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment