Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Thursday, October 21, 2010
Tugas Siapa?
Hai apalah nak jadi sekarang ni, Bergaduh sikit saja terus sampai berbunuh-bunuh.Yang terkini semalam adik beradik bergaduh sampai rumah dibakar. Betullah kata orang tua-tua marahkan nyamok kelambu dibakar. Tempat kejadian dekat sangat dengan kampong saya di Alor Setar. Tak tahulah samada orang tu sakit mental atau kerana pengaroh dadah. Dunia sudah makin tak selamat. Apakah kita ni makin jauh dari rahmat Allah?
Kata arwah wan, sebelum ada dadah orang akan menghisap candu.Lepas tu ganja pula. Kerana candu sampai jadi perang candu di China. Di Tanah Melayu candu dibawa ketika zaman bijih timah tengah mewah. Mungkin dibawa masuk oleh puak Hai San dan Ghee Hin ketika itu. Apa yang terjadi satu masa dulu memang tak jauh bedanya. Cuma zaman dan masa sudah berubah jadi methodnya pun turut berubah. yang pasti kesan dan akibatnya tetap serupa. Suami isteri boleh bercerai berai, anak pula boleh menjadi durhaka dan macam-macam lagi gejala sosial. Apa yang Allah larang tu yang suka sangat didekati.Data terkini di Malaysia ada 817,000 pengidap HIV.Ramai tu...kalau tenaga ini disalur pada perkara yang berguna tentulah bukan mainlah maju dan makmurnya negara kita. Saban tahun bajet kita habis untuk mengubati pesakit-pesakit ini. Kenapa kita tak mengambil pendekatan Islam. Cegah sebelum terjadi. Tugas siapa tu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka yang berjuang menegakkan syariah islam. Kita berada di akhir zaman. Manusia tidak merasa takut akan Allah.
tugas khalifah di muka bumi...
Post a Comment