Sudah agak lama kami tak kemana-mana. Saban minggu suami pulang menemani mak kerana bibiknya sudah tidak mahu bekerja. Alhamdulillah minggu lepas sudah Allah hantarkan seorang pembantu dari Acheh. Kali ini memang naif sungguh. Tak biasa menggunakan segala peralatan letrik yang ada di rumah.Sampaikan nak buka tingkap nako pun tak pandai. Bila suami saya memberitahu orang Indon yang membuat rumah jiran saya. Tahu apa komennya," Oh! Itu lebih baik, kalau yang sudah tahu itu ini, nanti kamu lagi susah". Hmmm...bila fikir-fikir semula memang betul jugak. Advance sangat pun susah jugak. Last-last dia yang dictate nak itu dan ini. Last-last kita tertanya pulak siapa yang tuan ,siapa pula yang bibiknya. Dunia sudah terbalik.Bukan macam zaman Labu Labi lagi.Orang gaji takut sangat dengan tuannya..
Okaylah..ni nak cerita tentang Kuala Gula. Tika orang bercuti baru-baru ini, suami kena jaga exam dan saya mengambil kesempatan ke tadika. Bukan full timer pun tapi once dah masuk ke tadika macam tak ada jalan keluar pulak. No u turn. Cuma kali ini saya membantu mengajar dan menegur guru-guru baru. Kot jadi tukang sibuk saja. Itupun kalau cikgu-cikgu mahu menerima dengan hati yang terbuka. Makluimlah hampir 30 tahun secara formal terlibat dalam bidang ni bukan satu tempoh masa yang pendek.Banyak yang ingin dikongsi dan muga digunakan.
Ha..hahaa. Bila anak-anak bertanya "Ummi tak penat ke pergi tadika?". Kali ini saya pergi bukan untuk dapat gaji tapi saya lebih ingin berkongsi ilmu dan pengalaman kerana masa untuk saya di dunia ini semakin singkat. Mudah-mudahan ilmu yang saya kongsi itu akan memberi manfaat dan dapat memberat timbangan al mizan nanti. Bukankah hanya 3 perkara yang akan mengikut kita ke kubur.Harta yang dijariahkan, ilmu manfaat dan doa anak yang soleh. Insyaallah. Mudah-mudahan badan sentiasa sihat dan hati sentiasa ikhlas.
Restoran terapung
disebelah resort pula menyajikan ketam lembut dan kari sembilang perut
kuning . Ini adalah sajian istimewa mereka. Kami sempat melihat nelayan melakukan
satu teknik untuk membuatkan ketam mencabut kakinya sendiri. Ketam ini kemudian
dibela untuk menghasilkan kulit lembut. Ketam yang "under
stress" ini akan membuang kulit kerasnya dan menyalin kulit dan
mengeluarkan kaki baharu yang semuanya lembut. Jadi ketika ini ketam akan
diambil untuk dimasak. Ini teknologi dari Vietnam kata pak cik nelayan
tersebut. Saya gembira dengan inovatif ini.Semua ini untuk membaiki taraf hidup
nelayan dan anak bangsa saya juga. Pertama kali melalui pekan Kuala Kurau
hati saya tiba-tiba teringatkan Pulau Jeju. Kehidupan yang tenang dan mudah.
Cuma Jeju sangat bersih dan persekitarannya dijaga dari pencemaran. Jika Naval
base diteruskan juga pembinaannya mungkin Jeju juga akan tercemar.Itulah harga
pembangunan.
Air sungai yang mula pasang
di bawah chalet ini menandakan hari sudah berganti. Masa begitu cepat
berlalu. Dan kami perlu bersiap untuk pulang. Suami pun sudah menanda 2 soalan
dari 3 bundles. Berjaya memecah rekod peribadinya kerana kebelakangan ini prestasi
student yang dilahirkan di muka kertas sangat menggusarkan hatinya sebagai
pengajar mereka. Semalam saya pun sudah beranjak ke usia baru. Dan selagi hayat
dan kesihatan masih ada sudah pasti saya sangat ingin untuk terus datang ke
Kuala Gula. Melihat bot datang dan pergi ia turut mengingatkan saya bahawa kita
hanyalah pelayar yang singgah di pelabuhan waktu. Cukup masa dan sampai
ketika kita akan belayar ke satu lagi pelabuhan yang tiada penghujungnya.
Bila dan ketikanya hanya Dia sahaja yang mengetahui.Terima kasih untuk masa berdua yang mendamaikan.
muatan sarat hati suka |
Ha..hahaa. Bila anak-anak bertanya "Ummi tak penat ke pergi tadika?". Kali ini saya pergi bukan untuk dapat gaji tapi saya lebih ingin berkongsi ilmu dan pengalaman kerana masa untuk saya di dunia ini semakin singkat. Mudah-mudahan ilmu yang saya kongsi itu akan memberi manfaat dan dapat memberat timbangan al mizan nanti. Bukankah hanya 3 perkara yang akan mengikut kita ke kubur.Harta yang dijariahkan, ilmu manfaat dan doa anak yang soleh. Insyaallah. Mudah-mudahan badan sentiasa sihat dan hati sentiasa ikhlas.
mencuba nasib !! |
Semalam juga result SPM
diumumkan. Ada juga anak-anak saudara saya mendapat 11A.Tahniah..tahniah. Disebalik kejayaan depa sudah pasti ada banyak pengorbanan dan sokongan di situ. Bagi ibu bapa yang pertama kali menunggu keputusan SPM tentu agak stress, maklumlah anak yang periksa kita pulak yang risau. Antara SMS yang saya terima ialah "Pakat scorer semua. Hebat aih." Sekarang orang dah tak tanya dapat berapa A? Tapi dapat berapa A+ lah pulak. Zaman dah berubah, orang dah semakin pandai dan bijak-bijak belaka. Tapi yang peliknya kata suami saya.
Result SPM sentiasa meningkat tapi bila masuk ke IPT kenapa budak-budak tu
serba tak tahu. Dimana silapnya. Puas pensyarah mengajar tetapi benda basic
banyak yang tak tahu. Kalau tak mantap yang asas macamana nak belajar yang lagi
advance.Peluang mendapat tajaan juga semakin mencabar.
nostalgi menanti dengan debaran |
Tahun ini tak ada pulak anak-anak saya yang menunggu SPM jadi saya tak
sibuk sangat meneroka mencari peluang belajar dan tajaan. Yang saya simpulkan
ialah bidang pendidikan sudah menjadi mahal. Jika ingin anak-anak mendapat
tempat yang baik kita sanggup mengeluar sejumlah wang. Tajaan dan biasiswa
sudah tinggal sedikit sedangkan saban tahun budak-budak yang straight A + makin
meningkat. Budak-budak makin pandai atau soalan makin mudah ?Tak tahulah. Yang
saya tahu jika ingin anak berjaya ibu ayah kena korbankan banyak benda yang
tidak perlu. Atau tangguhkan sebarang keinginan untuk membaharui kereta,
menambah luas rumah, melengkap perabut rumah atau bercuti ke tempat yang
jauh-jauh. Janganlah kita sampai menjadi ayam di kepok mati kelaparan. Ini bumi
kita, tanah air kita dan tentu kita yang wajar dan wajib mempertahankannya.
Isy..melalut manalah pulak. Tiba-tiba pula rasa patriotik. Mungkin sebab
teringatkan bendera Malaysia berkibar megah di pintu utama resort .
mentari pagi sedang menebarkan cahayanya |
Anak-anak selalu
bertanya hairan. Apa ada dengan Kola Gula? Bagi yang gemarkan nature inilah
tempatnya. Ramai orang asing datang kerana di sini tempat burung-burung lari
dari sejuk winter Siberia. Burung pun lari bila winter datang tapi ada pula
kawan saya sanggup terbang ke Korea baru-baru ini kerana ingin merasa sejuknya
winter. Macam-macam kan manusia ni. Itu pilihan masing-masing dan saya tak
berhak komen tentangnya pun. Kami juga berpeluang membuat experiment dengan
kamera masing-masing. Meskipun tanpa tripod yang tertinggal di rumah kami mampu
merakam banyak shot yang agak baik. Bot-bot yang lalu-lalang membawa muatan,
olakan air, belacak dan ketam yang berkejaran di kala air surut semua ini
menjadi model yang sangat mengujakan. Perjalanan adalah pengembaraan mengalami
perkara-perkara baru. Semua momen dan objek ini dirakam untuk dihayati di
kemudian hari. Mengimbau kenangan dan foto yang indah adalah yang mampu
bercerita bagi yang melihatnya. A picture speaks a thousand words lah
katakan.
pasang surut air semuanya dalam pengetahuan Allah |
Ketika kami datang pada
tahun 2008 banyak kerosakan di sana sini. Tapi kini sudah dibaik pulih dan
sekitanya terjaga baik. Cuma saya terkilan kerana kawasan di belakang dewan
seminar dijadikan tempat buangan sampah. Alangkah baiknya jika bekas
polisterin tidak dibiar berterapungan kerana dirumpun nipah itu kelihatan
beberapa jenis burung sedang mencari makan. Kali ini tidak ada seekor pun
burung botak kelihatan berbanding Ogos 2008. Mungkin burung-burung itu sudah
pulang ke Siberia. Yang kelihatan burung-burung helang sedang berterbangan
sambil merendah mengutip ikan di permukaan air.
Rasa damai di siang hari
rupanya tidak berlarut hingga ke malam. Sebaik senja melabuhkan tirai mulalah
bunyi dentuman muzik dari pondok kecil di sebelah restoran. Dibuka pula
sekuat yang mungkin hingga menganggu ketenangan malam. Saya tidak pasti apa
tanggapan pelancong dari Ireland yang turut menginap di sini. Mungkinkah muzik
yang kuat itu diharap mampu menghalau rasa sunyi orang-orang di sini? Sedangkan
kami yang datang dari jauh sanggup membayar untuk menghargai erti sunyi
dan damai.Manusia memang begitu, tidak menilai sesuatu yang didapatnya dengan
percuma dan ketika benda itu masih ada.
proses 'ketam lembut' |
pelayar ke pelabuhan waktu |