Monday, November 30, 2009

Hari Merai



Sudah menjadi tradisi rumah di Titi Gajah akan meriah dengan kedatangan tetamu jauh dan dekat. Beraya sambil menjalinkan silaturrahim. Sudah pasti selaku tuan rumah maka akan berbincang menu yang akan disajikan. Laksa 7kg memang sudah lama luak, jadi untuk raya kedua kami memutuskan untuk memasak bihun sup. daging korban yang dibawa pulang segera diproses bagi membolehkan segera direbus dan dijadikan hidangan hari raya kedua ini. Bantuan tenaga tambahan membantu mempercepatkan tugas memasak. Bila sudah letih memasak biasanya tukang masak takat ambik bau sahaja, dah hilang selera nak makan walaupun aroma sup sangat menggetar perasaan.



B

Siap memasak perlu pula memastikan rumah siap berkemas agar sedap mata memandang. Ketika ini anak-anak saudara yang sudah remaja menjadi skuad bantuan. Jadi bila tetamu datang dapatlah diraikan dengan hati yang puas dan tidak terkocoh-kacah lagi. Jadi kata kuncinya di sini. Buat persedian awal dan dapatkan tenaga sokongan. Ini yang bestnya bila berbaik denagn jiran, buat sahaja satu talian hayat insyaallah adalah yang datang menghulur pertolongan.

Di hari yang sama juga Zaffran yang diaqiqahkan hari itu, memang buat hal betul. Malam  dah lah asyik terjaga siang asyik nak paksa abahnya dokong. Kesian abah! Mungkin dia rimas kerana ramai sangat  orang kat rumah neneknya. Lihatlah kat belakang tu, bukan main bersepah lagi. Biasalah kan! Kalau nak mudah order saja dari caterer tapi keseronokan memasak tak dapat dirasai dan anak-anak pun tidak dibiasakan supaya ringan tulang dan belajar menyumbang tenaga. Bila jam sudah menunjuk ke angka 11 malam , masing-masing sudah keletihan. Walaupun belum siap berkemas tetapi badan yang letih dan mata yang sudah tak sanggup dibuka membuatkan kami semua segera mencari tempat untuk merebahkan badan. Mudah-mudahan esok masih ada.



Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha






Saya dengan segala rendah hati memohon ampun maaf dari semua pengunjung blog. Bumi mana tak ditimpa hujan. Kali ini hari raya tetap akan disambut walaupun tidak semua anak-anak saya dapat bersama. Sudah menjadi tradisi kami sekeluarga tetap akan beraya di rumah emak/abah. Semalam kak lang sudah mengetuai sepupu-sepupunya membantu  mak tok menyedia hidangan utama . Ketupat palas dan ayam siat mak tok. Alhamdulillah, ada juga yang belum bekerja yang dapat membantu jika tidak nampak gayanya sayalah yang kena memikul tugas itu. Waktu muda-muda dulu memang macam suka bila boleh membantu emak membeli belah di Pasr Chow Kit. Sekarang dah jadi malas nak beratur panjang bila nak membayar dan paling tak berkenan melihat anak muda yang sedang hangat berpacaran  di shopping mall.  .

Tahun ini kurban akan dilaksanakan pada hari Sabtu. Aqiqah Zaffran juga akan dibuat di hari yang sama. nampaknya kalut betul raya tahun ni.Begitulah hidup kadang sibuk, kadang tidak. Sebab itu hadis Nabi SAW tentang kepentingan menjaga 5 perkara dalam hidup adalah sangat releven sekali.

Entri ini ditaip ketika masa senggang menanti kalau ada tamu yang tiba. Laksa Teluk Kecai 7kg dah hampir surut kuahnya. Ketupat 1 gantang pun dah banyak yang luak. Keluarga besar mak tok memang kaki makan.  Apa dijamu semuanya selesai.....hm tu yang bestnya...tak payah fikir  nak simpan dan recycle. Tambahan pula peti ais yang diangkat naik ke atas rumah semasa banjir baru ini masih belum dibawa turun.

Namun jauh di sudut hati masih tersimpan ingatan yang paling dalam pada anak-anak yang jauh di bumi orang. Meskipun raya  ini tidak semeriah Aidil Fitri namun raya tetap raya. Bila menghirup kuah laksa terbayang wajah-wajah yang menjadi peminat laksa sehingga ke tahap hantu laksa. Untuk mendapat yang hebat-hebat kena berkorban banyak benda yang kecil-kecil.

"Selamat Hari Raya Aidil Adha"

Wednesday, November 25, 2009

Detik Yang Berlalu



Mudahnya zaman ini. Maklumat semua di hujung jari. Jari jemari memudahkan dan jari jemari juga memusnahkan hidup. Saya tidak perlu menunggu Harith menalipon atau mengirim mesej. Jika tahu kapalterbang apa dan tarikhnya  kita sudah boleh memeriksa dari internet. Samada penerbangan itu sudah tiba atau belum. Alhamdulillah, maklumat yang ada membuatkan hati saya senang dan tidak perlu menunggu telifon berdering untuk mendengar khabar Harith. Namun gurunya ada mengirim mesej untuk saya.



Hari ini seusai solat subuh saya segera mencari blog saya satu lagi. Sudah pasti koleksi lebaran dan menu raya yang saya simpan di situ memudahkan saya membuat rujukan. Insyaallah, raya kedua merupakan hari paling sibuk bagi kami dan keluarga besar emak/abah. Selesai subuh kami akan menumbang seekor lembu, memasak pula untuk aqiqah Zaffran dan petang pula memasak bihun sup untuk tetamu istimewa yang akan tiba selepas asar. Saya yang selalu berlagak menjadi Event Manager sudah mengagihkan tugas kepada kak lang yang masih setia menjadi PA saya. Jika tak pandai mengagih tugas sudah pasti hati tak senang kerana banyak benda di dalam kepala yang difikir dan mesti disegerakan. Bila sudah tak mampu hanyut dalam fikiran yang tak berkesudahan saya akan mencapai buku dan membaca untuk lari sekejap dari dunia nyata. Bagi saya membaca itu terapi minda. Kita tidak boleh terlalu serius dalam hidup. Ada masa kita perlu juga membaca yang ringan dan yang humor agar kita tidak melihat hidup ini terlalu keras dan kejang. Saya gembira bila tabiat arwah bapa ini sudah diwarisi anak-anak. Selebelum berlepas saya sempat berpesan kepada Harith "Jangan lupa singgah Borders cari buku untuk baca dalam flight.Tak kan larat nak tengok movies saja kan!". Dia mengangguk dan tersenyum pada bang cunya penuh makna. Hm...adalah tu yang depa rahsiakan!!!Remaja...mereka dengan kita kan berbeza!!!.

Tuesday, November 24, 2009

Perjalanan Yang Indah



Setelah berhari bermalam terkejar ke sana ke sini. Pagi tadi alhamdulillah Harith dan rombongannya telah selamat berlepas. Seawal jam tujuh  pagi kami sudah meninggalkan  rumah untuk mengelak keadaan tak dijangka di Jambatan .Semalam bang cik  bagi tahu ada pelancong British tertinggal penerbangan kerana Jambatan  ditutup untuk larian Jambatan pada Ahad lalu.  Seronoknya bila tiba awal, namun puas pulak menunggu guru pengiring yang agak lambat tiba. Berdebar juga bila guru yang ditunggu belum lagi muncul. Kami  yang sudah serik terperangkap di atas Jambatan semasa menghantar  'Ammar tempoh hari memang tidak berani mengambil risiko. Biar awal supaya tidak kelam kabut. Namun manusia merancang Allah jua menentukan.



Saya percaya Teacher dia memang sukar meninggalkan rumah dan anak-anak yang masih kecil. Segala peralatan untuk Expo pun ada bersamanya. Saya yang mengatur dan mengemas barang Harith pun puas bising itu dan ini. Dia pun bila disuruh buat itu dan ini sudah merungut "Harith dah pening ni". Dan apa-apa pun alhamdulillah mereka semua sedang merentas Laut China Selatan menuju ke Hong Kong sebelum bertukar kapal terbang ke Teipei.. Pengetua, PK dan guru-gurunya ramai menghantar pemergian mereka. Saya amat terharu bila gurunya berbisik ke telinga Harith "Do the best and bring the good name of Al Irsyad". Saya lihat airmata sudah bergenang di tubir mata Harith. Semuga pengalaman yang bakal  ditimba akan mematangkan diri dan membuka minda  untuk lebih berjaya di hari mendatang. Saya tidak bimbang melepaskan dia  cuma yang saya risaukan dia sukar bangun untuk solat Subuh kerana waktu subuh seawal 5.00 pagi dan berakahir pada jam 6.15 pagi. Hanya saya mampu berdoa semuga Allah mempermudahkan urusan solat dan makan minum  selama mereka di sana. .

Saturday, November 21, 2009

Sejuta Harapan,



Sudah lama ingin menaip tentang Sony Nature Camp di FRIM. Namun hari ini baru betul-betul dapat duduk depan PC. Camp yang berlangsung selama 3 hari itu sangat bermanfaat bagi anak saya. Harith . saya pasti peserta dari sekolah lain juga turut memberi komen yang sama. Kalah dan menang memang adat bertanding. Tetapi yang paling penting ialah pendedahan kepada fotografi dan Living With Nature.



Tengoklah team yang bertanding dengan mereka. Kebanyakannya dari KL dan Selangor. Bila Irsyad dapat masuk pusingan akhir ini saya sudah teruja. Suami pula bermurah hati membenarkan Harith membawa Lumixnya. Seperkara yang saya suka ialah bila Harith berkata"Kalau nak ambik gambar yang eluk tak semestinya dari kamera yang mahal dan canggih-canggih". Melihat foto-foto yang diambilnya saya percaya jika dia mengekalkan minatnya untuk terus meneroka bidang dan ilmu ini insyaallah dia mampu melahirkan foto-foto yang berkualiti di masa hadapan. Insyaallah, saya menanti foto-foto menarik dari Education Expo yang akan berlangsung di Taiwan mulai 26hb hingga 30hb November ini.

Oh Warna-warna



Banyak betul agenda bila menjelang hujung tahun. Sejak beberapa minggu lepas banyak perkara yang perlu difikirkan, diberi perhatian dan perlu diselesaikan. Kadangkala bila menyelesaikan hal orang lain sampai kita lupa memberi sedikit masa untuk diri sendiri. Kita hanya akan tersedar bila tiba-tiba jatuh sakit, tiba-tiba otak pun dah jadi tepu dan badan pun sudah tidak terdaya lagi. Begitulah yang kami suami isteri rasakan ketika ini. Beberapa  hari lagi hari raya Qurban akan menjelma, sudah pasti persiapan menyambut raya dan majlis kurban di rumah emak/abah menjadi tugas utama kami. Menu utama dan kelengkapan untuk kurban juga perlu diberi perhatian khusus. Tahun ini alhamdulillah hampir seekor lembu juga. Sudah pasti banyak kerja yang menanti.Bermula dengan melapah sehingga mengagihkan daging kepada penduduk kampong semua dilakukan sendiri. Ketika ini motor KAY sangat berguna. Untuk meredah alor dan celah rumah orang untuk menyampaikan daging korban.
Kak lang sudah berjanji untuk pulang awal bagi membantu mak membalut ketupat palas. Tugas menghampar karpet dan sejadah mudah-mudahan akan diambil oleh pak cik dan anak-anaknya. Tradisi solat raya di rumah mak/abah tetap diteruskan walaupun abah sudah tidak mmapu menjadi khatib mahupun imam. Mujur ada pak cik dan bang char yang boleh mengambil alih tugas tersebut.
Emak pula belum berhasrat mengemas dan mengatur semula peralatan rumah meskupun kita sudah masuk ke bulan Zulhijjah. Hujan yang sekejap-sekejap dan cuaca yang tidak menentu menjadikan mak tidak berani mengambil risiko. Mudah-mudahan tahun ini kami tidak perlu melapah daging di atas rumah. Jika ingin mengetahui kisah banjir baru-baru ini sila ke sini Banjir oh Banjir. Namun manusia merancang Allah jua yang menentukan.Dan sudah pasti sebagai orang beriman kita tetap akur dan redha ketentuanNya.

Friday, November 13, 2009

Tinta dari Utara



Harith sudah pulang seminggu yang lalu. Ketika dia di asrama kami semua bergegas pulang ke AS. Apa lagi jika bukan panggilan S.O.S dari mak. "Air dah masuk rumah". Siapa lagi yang ada, yang dapat sampai dengan segera .Tanpa perlu meminta cuti dan mengisi borang itu dan ini. Masuk kali ini entah sudah berapa kali rumah mak banjir. Saya pun sudah tak trill mengambil gambar banjir walaupun anak-anak saudara bagaikan dugong dan paus bertemu air.

Apa yang bermain di fikiran sekarang ialah nasib mak dan abah. Rumah atas yang tidak mempunyai bilik mandi menyukarkan mereka turun naik tangga. Bila tiada brodband dan lap top sudah pasti kami bagaikan terputus hubungan dengan dunia luar.Mujur air dan letrik tidak terputus, jika tidak mungkin lagi sukar.

Begitulah kita, bila sudah berada di zon selesa kita selalu lupa ada ramai lagi orang yang tidak pernah mengenal apa lagi menikmati apa yang kita hilang hari ini. Saya sering berfikir dan berbincang bagaimana cara kita mengajar anak-anak erti kesusahan. Mereka dibesarkan di zaman mereka mudah mendapat apa yang mereka inginkan. Ini adakala menjadikan  mereka tidak menghargai apa yang ada disekeliling mereka. Yang paling besar sudah pasti nikmat iman yang ada di diri mereka. Yang diwarisi dari nenekmoyang mereka. Adakah mereka mampu menjaga iman mereka sebagaimana umat di awal kedatangan Islam? Saya terus mencari jawapan bagi persoalan ini.

Thursday, November 5, 2009

Bahagiakan Hatimu


Sebagai manusia kita memang sentiasa mengharap langit selalu cerah. Tiada mega mendung apatah lagi hujan yang mencurah-curah, Sebagai manusia yang kerdil kita juga memang tidak mampu menolak datangnya awan yang menutup cahaya mentari. Dalam hidup ini  kita bertemu berbagai rupa manusia dan berbagai pula kerenanhnya. Sangat mudah kita bermasam muka dan berburuk sangka jika kita tidak berlapang dada dan menjaga hati kita. Islam sangat menganjurkan kita sentiasa berlapang dada. Jika sifat ini diamalkan hati kita akan tenang dan kita akan dapat meneruskan persahabatan tanpa sebarang prejudis.

Di zaman penuh dengan kecanggihan teknologi ini amat mudah persahabatan yang rapat menjadi renggang. Sebaris SMS kadang mampu meleraikan ikatan persahabatan yang terjalin lama. Juga dengan sebaris SMS juga mampu menaut semula  hati yang terluka. Berhati-hatilah ketika mennggunakan teknologi ini. Kata orang tua-tua terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Dalam usia meniti senja ini saya selalu cuba mengelak sebarang provokasi dan konfrontasi. Saya cuma ingin bahagiakan hati saya dan orang disekeliling saya. Saya sudah tidak mampu membawa hati lara dan berfikir hingga tidak tidur malam sikap dan kerenah orang lain. Cukup..cukuplah saya diajak bersengketa pada perkara yang tidak mendatngkan manfaat pada diri mahupun agama.

Marilah belajar duduk berbincang dengan fikiran terbuka dan hati yang lapang agar segala kekusutan dapat dileraikan. Yang penting kita sama-sama bahagia dan dapat meneruskan kehidupan ini demi meraih redha Ilahi.

Wednesday, November 4, 2009

Sebening Airmata

Ritma Kehidupan

Kami suami isteri sangat terkejut bila melihat flash news di Astro Awani malam tadi .Korea Selatan istihar darurat H1N1. Pagi tadi 'Ammar ada memaklumkan kawan serumahnya (pelajar Malaysia) disuruh kuarantin di rumah kerana hospital sudah sesak. Ya Allah! Apalah yang mampu dilakukan melainkan kembali menadah tangan memohon doa dan pertolonganmMu.


Ada teman saya seorang pelajar Daru Syifa' menyarankan diamalkan membaca Bismillah 7  sebagai pelindung. Dalam situasi ini kita akan mencuba apa sahaja cara untuk melindungi diri dan memastikan nikmat kesihatan terus dinikmati.

Saya yang sehari dua ini dalam keadaan kurang sihat dan banyak benar perkara yang sedang difikirkan dan dicari jalan keluar sudah pasti  paling tertekan. Siapalah lagi tempat mengadu? Tentulah Dia yang tidak pernah lena dan tidur. Cuma kita sebagai hamba yang sangat  lemah ini sering melalaikan diri dengan kesibukan dunia hingga tidak sempat untuk bersujud lama dan mencari jalan keluar dariNya.


Musibah untuk kita adalah muhasabah cinta dariNya. Dia yang setia tetap menanti kita menyatakan kehinaan diri dan menyerah sepenuh keabdian kepaadNya. Marilah luangkan sedetik masa yang sangat  berharga ini untuk berdoa kepadaNya memohon diberi keselamatan untuk anak-anak kita yang sedang menimba ilmu di Korea Selatan. Mereka adalah pucuk-pucuk muda yang akan menerajui negara di masa depan. Masa depan Islam sedang dibina dalam jiwa-jiwa muda mereka.

Sunday, November 1, 2009

Doa Dan Harap



Anehnya hidup ini, dan Maha Kayanya Tuhan. Dia memberi ujian bertimpa-timpa dan Dia mencurah rahmat dan  nikmat tanpa berkira. Alhamdulillah, insyaallah esuk Harith akan bersama guru dan 2 orang seniorsnya akan menyertai Sony  Nature Camp di FRIM, Kepong. Kesungguhan , keazaman serta rezeki dari Tuhan telah membawa Al Isyad melayakkan diri ke camp ini. Sebagai ibu sudah pasti saya tumpang gembira dengan pencapaiannya. Saya pernah menulis dalam entri lalu tentang anak bongsu saya ini. Kesungguhannya meneroka camera dan membaca artikel tentang fotography disamping mendampingi mereka yang berminat dengan bidang ini telah membantu  menonjolkan dirinya..

Mendidik anak lelaki dan mengurus keperluan emosi mereka tidak semudah yang disangka. Saya terpaksa rajin mencari bahan bacaan untuk menyelami hati dn cita rasa mereka. Saya rasa ketika usia 13-15 tahun adalah fasa yang paling sukar. Mereka melangkah ke alam remaja  tetapi masih belum melepaskan zaman kanak-kanak. Sebagai ibubapa kita perlu pandai menaik tali dan menarik tali secara hikmah.

Sebagai anak bongsu banyak yang perlu diperhatikan. Kami tidak mahu dia terlalu dimanjakan dan kami juga tidak mahu dia rasa diketepikan. Budaya musyawarah yang kami amalkan dalam keluarga memberi ruang untuk anak-anak memberi pendapat, pandangan dan segala yang terbuku di hati. Alhamdulillah, budaya dan amalan yang dianjur Ar Rasul ini banyak memberi kebaikan dalam kami mengharungi kehidupan berkeluarga dan bermayarakat.

Kami berdua tetap merujuk kepada emak dan abah dalam perkara yang besar-besar. Tidak beerti kami masih belum mampu berfikir dan bertindak tetapi sebagai merai ketuaan, pengalaman dan  kematangan mereka. Semuga budaya baik ini terus diwarisi oleh anak-anak pula.

Semuga berjaya mendapat top prize untuk team Al Irsyad!