Sunday, November 30, 2008

roda dan ronda

sabtu
7.00 pagi: Alin menunjuka ajlan ke kedai hj Tapah membeli roti canai dan nasi lemak. Bersarapan tanpa abahnya yang sedang bertugas di Melaka. Hm...pedas sesangat sangat nya nasi lemak tu...silap tak asingkan sambal.

9.30 pagi: Bergerak ke uniten mengunjungi adik tersayang. Yang jauh di mata dan sesekali jauh dari hati. Sori...sangat sangat. aku tak mampu jadi "kakak" yang baik. Meniti penuh sabar di muka pintu adik yang ke Bangi membersih rumah adaik yang satu lagi yang akan tiba dari sydney malam ini.
10.30 pagi: berborak sambil mengunyah kuih tart,pulut inti dan kuih talam. Thanks sis for giving me your precious times. May allah give us time so that we will meet more often.

12.00 pm: menghala ke Dengkil mencari jalan ke Labuhan Dagang. Anak bujang akan mula exam kami datng menyuntik semangat agar mampu mengalas beban IB hingga ke hujungnya.

1.00 pm aku menghidang apa yang patut tika azan bergema. Nak suruh anak-anak soalt dulu depa gaduh lapar.Tapi tak makan lagi sbb abi sudah melangkah ke surau.

3.00 pm Ronad -ronda ke alamanda. tak melencong ke mana dah bila ternampak MPH RM135 keluar dari dompet.

6 .00pm ke Bnagi sec 3 bertemu jiran dan kawan lama. caterer lah kata kan sempat lagi masak pulut kukus dan goreng karipapa buat kami. Menunggu cucunya yang belum juga sampai dan malam kian beranjak.

9.00pm Ke hj Tapah lagi.Menu pilihan kewtew kungfu, nasi goreng kerabu dan for sure mee bandung buat aku.

11.00pm Berbaring sekejab sambil membaca A-Z .Membuat blog bagi wanita.Belum solat lagi......

sepanjang jalan kenangan

Jumaat: 3ptg

bergerak meninggal kampus menuju selatan. Hujan lebat ditempuhi di sekitar alor Pongsu. Kesan air naik di kiri kanan jalan. aku tertanya-tanya inikah kesan pembangunan yang tidak terancang. Yang menerima akibat mereka yang susah dan tidak memiliki begitu banyak duit, kuasa dan nama.

5ptg: bersantai -sanati meneguk teh tarik dan sebungkus nasi lemak yang tidak lagi dibungkus dengan daun pisang di R&R Tapah. Anak-anak mencuri peluang mengambil phota apa yang berjaya mencuri perhatian mereka

7 malam : tiba di Kl. Jalan masih jammed. Warga kota baru mahu pulang ke rumah dan kami turut menyibukkan jalan dengan PDY merah kami. For no reason masuk ke Smart Tunnel menghala ke Bukit Bintang sedangkan kami mahu menghala ke Selatan. Road sign factor?????

8malam: tiba di Bangi Lama...ops...Bangi....Senyum meleret Alin meyambut ketibaan kami.Congkak... itu kata kunci menyakat nya.

9.30 malam: Dinner nasi berlaukkan sambal petai dari Cameron Highland, rendang ayam,rendang tok di tapau dari Tapah

11.00mala: memaksa mata terus celik agar dapat menunai janjji pada Maha Pencipta sebelum merehatkan diri.

;.;.

njnk

Home sweet Home

Kembali ke rumah.

Friday, November 28, 2008

Penantian satu penyiksaan

Tunggu punya tunggu..mata makin berat.tambah pula sejuk aircond ni. Kalau daapt lelap sekejab kan best nnati tak la mengantok sanagt masa dalam kereta. Tu aku minta maaf banyak-banyak wahai tuan punya kereta...memang tak dapat tahan amta dari tutup bila naik kereta. Almaklumlah jenis kerja tak duduk sengap bila dapat duduk tu lahai mata bagai tau-tau je.....

Bilik untuk yang bernama Pensyarah

Eh...dah lama tak jengok bilik ni. bial pula ada ikan guppy ni..tak banyak berubah cuma buku-buku makin menimbun. Kertas students makin melambak. kalu panggil cina old newspaper mesti dia gelak sakan. Lubuk duit dia. Kat rumah tu banyak la juga printed matter. tapi aku rajin kemas taklah haru macam ni...Eh jangan marah lah abang saya tak perl;i pun cuma minta maaf tak sempat nak luang masa tolong kemas. weekend kan paling sibuk.

kampus yang tak nampak sejahteranya

Tiba di kampus agak terkejut juga. Sana sini bangunan  tengah disiapkan. o..rupanya dah lama aku tak menjengok ke sini.Dulu masa kak lang di sini kerap juga masuk kampus. masa suami jadi ketua program selalu lah attend function dia tapi...laaa ni bila dia dah tak nak jadi orang penting-penting maka kuranglah sangat  aku ringan-ringankan kaki ke sana. Tambahlah pula...macam-macam aktiviti sampingan yang aku kena handle sampai kadang-kadang cik abang tu...dah macam nak marah...tapi nak buat camna kan...dia juga dulu suruh aku aktif. Hm...laa ni macam tak boleh nak sekat lah pula...tapi tak pa lah kot aktiviti pun kebajikan je.

Perhentian Pertama

alangkah tak seronok anak-anak kalau aku emak yang tak dapat menahan marah. kenapa darah naik? Hm...ni mestia anak-anak punya feel lah tu. Dah bangun tidur lepas tu sambong tidur lagi. aku yang terkalut -kalut sorang-sorang menyiap itu dan ini memang bengang semacam. apatah lagi jarum jam tak henti-henti bergerak dan handphone tak henti berdering memaknakan bahawa kehadiran kami ke kampus amat-amat perlu disegerakan. malangnya anak-anak masih tidur. Mana mak tak henti-henti..pot pet pot pet...sabau je la.....

Persiapan untuk 1 perjalanan

Melihat persiapan untuk perjalanan ke selatan ni buat aku sentiasa berfikir .Adakah serapi ini persiapan kita untuk perjalana yang jauh, yang sungguh panjang untuk bertemu Allah. Hm. tak berapa berani juga nak jawab.

Kem Mahabbah Lillah

Cuti sekolah sudah hampir 2 minggu berlalu. Aku yang tak reti nak duduk diam baru sahaja memberi ucapan penutup Kem Mahabbah Lillah di surau At Taqwa. Penat memang lah penat tapi memang seronok bila meliaht wajah-wajah ceria anak-anak tu dan senyuman ibubapa bila anak-anak dapat mengisi masa cuti mereka dengan berfaedah sekali. Well done..adik fasi lepas ni kita buat lagi ya...jangan serik...serik.

perjalanan ke selatan

Berpagi-pagilah kamu dalam membuat kebaikan. Bila waktu pagi jangan menunggu hingga waktu petang.Begitulah hadis-hadis yang mengingatkan kita tentang kematian. Rapuh benar nyawa manusia hari ini dan meningatkan itu hatiku bagai terpanggil menziarahi kubur bapak dan mak di Ampang sana. Dan dengan izin Allah aku akan memulakan perjalanan ke sana selepas anak-anak dan suami menunai solat Jumaat.