Wednesday, December 31, 2008

Hari Yang Terakhir








Akhirnya kita tiba di hujung tahun 2008. Aku bersyukur di atas nikmat yang diberikan sepanjang tahun ini. Meskipun ada berbagai kisah sedih dan mengguris hati namun semuanya kepinggirkan kerana aku percaya Allah akan menguji kita dengan apa yang mampu kita harungi. Aku juga terlibat aktif dengan NGO dan memainkan peranan aku sebagai warga yang prihatin. Aku juga bersyukur di atas pencapaian anak-anakku dalam bidang akademik. Akulah yang pertama teruja bila keputusan peperiksaan akan diumumkan. Bila anak dapat panggilan temuduga akulah yang paling sibuk search itu dan ini. Dan bila tarikh keputusan biasiswa diumumkan akulah yang paling awal memeriksa keputusannya sampaikan suami akan berkata "Hai...sapa yang nak pi mengaji ni...mak ka...anak" Aku tersenyum puas dan tidak lupa sujud syukur kepada Allah yang mengurniakan kebahagiaan ini. Meskipun sebagai manusia aku juga tidak dapat lari dari sedih,pilu,duka,kecil hati,keciwa dan segala yang negetif tetapi itu hanyalah mainan perasaan yang tak gemar aku layan lama-lama. Aku berdoa agar dapat terus mengisi hari-hariku dengan penuh bererti dan jika diizin Allah aku ingin terus dikurniakan kesihatan dan semangat yang kuat untuk terus hidup sebagai hambaNya yang berguna pada orang lain dan muga ditingkatkan amal dan ibadahku. Kepada Suami tercinta aku memohon sokongan,galakan dan aku sangat menghargai keizinannya yang banyak memudahkan urusanku .Muga Allah merahmati rumahtangga kita.Ameen

Hari yang sungguh panjang



Awal pagi dah bangun buat cucur jagong. Bersiap menghantar bangcik ke Poliklinik Kota. Menuju ke Maktab Mahmud dan sempat singgah berurusan di Simpang Kuala. Membaca akhbar di koridor menanti result keluar. Di dewan sudah ramai ibubapa dan pelajar. Jam 11pagi keputusan diumumkan. Alhamdulillah....bangcu mengekal prestasi keluarga.....Singgah ambil bangcik di library. Tiba di rumah anak-anak sedara semua dah kelaparan. Lepas solat bergegas ke Jitra ke Optometris dan balik untuk bawa mak ke Kuala Kedah bertemu Doktor pula. Bila pulang memang lah tak sah kalau tak singgah mencari laksa. Orang berbaris panjang tapi tak lama sangatlah menunggu. Balik siap solat kami beramai-ramai menjamu selera dengan murtabak Alor Merah dan laksa Teluk Kechai. Kenduri kecil sempena kejayaan cucu mak tok dapat 8A.Siap mengemas dan gossip-gossip pak cik dan keluarganya pulang hampir jam 10. Mata kian berat dan badan memang amat letih tetapi sangat gembira dengan kejayaan sorang lagi anakku dan dapat berbakti pada mak.Sian...orang kat rumah makan nasi kedai lagi

Menuju Utara



Awal pagi aku dan anak-anak menuju ke utara. Meninggalakn suami tercinta yang tak dapat ikut serta kerana semester baru akan bermula . Perjalanan lancar kerana traffic tak heavy sangat dan setelah menurunkan 2 orang penumpang di Taman Muhibbah aku bersama kak lang membawa bangcu mencari baju sekolah di Kamdar. Mujur pergi awal jika tidak hai alamat kena beratur nak buat bil dan bayar. Berarak pulang ke Taman Muhibbah...menu hari ini Jamuan Maal Hijrah nasi putih, ikan bakar, cencaru belah belakang,sayur campur,kerabu ,kerang rebus dan gulai kepala ikan jenahak. Mak tok makan sikit sahaja kerana badan kurang enak. Selesai makan dan basuh-basuh dah pukul 3pm. Wan pun kalut ajak balik dan hujan pula mulai lebat. Bangcu dan Harith tinggal kat situ dan tempat mereka diganti oleh mak tok dan wan. Petangnya aku masak lebihkurang aje sebab makcik ada bekalkan sedikit lauk. Sebelum sempat makan mereka tiba dengan kuah gulai dan roti canai segera. Budak-budak kecil semua tidur di depan tivi.Tengok bola. Aku sempat baca semuka dua suratkabr sebelum menutup mata. Apalah kabar orang di rumah?

Sunday, December 28, 2008

Malam Maal Hijrah

Aku seisi keluarga beramai-ramai bersolat jamaah di Masjid at Taqwa. selesai solat ada pula Bicara Remaja oleh ahli kumpulan UNIC.Selesai solat insya bermula persembahan UNIC dan diikuti bacaan qur'an Johan akedemi al Qur'an.Sedapnya suara..belum lagi mendengar suara Nabi Daud agaknya semua binatang dan makhlok berhenti mendengar suara Nabi yang lunak merdu itu. Hujan turun renyai-renyai tetapi anak qaryah belum berganjak.Mujur ada payung dalam kereta jadi kami tak kebasahan macam tahun lepas.

Janganlah lupa membaca doa awal tahun.....

Malam Maal Hijrah

Pelengkap Hidup


Amat terasa sejak kehadiran Muhammad Zaffarn Rizqi hidup bagaikan sempurna. Anak sudah besar yang di sekolah menengah pun cuma tinggal 2 orang. Seorang demi seorang mengukir tapak dalam bidang masing-masing. Kami tidak pernah memaksa mereka mengambil bidang yang bukan mereka minati. Kami cuma mendorong,.menunjuk jalan dan merestui jika pilihan mereka tidak bercanggah denga syariat. Bila lahirnya Zaffran tumpuan kami semua beralih padanya. Bila cuti memang ingin sangat bertemu dengan nya. Kami ke Kelantan atau mereka yang pulang. Aku banyak belajar melaui pembacaan tentang ilmu dan cara mengasuh anak. Maklumlah melahirkan anak sulung di luar negeri manalah ada orang tua yang dapat membimbing maka dari situlah aku tak jemu-jemu membaca. Jadi perkara yang sama juga kusarankan pada anak-anakku . Tambah pula ada internet banyak blog dan maklumat yang diperlukan dapat dicari dengan ujung jari.Dan bukankan Iqra' yang pertama diajar malaikat kepada Nabi Muhammad SAW?

Teman Hidup


Masa beranjak usia makin meningkat. Itulah yang ku ulang-ulang pada diriku agar aku tetap bersedia mengisi sisa-sisa usia. Tidak lengkap hidup ini tanpa seorang lelaki bernama suami. Dia yang telah diamanahkan bapa dan emak sebagai pemimpinku. Dia yang telah menerima amanah Allah menjagaku selama hayat masih dikandung badan . Dia adalah lelaki biasa-biasa sahaja. Sejak berkongsi hidup selama 28 tahun aku merasa sangat bahagia. Kebukit sama didaki,ke lurah sama dituruni. Kami memulakan hidup dengan penuh sederhana di luar negara dan kini alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan berpada dengan apa yang ada kami mampu membesar dan menyekolahkan anak-anak . Bila melihat kejayaan anak-anak seorang demi seorang aku bangga meninggalkan jawatan di bank terkemuka untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Semuga dalam sisa hidup ini Allah terus mengikat kasih sayang kami agar dapat dicontohi anak-anak pula. Alam rumah tangga bukanlah bed of roses tapi bertolakansur ,bersabar dan reda dengan taqdir Allah itulah ubat paling mujarab. Jika yang keras dilawan dengan keras maka pastilah akan patah,tapi lembutnya air mampu mengukir batu yang keras. Wahai anak-anak fikir-fikirkanlah.

Kembang Mewangi











Tidak sempurna rasanya jika sehari tidak menjenguk laman kecil di belakang rumah. Sambil menyapu,menyidai kain, membuang sampah atau menghantar juadah buat jiran sebelah aku pasti melontar pandangan pada koleksi orkid kami.Ada yang berbunga ,ada yang rajin ,ada yang tak nak berbunga langsung walaupun puas diberi baja ,horman dan segala marba. Agaknya anak-anak pun gitulah kot ada yang dengar kata, ada yang mudah di ajar,ada yang kuat menangis,ada yang puas dikata,puas di pesan,puas dileteri tapi tak mau juga dengar dan faham apa yang ingin diterapkan.Tapi sebagai ibubapa kami tak akan menyerahkalah, kami tetap akan berdoa memohon Allah memberi hidayah menunjuk mana jalan pulang. Kembalilah ke laman ayahbondaJika ada yang gusar lerai-leraikanlah.Hidup kami pun dah tak lama...masa beranjak usia kian meningkat. Jika dulu perfume yang menghiasi almari kini ubat dan minyak angin pula yang menganti. Pulanglah perantau.....tempatmu masih di sini....di sisi ummi dan abu yang sangat mengasihimu . Yang telah bersengkang mata berjaga malam meladenimu bila tubuh kecilmu tidak mampu memaksa matamu tidur barang sepicing. Sesungguhnya keredhaan Allah itu bersama dengan keredhaan ibu bapa.

Salam Winter Sonata


Wah...masa bersembang tentang Zaffran ada pula orang cemburu dari winter sonata. Kononlah buat blog kat cucu...hai nak buat camna zaman tu tak ada benda gini lagi....tapi kalau nak tengok dalam dairy adalah catatan pasai cek. Tambah pula anak lelaki sulung selepas 3 perempuan memang teruja habis. Hai...dikenang-kenang membesarkan cek..memang challenging habis. Mana ada orang break record abang jahit sampai 3 kali. Siap kena kawan dengan kerusi lagi.....Waa.....bila teringat macam hairan macamana Allah bagi kekuatan dan kesabaran ketika itu pada kami berdua. Pada anak-anak tidak ada beza kasih sayang antara kamu. Cuma jika ada yang terasa sebab selalu kena suruh buat itu buat ini ...bersabar ajelah .Bukan sebab nak dera tapi yang rajin kena suruh sebab dia rajin membantu tanpa banyak tangguh dan alasan. Yang jarang kena suruh mungkin sebab liat atau suka buat cincai-cincai....so...sapa yang masauk kategori mana tu kena fikirlah sendiri. Pada abang yang jauh bagai ummi selalu kata jauh di mata bukan jauh di hati. Tambah dengan teknologi masakini kita bagai berpisah dalam negeri sahaja. Sabar-sabarlah dengan ujian hidup....ummi dan abu tak ada tapi Allah ada di mana-mana.Kukuhlah pergantungan dengan Nya agar Dia ingat ketika abang amat memerlukan pertolonganNYa.

Semalam yang berlalu


Semalam dapat ber YM dengan kakak. Dengan webcem dapat pula tengok Zaffran. Tengah buat perangai entah apa yang tak kena. Mujur ibunya cuti dapatlah melayan membelai. Dah hampir 6 bulan rupanya cucu ni, rasa macam baru sahaja lagi membelanya dalam pantang. Begitulah perjalanan hidup manusia yang kecil akan besar,yang tua akan pergi. Dan dikala ini terdengar berita kemangkatan Yamtuan Besar Ngr 9. Kematian itu pasti datang cuma kita sahaja bersedia atau tidak. Menanti atau buat-buat lupa? Tepuk dada tanya iman di dada setakad mana kita beriman dengan hari akhirat. Marilah kita fikir-fikirkan.....Kami juga beramai-ramai bertamu ke rumah belakang.Ada jemputan BBQ. Terimakasih la banyak-banayk ...cuma dok terfikir nasi 3 kepul baru ditanak kena buat nasi goreng lagi ke esok? Hai isi rumah ada yang dah jemu nasi goreng atau yang dah rindukan nasi kawah asarama dan kolej??????

Saturday, December 27, 2008

Personal Asistant Yang boleh diharap


Seminggu lagi kak lang akan pulang. Result dah dapat,tiket pun dah beli...apa tunggu lagi ayuh kemaskan baranganmu ,nak. Bukan lama dah satu semester ja lagi. Ummi dan abu hanya doakan agar kak lang berjaya menghabiskan study ni dengan cemerlang. Jika dulu masih tercari-cari apa profesyen yang ingin diceburi insyaallah dah nampak kan apa yang ingin dibuat bila habis studi. Nak sambung...Masters? Boleh aje....kami takat bagi support tu no problem. Memang dah tugas pun...so..tanyalah diri....sendiri.Apa-apa pun selamat berjaya dan banyak-banyak berdoa agar Allah mudahkan jalan dalam segala urusan.

Merangkaklah senja


Merangkak senja menutup pandangan. Aku masih di sini merancang perjalanan hidup. Dua hari lagi result PMR akan diumumkan. Aku telah berjanji untuk menemani anakku mengambil keputusannya. Aku tahu dia agak strees tapi..bagi kami jika dia dah berusaha apapun resultnya terima sahajalah. Insyallah...malam esok ad program Bicara Remaja di Masjid Taqwa. Aku akan mengerah anak-anak remajaku pergi. bagiku kecemerlangan akedemik mesti diseimbangkan dengan ruhiyyah juga. Sebagai mak memang aku tak dapat lari dari memikirkan apakah yang bakal diperolehi anakku tetapi aku tetap berdoa biarlah yang eluk-eluk dan baik-baik.Insyaallah......Gambar ini ketika dia di tingkatan satu. Dan diam tak diam anakku sudah hampir melangkah ke menengah atas. Cepatnya masa berlalu.Bang cu tak nak jadi ustaz ka?????Jom antar pi Jordan ka...Morocco kaaa.......nak tak?????

Hari yang full


Aku memulakan hari dengan menghadiri kelas membuat kek di Sweet World. Hari ini ada promosi cooking coklat. 3 jenis cake berasaskan coklat. Ramai juga yang hadir. Bila nak buat sendiri tak tau lah pulak. Asyik banyak agenda je tiap hari.
Setiba di rumah terus bersiap untuk menemani suami ke . Taman Seroja, Sik Dalam. Kami ambil jalan melalui Bukit Selambau, Jeniang dan Sik. Wah....dah hampir 20 tahun tak ke sana. Jalan pun sikit punya cantik dan tiba di sana dah hampir 3ptg. Suamiku asyik berbual dengan ex studentsnya dan kami tak tunggu lama terus mencari nasi dan lauk kenduri. Alhamdulillah....lauk dan nasi pun sedap .Aku patut bagi credit kat Sri Mergong Catering, Jauh mai dari Alor Setar lagi. Mee rebus pun sedap. Bang cik siap bertambah lagi...al maklumlah...pagi tadi breakfast dengan burger je....Baliknya kami ikut jalan ke Gurun dan balik melalui highway je. Mata dah berat ,perut dah kenyang.....hai....macam-macam nak cari bantal je. Kereta pula banyak kat highway so sabau je lah.... akhirnya tiba juga di KM120 ketika azan asar sedang bergema.Esok jika diizinkan Allah akan ke Merbok pula.

Minggu yang sibuk


Sekolah hampir dibuka. banyak yang perlu kulakukan. Mujur ada kak lang dapat juga dia membawa adik-adik mencari barangan sekolah ke sana sini. Musim ni pula biasalah kenduri sana dan sini. Aku juga sibuk dengan pendaftaran tadika. Memasak juga bagai tak kering tangan ada-ada je pemintaan anak-anak. Maklumlah dok asrama bukan nak dapat macam yang ada kat rumah. 2 hari lepas berkongsi buat kek dengan jiran. Dapatlah 2 biji kek berbahagi 2. Kos bahan mak ai.... kalau buat sorang sendirilah support. aku memang suka buat kek. Kueh melayu tal berapa reti walaupun suka juga makan.Tau nak buat tapi ada je yang tak berapa kena. Jadi buat kek lagi mudah. Waa....hari ni pergi belajar buat kek lagi....kalau camera tak rosak memang aku rajin ambik gambar. Nanntilah kecekkan cik abang suruh belikan camera point n shot je. Tak reti lah nak guna camera dia yang kena adjust tu .ah...melalut apa la...pagi-pagi ni. mau ke dapur. Menu sarapan:Burger je....

Menunai janji


Aku dah ada satu blog lagi. Itu khusus buat menulis seluruh hidupku. Aku bukanlah orang ternama. Orang tak kenal pun . Tapi aku rasa ada cebisan hidupku yang dapat diambil pelajaran terutama anak-anakku. Blog masih dalam bikinan jadi buat sementara ni baca je lah "serpihan hidupku "ini bagi yang sudi.

Friday, December 26, 2008

Mencurah bakti

Esok cuti umum. Kami memutuskan untuk pulang ke A.Setar. Bertemankan bangcik kami membelah lebuhraya PLUS. Kereta yang banyak melambatkan lagi pemanduan namum dengan izin Allah kami tiba lebihkurang sejam kemudian. Mata yang kian redup dan badan yang letih membuatkan aku cepat-cepat solat dan terus menghampar tilam untuk menamatkan hari . Tapi...sebelum mata lelap seperti biasa aku membaca semuka dua sebelum buku rebah di tepi tilam."Ya Allah dengan namuMu aku hidup dan aku mati"

Tuesday, December 23, 2008



Hari ini genap 2 tahun perkahwinan puteri sulungku.

Muga hari-hari mendatang membawa keberkatan.

tetamu dan laukpauk


Kami menerima tetamu teman-teman adnak yang pulang bercuti. Sebagai tanda ikhlas aku memasak tomyam,terubuk bakar,salad tomato dan sambal udang. Hm...sedap kot sampai licin semua. Sekurang-kurangnya rindu pada anak di rantauna terubat sedikit.

ada hari up....ada hari down


aku memulakan hari dengan perkara yang rutin. sebolehnya bangun sebelum azan subuh. Bisa banyak waktu untuk diriku sendiri. Aku bergegas ke meeting guru. wah...dalam keceriaan hati ku adakala terguris juga dengan kata-kata seseorang. Buat aku berfikir sepanjang jalan pulang...mau terus berbakti atau mahu berhenti saja. Aku tahu...banyak ruang-ruang terbuka luas untuk mengisi masaku. aku ingin menulis.....menunai janjjiku pada suami. Bila mau mula...tahun baru kot. Apa-apa pun aku rasa aku mahu tulis surat resign je...buat apalah kerja kalau hati pun tak seronok. Tanpa aku pun segalanya berjalan juga....oh....aku tak boleh fikir dah.....buntu.

Monday, December 22, 2008

meniti hujung hari

hari ini sudah masuk 22hb. Cuma beberapa hari lagi 2008 akan meninggalkan kita. Bila ditoleh ke belakang berbagai warna kehidupan telah dilalui. Yang gembira, yang duka, yang sedih dan yang pedih bercampur baur. Namun aku mengucap syukur kepada Allah yang mengurniakan segala nikmat yang tidak terhitung ini. Ada kawan, saudara, teman yang telah lebih dulu sdipanggil Allah mengadap nya. Demi sisa sisa usia tidak wajar aku membiar hari berlalu begitu tanpa bertambah sedikit pun amalibadat ku. ya Allah jadikanlah kami hamba-hamab yang sentiasa bersyukur kepadaMu

demi kak lang


demi kak lang terpaksa ditempuh laut yang memisah Pulau Pinang dan Tanah Besar mencari semangkok mee hokien Cifu Omar

Friday, December 19, 2008

hari ini hari mengemas

bila datang cuti hai...memang pening dengan kain baju yang tak sudah-sudah. Basuh, sidai,kutip dan lipat. Memang tak henti-henti. So...hari ini hari kita kemas almari ya... Dan sediakan juga satu kotak kosong. Ala-ala Eric Leoeng la mana nak simpan...masuk almari, mana nak buang sebab dah lusuh,koyak,terkena cloroc,stain yang tak mau keluar masuk dalam trash bag yang nak chariti antar kat wad hospital masuk kotak. Before lunch kerja selesai tu pun dengan kerahan tenaga dari 2 orang wira yang asyik menang bila bertarung depan komputer.

Thursday, December 18, 2008

bila cuti







Bar
u
lah punya

bila semua berkumpul

hai...macam-macam idea timbul.Nak makan itu lah inilah...haa melayankan kerenah anak-anak...kami berarak ke Pulau syak mencari mee udang. Zaffarn seronok sangat melihat ombak memukul pantai.Cadang nak melihat tugu tsunami tak kesampaian kerana hari merangkak senja. Tapi dengan harga yang dibayar dan sedapnya mee udang memang berbaloi jauh-jauh pergi. Tambah pula petang tu orang tak ramai jika tak,,,h,,,puaslah menanti..apatah lagi kalau air yang dipesan dan disedut sampai ke dasar.

bila tibanya cuti


Cuti bermula dengan kepulangan seorang demi seorang anak-anak dari perantauan. Rumah yang sunyi seketika kini kembali riuh dari awal pagi hingga ke lewat malam . Tambah -tambah bila Zaffran pulang. Ramailah inang pengasuh segala dok berkeliting sampai dia naik rimas dan tak ingin berenggang dari ibunya. Waa...ni wan dan cucunya apalah yang difikir orang berdua tu...yaa..?????

Monday, December 1, 2008

Bila malam melabuhkan tirai


Sunyi dan sepi menyelebungi rumah kami.Anak -anak yang menginjak dewasa berkurung di bilik masing-masing mengadap laptop atau PC atau buku. Kadang-kadang dapat kmen "teknologi memisahkan sumai isteri" tika ini suami sudah lama hanyut di buai mimpi. well.......itukah yang dinamakan arus perubahan?

Banjir di sana sini


Bila hujan turun tanpa henti aku jadi fobia. Hati asyik teringat orang tua di kampong. Jika dulu rumah mereka terletak di kawasan yang susah banjir tapi sejak 20tahun yang lalu keadaan sudah berubah. Mujurlah rumah kampong itu 2 tingkat dapat jugalah dialihkan barang-barang yang mudah rosak ke atas rumah bila banjir melanda. Namun sedih juga melihat ada sanak-saudara dan jiran tetangga yang terpaksa membiarkan barang-barang dan perabut reput dimamah air banjir kerana tiada tempat selamat.

jemputan makan


Ada ketikanya kita teringinkan sesuatu makanan. jika sudah memang rezeki maka Allah akan mengerakkan hati seseorang hambaNya untuk menjamu anda makan. Dan begitulah yang terjadi hari ini, aku sudah menyiapkan bahan untuk memasak mee dan tiba-tiba dapat jemputan untuk makan mee kari di rumah jiran. Jia sudah rezeki memang tak payah kita ke sana ke sini mencari atau bersusahpayah menyediakannya.Bukan sahaja mee ada spegati, kek keju dan coklat cake. Jiran aku ni memang rajin memasak.Alhamdulillah.

seronok nya dapat hadiah


Balik dari KL hati memang teruja melihat parcel besar di atas meja. Melihat nama pengirimnya aku pun pelik bila pula aku order barng ni.Tapi yang pasti bukannya novel seperti yang diduga suamiku. Wah...bulan ni kan bulan cuti sudah pasti bulan kita meningkatkan tahap pembacaan kita.


Cuba teka apa yang kudapat? Hm...memang sangat sesuai payung dari CNN. Memang kena dengan musim hujan ni. Rupanya aku menang hadiah Go for Green Astro..long time ago....sebuah beg kanvas juga.

Aku memulakan hari dengan menghantar suami ke tol plaza sebelum meneruskan perjalanan ke BP untuk meneruskan program Jom Isi Masa Cuti.setelah bercuti selama 1 minggu wajah-wajah ceria anak-anak ini membuatkan hatiku turut berbunga bagai mentari pagi yang begitu galak menampakkan sinarnya.


Pelajaran dimulakan dengan solat berjamaah. Aku sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. Menu hari ini nasi lemak.


Selepas rehat kami bertungkus lumus menyiapkan bekas pensel dari tin susu. prinsipku Recycle, re use.

bila hujan turun


Hati menjadi resah bila hujan turun..

hati juga resah bila talipon berdering

kenapa...???????

banjir.....di mana-mana.

aku risaukan rumah mertua yang kini kerap dinaiki air bila hujan lebat berhari-hari

aku juga risaukan anak-anak yang akan kembali beraya dari Kelanatn.

aku juga rindukan Zaffran.....