Sunday, December 28, 2008

Teman Hidup


Masa beranjak usia makin meningkat. Itulah yang ku ulang-ulang pada diriku agar aku tetap bersedia mengisi sisa-sisa usia. Tidak lengkap hidup ini tanpa seorang lelaki bernama suami. Dia yang telah diamanahkan bapa dan emak sebagai pemimpinku. Dia yang telah menerima amanah Allah menjagaku selama hayat masih dikandung badan . Dia adalah lelaki biasa-biasa sahaja. Sejak berkongsi hidup selama 28 tahun aku merasa sangat bahagia. Kebukit sama didaki,ke lurah sama dituruni. Kami memulakan hidup dengan penuh sederhana di luar negara dan kini alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan berpada dengan apa yang ada kami mampu membesar dan menyekolahkan anak-anak . Bila melihat kejayaan anak-anak seorang demi seorang aku bangga meninggalkan jawatan di bank terkemuka untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Semuga dalam sisa hidup ini Allah terus mengikat kasih sayang kami agar dapat dicontohi anak-anak pula. Alam rumah tangga bukanlah bed of roses tapi bertolakansur ,bersabar dan reda dengan taqdir Allah itulah ubat paling mujarab. Jika yang keras dilawan dengan keras maka pastilah akan patah,tapi lembutnya air mampu mengukir batu yang keras. Wahai anak-anak fikir-fikirkanlah.

No comments: