Monday, March 30, 2009

Perodua Versus Charade Aura


Hari ini dah plan nak pergi tukar minyak kat Sungai Petani. Seronok juga rupanya bila tinggal sendirian. Drive pun tak payah rushing.Tambah pula ikut jalan lama. Sampai kat sana tak lah lama sangat kena tunggu sebab takad nak tukar minyak saja. Dari catatan rupanya last sekali tukar minyak masa abang balik hari tu, 25hb Januari  sebelum depa pi ke Kelantan. Walaupun baru setahun usia  kereta tu tapi dah ronda merata. Tambah pula masa abah sakit tak henti-henti roda berputar. Teringat satu hadis antara salah  satu nikmat hidup ialah kenderaan yang baik. Bila nak keluar rumah mataku terarah juga pada Charade yang dah lama berbakti dan kini jadi penunggu setia pokok MPSP depan rumah. Ni bukan kes sudah dapat gading bertuah tapi..bila pergi masjid atau surau ni memang kenderaan resmiku kerana aku nak kereta ni tumpang pahala membawaku ke rumah Allah. Justified la konon.

Earth Hour


Hai..kalau sorang-sorang tak taulah nak ikut ke tidak kempen ni. Lagipun kami berdua ja manalah banyak guna letrik. Tapi bila Harith ada dia yang sibuk nak join so pukul 8.30pm 28 hb Mac lalu kami pun padamkan lampu. Kebetulan ada ceramah di masjid jadi aku dan Harith dok menupang dagu di tepi tingkap dengar ceramah dari speaker masjid. Kebetulan hujan turun lebat..alhamdulillah memang tak payah on kipas . En Abu rupanya dok browse internet kat laptop nya pakai bateri bila bateri out alamat kena naik atas dan tidur.Lagipun dah letih sebab memandu pergi balik menjenguk bang cu. Selepas hampir  1 jam kami  berdua menunggu nak buka lampu semula. Lupa pula nak buat countdown sebab tenguk-tenguk dah tinggal 2 minit. Tu lah konon ikut kempen Earth Hour. Nanti load gambar Harith masa  EH tu.

Touch N Go

Hujung minggu sempat pulang menziarah mak & abah. Kemudian bertolak ke sekolah bang cu. Hampir 1 jam di situ kami bertolak ke Kota Sarang Semut pula menerima jemputan aqiqah cucu seorang kawan lama. Siap makan terus pulang ke BI kerana Harith kena pergi latihan kawat di sekolah.  Ke Prai mencari barang rumah sebelum mengambil Harith dan pulang ke rumah. Memang penat tapi nampak gayanya insyaallah berkali-kalilah lagi kena bergerak sejauh 240km untuk menjenguk bang cu.Muga Allah memberi rezeki dan kesihatan yang baik untuk kami menyempurnakan tugas ini.

Friday, March 27, 2009

Hari-Hari Yang Berlalu


Baru saja pulang dari sekolah lama bang cu. Selesaikan yuran asrama dan pulangkan buku pinjaman.  Terjumpa Harith yang sedang berlatih kawat. Hari-hari hujan turun agak lebat dengar kata rumah mak hampir-hampir banjir petang semlam. Since Harith balik petang ni dapatlah malam nanti kami pulang menjenguk mak .Sambil tu mungkin boleh terus ke BKH melawat bang cu. Petang ada aqiqah cucu angkat pula di Kota Sarang semut. Boleh singgah sekali. Ahad dah ada program menanti 1 hari. Aku pula kena  buat  ucapan alu-aluan , nak print program tadi printer macam tak nak gerak. Selalu tu anak-anak lah tolong tegok kan apa-apa masalah IT ni. Nampaknya banyak kena belajar lagi. Muga Allah berikan kesihatan untuk ku teruskan amal.

Ya Allah Lapangkanlah Aku


Semalam alhamdulillah berkesempatan menyertai Iftar jamaie JIM SPU. Ramai pulak yang hadir . Menu as usual pakat -pakat masak. Dan aku kena buat telur dadar style mamak. Pandailah depa bagi assignment tu. Nama je telur dadar tapi kalau nak masak untuk 40 orang makan....susah juga rupanya. Nak bagi tebal dan eluk bila diangkat. Apa-apa pun terbuat juga task tu cuma tak berapa menjadi eluknya. Apa yang tertanam di hati ialah tazkirah lepas solat jamaah. Tips melembut hati antaranya kurangkan makan( puasa), kurangkan tidur (Qiyamulail), kurangkan cakap(banyak zikir),kurangkan  ingat dunia(ingatkan mati), ziarah orang sakit dan kalau bila dengar tazkirah hati tak tersentuh bererti hati itu dah mati. Jadi kena dilembutkan dengan membaca alqur'an,ikut majlis ilmu dan banyakkan zikir. Oh...dalam kekalutan hidup kita sering lupa apa yang Nabi SAW ajarkan dan kita akhirnya pergi berjumpa Maha Pencipta tanpa bekalan yang cukup. Nauzubullah...

Wednesday, March 25, 2009

That Yellow Turtle


Ada missed call di phone, dari kak lang. Dan kura-kura kuning itu mengingatkan padanya. Dibeli ketika dia baru  berusia hampir 2 tahun. Bila dihitung kembali hampir 21 tahun dah kura-kura tu bersama kami. Kini kura-kura itu dikeluarkan dari simpanan di atas loteng untuk Zaffran pulak. Melihat barang-barang lama mengembalikan banyak nostalgia. Suka duka membesarkan anak-anak. Kini seorang demi seorang berangkat meninggalkan rumah dalam pencarian ilmu atau rezeki. Yang pasti kura-kura itu tetap setia di atas meja menunggu kehadiran Zaffran atau anak-anak tetamu yang akan bermain dengannnya. Begitulah peraturan hidup yang lama akan berganti hanya masa yang akan menentukan berapa lamakah lagi hayat kura-kura itu.

Tuesday, March 24, 2009

Bermula Dari Bawah Pokok

Sunyi sorang-sorang kat rumah tambah pulak hujan turun sejak tengahari tadi .Apalagi baru dapat pinjam buku dari bas buku bergerak dekat surau tulisan Razzi Armansur. Tajuk buku Tukang Gunting Jutawan bermula dari bawah pokok..... Cari-cari terjumpa gambar yang lang ambik untuk projek final yearnya. So entri ini kita tujukan kepada anakanda yang bakal gradute dan masih tercari-cari bidang yang ingin diterokai.  Adakah satu hari nanti cendul ini akan beroperasi di lokasi yang lebih selesa lagi?  Rasa sudah sedap, tuannya pun friendly dan kalau orang Pasir Tumbuh balik tak pekena Cendul  Kamal depan Sekolah Hashim Awang tu macam tak sah lah pulak. Jadi kena tengok visi dan misi tuan punya Cendul tu lah pulak.

Monday, March 23, 2009

A Tribute 2 Bang Cu

Sempat juga merakam kenangan sebelum mengucapkan "Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan. Langkah ke Mesir  mesti bermula hari ini juga. Bukan tahun depan. Selamat menjadi Warga Rumah Abu Bakar selama 2 tahun, insyallah." 

Mendaftar sebagai pelajar kelas 4 Imtiaz bersama sepatutnya 22 orang lagi teman dari Ambilan Dua. Dapat  bilik sebelah bilik  lama  bang cik. Datang dulu 2006 ni 2009 banyak benda yang dah berubah dan of course makin bertambah baik dari masa hantar bang cik dulu. Alhamdulillah Bang Cik dulu tinggalkan nama yang baik dan cikgu-cikgu serta juniors masih ingat pada Abang Syamil dari kumpulan? Sorry tak ingat nama.




Memulakan perjalanan ke BKH seawal jam 7 pagi.  Singgah sekejab memohon restu Wan dan Mak tok. Wan siap hantar bang cu sampai ke muka pintu lagi. Seronok tengok Wan asyik tersenyum.

Dari Kedah pindah ke Penang,

Dari Penang balik ke Kedah

Usah risau  bawa bertenang

Segala yang susah menjadi mudah


Saturday, March 21, 2009

Kita Ini Tetamu Senja


Malam Jummat lepas aku menghadiri program di Masjid. Pelik juga tengok ramai polis-polis turut berjamaah. Rupanya sempena Hari Polis.Lepas solat ada ceramah pendek dari Ustaz Mutalib. antara intipatinya ialah" sambutlah berapa besar pun hari jadi kita tapi jangan lupa makin kita sambut bererti makin pendek masa kita kat dunia ni" Jadi tahun ni aku tak teruja sangat menyambut harijadi sendiri kerana masih terpahat kemas pesanan ustaz malam tu. Namun aku mengucapkan terimakasih di atas semua yang mendoakan aku sempena ulangtahun kelahiran. Hadiah pun yang aku idamkan sebagai pengganti Cannon Ixus yang telah putus nyawa. Terimakasih buat suami, terimakasih anak-anak.jauh dan dekat ..dan thanks to my virtual friends yang tak ku kenali tapi wish me mungkin sebab ada tarikh lahir kat profile. Muga Allah memberiku kesihatan yang baik dan peluang untuk ku teruskan amal.Ameen.

Tuesday, March 17, 2009

Aku Dan Bunga




Sukanya rasa hati bila dapat ke Sunway melihat  Orchid Show. Abu tak dapat ikut sebab kesuntukan masa. Dalam setiap ciptaan Allah ada kelebihannya. Memandang bunga membuat hati kita turut berbunga-bunga riang. Belum lagi menyentuh atau menciumnya. Warna-warna ceria bagai menceriakan hati kita. Ketika kita hidup dilingkungi hutan batu-bata sudah pasti kehadiran bunga-bunga mampu menenangkan hati yang rawan. Cuma kadang kesibukan membuat kita merasakan tak cukup masa untuk menanam dan membela pokok bunga. Apa-apa pun terletak pada hati juga.Mahu atau tidak. Sementara  anak-anak masih bercuti dan kita kurang sibuk jom kita ke nurseri mencari pokok dan bunga untuk menceria taman-taman kita. Apatah lagi tak lama lagi kita akan menyambut Hari Bumi.

Anak Dan Cuti


Alhamdulillah  sepanjang cuti ini Biro Pendidikan Qaryah telah merancang program Pelajar Bersama Imam  selama 1 jam setiap pagi. Jika tidak diatur program ramai ibubapa merungut anak-anak tiada pengisian .Setakat bangun,main komputer, makan, tidur.Cuma kalau yang nak periksa adalah kelas tambahan kat sekolah atau tuition. Memang anak-anak ni kalau tak diisi jiwa mereka dengan ilmu mengenal Allah sudah pasti jiwanya kosong. Kekosongan itu akan diisi dengan berbagai ideologi yang bukan menambahbaikan anak-anak kita tapi memburukkan lagi akhlaq. Sehari dua dalam akhbar hangat diperkatakan tentang komputer dan kadar obesiti di Malaysia. Makanan mewah,masa terluang,ibubapa kerja,hp ada so pandai-pandailah kita menangguna segala nikmat yang Allah beri.Jadilah hamba yang taat bukan yang engkar dan melawanNya.Nikmat apakah yang engkau tidak syukuri?

Monday, March 16, 2009

Buka Mata Buka Minda

lihat pula yang putih bersih
ingatlah Allah Maha Pengasih.
lihat juga yang hijau-hijau
agar terubat hati yang kacau.

jika melihat yang indah-indah
muga  terubat segala gundah.

Mega Mendung Belum Berarak


Cadang tu nak la balik TG masa cuti ni tapi Harith kena pergi sekolah setiap hari. Jumaat pergi Kem Kepimpinan pulak. Bibik mak tok tak dapat permit sebab lebih umur. Hadnya takad 45 aje. Aduh...dia dah ok...mau diantar pulang pulak. Mau dinanti yang baru belum pasti bisa kerja bagus sepertinya. Cikgu Mak Lang pun tak dapat balik sebab ada hal sekolah juga.Kesian mak tok. Abu pula kena ESQ weekend ni....wah...tak kemana manalah kita nampaknya. Bang Cu pun masih 50-50. Pi tak pi.Pi tak pi. Dia dok merungut cuti ni sapa pun tak balik sebab  dia nak consult lah konon. Bang cik esuk kot baru habis CAS kat sekolah di Bakai, Kulim tu. Tapi hari ni cadang nak pi  Sunway tengok Orchid Show and Street Smart Petronas .Sambil-sambil tu kita pi  round kat Celcom sekali ya!Insyaallah.

Sunday, March 15, 2009

Doa Itu Senjata Mukmin


Aku memulakan hari bersama Harith ke masjid. Ustaz Afnan ada urusan di Perlis Ustaz PUZ pula menganti. Apa yang terkesan ialah hadis yang dibacanya. "Ya Bani Adam, luangkan masa untuk beribadat kepadaku nescaya Aku akan kayakan hatimu dan tutup pintu miskin."Maksudnya dengan beri ruang untuk melaku ibadat sunnat dan fardhu insyaallah Allah akan melapangkan hati kita , jika ada masalah pun hati tetap tenang dan Dia juga akan menutup pintu-pintu yang boleh memiskinkan kita.Apatah lagi jika di PUZ dulu org kurang upaya yang  banyak  datang  tapi sekarang orang yang sihat cuma dibuang kerja pun turut datang minta zakat. Kadang dalam menjalani hidup kita kadang lupa berdoa dan kita rasa semua masalah cuba kita selesaikan sendiri sedangkan kita lupa memohon supaya Allah memudah-mudahkan urusan kita. Dia yang menguji kita sudah pasti kepadaNya kita perlu merayu agar ujian itu dapat dikurangkan atau dihapuskan terus. Marilah kita menjadi hamba yang banyak menadah tangan merayu padaNya.

Saturday, March 14, 2009

Di Sana Dan Di Sini



Hujung minggu sudah pasti Abu akan pulang ke TG. Kaki emak tak baik lagi,mungkin esuk nak cuba berubat kat Pendang pula. Bang cu dengar  kata dah book  nak tidur rumah pak cik tengok match Liverpool. Malam ni nampak gaya kena  usung tilam teman Harith tengok bola lah pula. Nampaknya esuk Abu miss lagi sesi cycling bersama ahli qaryah. Dengar kata Teh pula Minggu Melawat Pesakit belum berakhir. Muga terus tabah dan tiada ujian yang Allah bagi melainkan apa yang sanggup kita bebani. 

Apa kabar Di Sana



Apa kabar ,Zaffran? Muga dah sihat...esuk kan dah nak ke nurseri. Ibu kan kerja.Dah lama cuti. Apa kabar juga cucur peneram? Dah ke sampai ke tangan peminat-peminatnya ? Apa-apa pun selamat  kembali ke pejabat untuk ibu dan abah Zaffran. Dan Zaffran bila ada  gigi tu jangan gigit kawan kat nurseri pula. Nanti masuk paper kes buli budak pulak.

Hidup ini Memang Indah




Adakala kita begitu banyak merancang tapi tak jadi pun. Kadang benda yang tak rancang pula yang jadi. Begitulah adat makhluk yang lemah. Aku yang pada awal bercadang nak pergi bengkel penulisan kat Alor Setar tak jadi pula pergi. Sebab? Ada sahabat-sahabat ajak pi muqayyam kat Sedim. At last bang cu ganti aku kat bengkel tu yang bestnya abang Ngah pula yang jadi Penceramahnya.. Aunty Jal as usual came to the rescue bila tolong ambik Harith kat sekolah sebab ada latihan untuk pertandingan apa entah. Memang  geram tenguk air sungai yang menderu-deru tu. Tenguk lah rumah yang boleh muat 7 orang tu. Comel tak? Macam pondok-pondok aje. Petang tu pergi rehlah kat Tree Top Walk pula. Berbaloi bayar RM8 memang subhanallah tenguk fiona ciptaan Allah tu. Marilah berjalan ke Sungai Sedim sementara anak-anak sedang bercuti. Pengalaman yang sungguh mengasyikkan.

Friday, March 13, 2009

Senang Sikit Hati


Bila tahu Zaffran makin sihat senang lah sikit hati. Aku faham perasaan ibu dan abahnya.  Memang masa anak-anak masih kecil tu lah masalah utama mereka. Batuk, demam,selsema,ciritbirit,angin, naik tak tidur malam menjaga dan berdoa agar mereka cepat sembuh dan cepat besar. Bila dah besar lain pulak cerita ,kadang macam nak suruh anak-anak jadi kecik balik supaya senang menjaga. well...Itulah cabaran jika nak sangat pegang title ibu dan bapa.Jadi ibu bapa ni memang mencabar tapi sangat  tinggi pahalanya jika sedia menunaikan tugas spr yang disuruh Allah.  Hari demi hari mereka meniti bilah-bilah hari dan sebagai ibu dan bapa memang semestinya kita kena banyak membaca,bertanya,ikut kursus dsbnya demi untuk jadi ibu bapa yang cemeralng. Masa kecik ni pegang ubun-ubun dia bacakan Suroh Toha 1-6 banyak-banyak, supaya dia besar jadi anak yang dengar kata dan lembut hatinya dalam mengingati Allah. Selamat Menjalankan Tugas!!

SBPI Datang Lagi ?



Alhamdulillah...bang cu dapat tawaran kedua ke sekolah lama bang cik. Nak pi ke tidak belum tahu sebab tuan punya diri masih kat asrama. Pergi atau tidak dia akan decide. Dulu dapat Sains Bukit Mertajam tak bagi pi sebab dah masuk Maktab Mahmud ni...kena bincang eluk-eluk dengan dia. Apa-apa pun kena decide masa cuti sekolah ni nak stay kat Irsyad atau nak ke Bukit akyu Hitam pula. Umi n abu sentiasa  ada untuk dirujuk dan diminta pendapat. Abang yang kebetulan called turut seronok bagi pihak bang cu. Kita tunggu dan dengar apa kata bang cu.Sebelum tu mari kita lihat sekolah tu dulu. Mengimbau kenangan menghantar bang cik kat sekolah yang terletak di 0.001km Lebuhraya PLUS tu. 

SPM Datang Dan Pergi


Tahniah kepad SMKA Irsyad yang jadi best overall acedemic performance  dalam SPM 2008.2 pelajar puteri dapat 13A1. Ibubapa mengucap syukur atas kejayaan anak-anak dan sekolah.  Aku yang pernah jadi ahli PIBG memang tumpang bangga kerana PIBG memang tak kedekut mengeluarkan berbagai dana untuk kecemerlangan  anak-anak kat Irshad. Walaupun dah tak jadi ahli aku masih memantau perkembangannya kerana 2 anak masih ada di situ. Tahniah pada Ustazah Salmah yang pernah dapat Pengetua Cemerlang Kebangsaan dan semua guru-guru yang bertungkus lumus demi kejayaan anak-anak Islam  di sekolah itu. Tak dapat sekolah kluster pun tak apa, yang penting kita teruskan kerja kita. Muga Allah jua menganjari hasil usaha kalian. Tiap tahun tumpang seronok tengok anak-anak orang lain dapat kejayaan cemerlang. Tahun ni straight A sampai  10 ribu lebih. Biasiswa JPA dgr kata untuk 2 ribu saja.Banyak peluang lain lagi kalau yang tak dapat program oversea tu. Teruskan usaha walau di mana berada. 

Sepi Itu Indah


Bila kesepian berbagai idea datang untuk mengisi kesepian itu. Semalam sehari suntuk ke pejabatFKM. Balik tu siap pergi cari kerusi nak sedap duduk lama-lama depan komputer. Terima kasih pada yang tukang beli kerana sentiasa bagi sokongan   pada saya yang konon-konon nak polish balik bakat warisan arwah bapa. Bila kat pejabat tu bila dah tak ada benda nak buat memang banyak muka surat juga dapat taip. Sambil tu tolong buka pintu dan ambil assignment yang student terlewat hantar. Hai anak-anak bangsaku....nak  jadi Engineer macam mana ni...kelas pun malaih nak pi, assignment tah bila punya baru kamu nak antar. Mujur aku ada kat situ jika tak mungkin teruk budak-budak tu kena sembur dengan Encik pensyarah Thermo yang terkenal garang tu...tapi hati dia baik tau....Tag line aku "Abu kan  yang pengasih lagi penyayang." Wahai anak-anak bangsaku berubahlah jika kamu ingin mengubah nasib diri,keluarga dan bangsa. Kesian ibubapa di kampong mereka akan buat apa saja jika anak-anak nak belajar jangan hampakan harapan mereka. Tak perlu motor canggih2, atau hp hebat2 yang penting kamu score dan jadi pemenang Anugerah Dekan tiap Semester. Muga Allah membuka pintu hati kamu, Ameen.

Wednesday, March 11, 2009

Nyanyi Sunyi


Terasa sunyilah pulak petang-petang gini. Beberapa hari lepas waktu petang-petang memanglah sibuk. Manalah nak masak makan malam dan nak melayan renggekan Zaffran yang dah mula lasak. Malam tadi melayan dia naik tangga sampai ke atas. Bukan mainlah lagi seronoknya bila Wan mengagah dari bawah. Bila dah naik mulalah macam-macam yang menarik minatnya. Rasanya jika ada rezeki dia balik sekali lagi mungkin dah boleh berjalan ,insyaallah. Rumah yang dah beberapa lama tak ada baby memang kena jadi zone selamat dari segala benda yang boleh memudaratkan permata yang satu ini. Yang pasti pintu bilik air memang kena berkunci begitu juga tangga memang kena dilakukan sesuatu. Jika kat kampong bolehlah buat adang tapi kat rumah taman ni kena cari idea lah pulak.

Makan Punya cerita


Awal pagi dah bangun memasak. Zaffran akan balik pagi ini. Dia yang dah agak sihat sibuk merangkak keliling dapur semasa kami bersarapan . Senang sikit hati bila tengok dia dah sihat jika tak , hai tak tahulah macamana nak berjalan jauh merentasi Banjaran Titiwangsa untuk balik ke Pasir Tumbuh.Wan pun sanggup cancel kelas konon nak tengok cucu balik. Hari ini bersenang-senang mengemas dapur dan kain baju yang berhari-hari tak sempat dilipat. Semalam kami masak keow tey .Wah...sampai ada orang tu tak percaya dimasak sendiri ingatkan beli kat gerai mana tah.Rahsianya...cari je sosnya.Yang lain tu kena pandai-pandailah modified. Kena pula dapat kerang fresh.Sampaikan si menantu nak mengulang makan pun dah tak ada lagi. Lain kali kita masak kat TG pula. Lang ni bukan Char Keow Tew Sungai Dua punya tapi tetap telur ayam dibasuh naa...(sori tak dan nak ambik gambar,Zaffran dok merab time tu)

Tuesday, March 10, 2009

Seminggu Berlalu.


Sabtu petang kami tiba di TG. Abah tersenyum menyambut salamku. Dia nampak lebih ceria. Jalan pun dah tak pakai tongkat dan  dah pandai pergi bilik air luar sorang-sorang. Bila tanya pun dah pandai jawab dengan jawapan yang boleh diterima. Pagi esuknya aku suruh kakak suapkan bubur oat. Tapi bila tanya "Sedap dak bubur Kelantan?" Dia geleng kepala. Petang pergi melawat Fatimah dan Qaseh Qaisaranya .Malam tolong jaga Zaffran sebab ibu ,abah dan mak langnya sibuk pi cari Mee Zul kat Jitra. Sayangnya Bang Zul tak buka kedai pulak.Pagi masak macaroni dengan cheese sos pula. Bagi abah makan makaroni dan karipap. Bersiap untuk pulang selepas menghantar Lang ke Shahab.

Saturday, March 7, 2009

My Precious Lots

Sudah 2x abang menalipon dan tak berpeluang berbual dengannya.Semalam bang cik called sebelum bertolak ke KMS.Minggu ni kedua anak bujang di asrama tak balik kerana examination week. May be petang ni kena pegi tengok sambil bagi semangat nak exam lah katakan. Mean time tengah masak brownies kat depa & kawan-kawan.Zaffran tengah main apa tah kat sebelah. Dia yang dah menyusu dan tidur nampak ok je. Bagi chance ibu dia pi jalan-jalan cari hadiah besdaynya.

Dunia Tanpa Suara

Aku memulakan dunia tanpa suara hari ini. Tengoklah berapa lama aku boleh bertahan. Kegawatan ekonomi membuat aku perlu mendidik diriku bermula hari ini. Biar tak ada suara berbisik di telinga asalkan ada mata yang masih dapat menatap muka surat dan membaca di dalam hati.

Thursday, March 5, 2009

Happy Birthday 2 U


Ruqayyah,

Hope lovely surprises
Are coming your way,
To make your
Birthday a
Wonderful day.

Happy Birthday



Setulus Janjiku


Aku telah berjanji pada diriku dan pada suami untuk mengisi hari-hariku dengan sesuatu yang telah lama ku ingin lakukan. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku telah dapat melaksanakan impian itu hari ini. Muga Allah terus memberiku kesempatan dan waktu untuk itu. Memang benar kata Dr Shukri Abdullah beberapa tahun lalu. "Orang bijak mencari jalan, bukan mencari alasan".  Banyak kerja rumah yang menanti tetapi itu boleh tunggu dulu...Lagipun hujung minggu ini banyak program yang menanti . Ada pameran Hari Wanita di Gurney Plaza, ada sambutan Maulid  Nabi peringkat Qaryah dan Negeri , ziarah mak & abah di TG dan masa melayan anak -anak dan cucu yang balik bercuti  maka  sudah pasti aku terpaksa"bercuti" dari task aku untuk beberapa hari. Jadi sementara ada batas ruang dan waktu jom teruskan usaha... By the way malam ni aku dah berjanji dengan suami nak pergi dengar ceramah Prof Mohd Kamil di Masjid Seberang Jaya. Aku dah kempen kawan-kawan untuk turut pergi .Dan malam ni juga Chef Kak Lang akan balik so kita akan fetch dia sekali no..balik tu nak tak kita singgah kat Sg Dua ? Tapi kita parking kereta jauh-jauh sikit. .Pasar belum pergi...jadi belum tau lagi menu malam ini, esuk dan hari-hari seterusnya. 

Wednesday, March 4, 2009

Hari Kanak-Kanak Sedunia


Hajat hati nak duduk kat rumah saja hari ini. Tapi bila dapat SOS minta datang ke tadika. Kenalah pergi juga. Memang seronok tengok kerenah budak-budak ni. Buat hati kita rasa muda aje. Tapi bila bab nak melayan perangai macam-macam depa tu aih..macam malaih lah pulak. Sesekali boleh lah tolong tapi nak commit macam dulu-dulu tu...daklah kot. Cukuplah 20 tahun.Sampai malu nak bagi tau kat orang dah pencen dengan kerja kat tadika. Macam biskut lah pulak sat ada sat  tak dak. Hopefully tahun depan jika panjang umur memang betui-betul berhenti.Full stop. 

Tuesday, March 3, 2009

Hari Ini Dan Semalam


Aku sering melintasi sekolah pertamaku. Namun kesuntukan masa membuat aku tak berpeluang melihat dengan teliti perubahan yang berlaku. Dulu kawasan ini dikenali dengan Jalan Pegawai kerana kedapatan banyak quarters kerajaan di situ. Namun kini semua itu sudah berlalu ditelan masa dan nama pun sudah bertukar kepada Lebuhraya Sultan Abdul Hamid. Kini dibarisi kedai-kedai yang berharga 300K dan sudah pasti hanya beberapa sahaja kedai dimiliki oleh Bumiputera. Jika dulu aku boleh melintas ke kanan jika mahu mengarah ke bandar Alor Setar. tapi kini terpaksa U turn di depan Masjid. Masa begitu cepat berlalu.

Monday, March 2, 2009

Monday..datang lagi!

Tak ada cerita yang istimewa.Cuma biasalah bila duduk rumah sorang-sorang. Memang banyak kerja. Jika tak pandai mengatur masa macam tak cukup 24 jam yang Allah bagi. Sehari dua ni memang kami spring clean. Maklumlah bila weekend kena berkejar melihat Wan dan Mak Tok. Setelah beberapa minggu ni lah weekend yang aku dapat duduk kat rumah. Yang paling penting dapat attended program Wanita JIM . Walaupun sekejab cukup untuk recharge. Muga Allah terus memberi kesihatan dan masa untuk aku meneruskan bakti .

Sunday, March 1, 2009

Frisbee

Seronoknya tengok game ni. Main pun relax sahaja.Alatnya pun RM10 gitu.  Nampaknya kena promo lebih lagi yang penting dapat beriadhah sambil menyihatkan badan. 

Kami dah sepakat nak melawat bang cik di Uitm,Merbuk.Kebetulan dia datang bersama team KMB untuk game Frisbee. Kami sempat melihat bang cik beraksi. Ketinggiannya menjadikan satu kelebihan bila berlawan dengan UniKL. Menang game ini. 

Penantian

Inilah gambar terkini Wan. Masa dibawa Wan untuk medical check up di KMC. Ketika ini Wan tengah tunggu mengambil ubat di farmasi. Fizikalnya Wan nampak makin sihat jalan pun adakala boleh bangun sendiri dan jalan tanpa bantuan tongkat. Cuma ingatan Wan masih kabur. dan emosi Wan berubah tidak menentu. Kita yang kena banyak-banyak sabar dan ikhlaskan niat kita berbakti sementara dapat. Temujanji berikut pada 26 April,2009. Oh...masa tu ada Pesta Buku kat PWTC.