Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Friday, March 13, 2009
Sepi Itu Indah
Bila kesepian berbagai idea datang untuk mengisi kesepian itu. Semalam sehari suntuk ke pejabatFKM. Balik tu siap pergi cari kerusi nak sedap duduk lama-lama depan komputer. Terima kasih pada yang tukang beli kerana sentiasa bagi sokongan pada saya yang konon-konon nak polish balik bakat warisan arwah bapa. Bila kat pejabat tu bila dah tak ada benda nak buat memang banyak muka surat juga dapat taip. Sambil tu tolong buka pintu dan ambil assignment yang student terlewat hantar. Hai anak-anak bangsaku....nak jadi Engineer macam mana ni...kelas pun malaih nak pi, assignment tah bila punya baru kamu nak antar. Mujur aku ada kat situ jika tak mungkin teruk budak-budak tu kena sembur dengan Encik pensyarah Thermo yang terkenal garang tu...tapi hati dia baik tau....Tag line aku "Abu kan yang pengasih lagi penyayang." Wahai anak-anak bangsaku berubahlah jika kamu ingin mengubah nasib diri,keluarga dan bangsa. Kesian ibubapa di kampong mereka akan buat apa saja jika anak-anak nak belajar jangan hampakan harapan mereka. Tak perlu motor canggih2, atau hp hebat2 yang penting kamu score dan jadi pemenang Anugerah Dekan tiap Semester. Muga Allah membuka pintu hati kamu, Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment