Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Tuesday, March 10, 2009
Seminggu Berlalu.
Sabtu petang kami tiba di TG. Abah tersenyum menyambut salamku. Dia nampak lebih ceria. Jalan pun dah tak pakai tongkat dan dah pandai pergi bilik air luar sorang-sorang. Bila tanya pun dah pandai jawab dengan jawapan yang boleh diterima. Pagi esuknya aku suruh kakak suapkan bubur oat. Tapi bila tanya "Sedap dak bubur Kelantan?" Dia geleng kepala. Petang pergi melawat Fatimah dan Qaseh Qaisaranya .Malam tolong jaga Zaffran sebab ibu ,abah dan mak langnya sibuk pi cari Mee Zul kat Jitra. Sayangnya Bang Zul tak buka kedai pulak.Pagi masak macaroni dengan cheese sos pula. Bagi abah makan makaroni dan karipap. Bersiap untuk pulang selepas menghantar Lang ke Shahab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment