Jumaat: 3ptg
bergerak meninggal kampus menuju selatan. Hujan lebat ditempuhi di sekitar alor Pongsu. Kesan air naik di kiri kanan jalan. aku tertanya-tanya inikah kesan pembangunan yang tidak terancang. Yang menerima akibat mereka yang susah dan tidak memiliki begitu banyak duit, kuasa dan nama.
5ptg: bersantai -sanati meneguk teh tarik dan sebungkus nasi lemak yang tidak lagi dibungkus dengan daun pisang di R&R Tapah. Anak-anak mencuri peluang mengambil phota apa yang berjaya mencuri perhatian mereka
7 malam : tiba di Kl. Jalan masih jammed. Warga kota baru mahu pulang ke rumah dan kami turut menyibukkan jalan dengan PDY merah kami. For no reason masuk ke Smart Tunnel menghala ke Bukit Bintang sedangkan kami mahu menghala ke Selatan. Road sign factor?????
8malam: tiba di Bangi Lama...ops...Bangi....Senyum meleret Alin meyambut ketibaan kami.Congkak... itu kata kunci menyakat nya.
9.30 malam: Dinner nasi berlaukkan sambal petai dari Cameron Highland, rendang ayam,rendang tok di tapau dari Tapah
11.00mala: memaksa mata terus celik agar dapat menunai janjji pada Maha Pencipta sebelum merehatkan diri.
No comments:
Post a Comment