Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Sunday, November 1, 2009
Doa Dan Harap
Anehnya hidup ini, dan Maha Kayanya Tuhan. Dia memberi ujian bertimpa-timpa dan Dia mencurah rahmat dan nikmat tanpa berkira. Alhamdulillah, insyaallah esuk Harith akan bersama guru dan 2 orang seniorsnya akan menyertai Sony Nature Camp di FRIM, Kepong. Kesungguhan , keazaman serta rezeki dari Tuhan telah membawa Al Isyad melayakkan diri ke camp ini. Sebagai ibu sudah pasti saya tumpang gembira dengan pencapaiannya. Saya pernah menulis dalam entri lalu tentang anak bongsu saya ini. Kesungguhannya meneroka camera dan membaca artikel tentang fotography disamping mendampingi mereka yang berminat dengan bidang ini telah membantu menonjolkan dirinya..
Mendidik anak lelaki dan mengurus keperluan emosi mereka tidak semudah yang disangka. Saya terpaksa rajin mencari bahan bacaan untuk menyelami hati dn cita rasa mereka. Saya rasa ketika usia 13-15 tahun adalah fasa yang paling sukar. Mereka melangkah ke alam remaja tetapi masih belum melepaskan zaman kanak-kanak. Sebagai ibubapa kita perlu pandai menaik tali dan menarik tali secara hikmah.
Sebagai anak bongsu banyak yang perlu diperhatikan. Kami tidak mahu dia terlalu dimanjakan dan kami juga tidak mahu dia rasa diketepikan. Budaya musyawarah yang kami amalkan dalam keluarga memberi ruang untuk anak-anak memberi pendapat, pandangan dan segala yang terbuku di hati. Alhamdulillah, budaya dan amalan yang dianjur Ar Rasul ini banyak memberi kebaikan dalam kami mengharungi kehidupan berkeluarga dan bermayarakat.
Kami berdua tetap merujuk kepada emak dan abah dalam perkara yang besar-besar. Tidak beerti kami masih belum mampu berfikir dan bertindak tetapi sebagai merai ketuaan, pengalaman dan kematangan mereka. Semuga budaya baik ini terus diwarisi oleh anak-anak pula.
Semuga berjaya mendapat top prize untuk team Al Irsyad!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
congrats arisss...
Salam,
Satu anugerah yang tidak ternilai, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan, minda perlu digilap agar dapat mengenali potensi diri dan kemahuan menjadikan keterampilan pasti akan terserla.
Alhamdulillah, kami suami isteri sentiasa menghargai minat anak-anak dan kecenderongan kerjaya mereka. Sebagai ibu bapa kami tetap berusaha membimbing mereka dalam membuat keputusan.Setelah berbincang keputusan akhir tetap akan diserahkan kepada anak-anak. Apa-apa pun kami redha asalakan tidak melanggar syariat dan kehendak agama.
Post a Comment