Thursday, November 5, 2009

Bahagiakan Hatimu


Sebagai manusia kita memang sentiasa mengharap langit selalu cerah. Tiada mega mendung apatah lagi hujan yang mencurah-curah, Sebagai manusia yang kerdil kita juga memang tidak mampu menolak datangnya awan yang menutup cahaya mentari. Dalam hidup ini  kita bertemu berbagai rupa manusia dan berbagai pula kerenanhnya. Sangat mudah kita bermasam muka dan berburuk sangka jika kita tidak berlapang dada dan menjaga hati kita. Islam sangat menganjurkan kita sentiasa berlapang dada. Jika sifat ini diamalkan hati kita akan tenang dan kita akan dapat meneruskan persahabatan tanpa sebarang prejudis.

Di zaman penuh dengan kecanggihan teknologi ini amat mudah persahabatan yang rapat menjadi renggang. Sebaris SMS kadang mampu meleraikan ikatan persahabatan yang terjalin lama. Juga dengan sebaris SMS juga mampu menaut semula  hati yang terluka. Berhati-hatilah ketika mennggunakan teknologi ini. Kata orang tua-tua terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Dalam usia meniti senja ini saya selalu cuba mengelak sebarang provokasi dan konfrontasi. Saya cuma ingin bahagiakan hati saya dan orang disekeliling saya. Saya sudah tidak mampu membawa hati lara dan berfikir hingga tidak tidur malam sikap dan kerenah orang lain. Cukup..cukuplah saya diajak bersengketa pada perkara yang tidak mendatngkan manfaat pada diri mahupun agama.

Marilah belajar duduk berbincang dengan fikiran terbuka dan hati yang lapang agar segala kekusutan dapat dileraikan. Yang penting kita sama-sama bahagia dan dapat meneruskan kehidupan ini demi meraih redha Ilahi.

3 comments:

Aina Emir said...

Salam

Betul tu. Buat apa berkelahi, buat apa tak tidur malam? mungkin perkara itu tak sebesar mana pun, kan? insya-Allah... jom kita berbincang. Lebih baik begitu... daripada membuat andaian dan menyakitkan hati.

Bahagiakanlah hati kita. Tak ada masalah yang tak boleh kita atasi, dengan izin-Nya, semua akan menjadi mudah.

Salam sayang

ummiyati said...

terima kasih kak Aina.

Insan Marhaen said...

sahabat umpama cermin. sahabat juga umpama pasir di pantai...